:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Ahad, 8 Julai 2012

Tergesa-gesa sikap tercela, hasutan syaitan


Tergesa-gesa sikap tercela,

hasutan syaitan





Menyegerakan amal salih perkara terpuji dianjurkan al-Quran, sunnah



Saya mohon kepastian daripada ustaz mengenai dua ayat yang selalu diucapkan penceramah iaitu ‘tergesa-gesa (cepat-cepat) itu daripada syaitan’ dan satu lagi ‘sebaik-baik kebaikan ialah disegerakan’. Adakah kedua-dua ucapan itu adalah hadis? Bagaimanakah sepatutnya kita memahaminya kerana seolah-olah ada pertentangan.


TARMIZI,Ipoh, Perak.






Perkataan pertama itu sebahagian daripada hadis:





“Berhati-hati itu

daripada Allah Taala dan

tergesa-gesa itu daripada syaitan.”

(Hadis riwayat Tirmizi daripada Sahl bin Sa’ad as-Sa’di).









Memuji sikap tenang dan berhati-hati serta mencela sikap tergesa-gesa adalah fitrah manusia dan sudah menjadi kesepakatan manusia sejak zaman dulu hingga kini. Ada pepatah Arab menyebut (yang bermaksud):







“Sesiapa berhati-hati,

ia akan mendapat apa yang ia inginkan”

dan

“Dalam berhati-hati ada keselamatan

dan

dalam tergesa-gesa ada penyesalan.”








Al Muraqqisy berkata:






“Wahai sahabatku,

berhati-hatilah dan jangan tergesa-gesa.

Sesungguhnya keselamatan itu

ergantung pada sikap tidak tergesa-gesa kamu.”






Ada pula yang berkata:






“Orang yang berhati-hati

selalu mendapat keperluannya

dan

orang tergesa-gesa selalu tergelincir

daripada tujuan dan cita-citanya.”








Amr bin Ash pernah berkata:








“Orang yang tergesa-gesa

selalu memetik buah tergesa-tergesa

iaitu penyesalan.”







Tergesa-gesa itu daripada syaitan.









Menurut Ibnu Qayyim, sikap itu adalah cermin bagi seseorang yang kurang berfikir dan kurang berhati-hati sehingga hilang kemantapan, ketenangan dan kesabarannya. Akibatnya ia meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya, mendatangkan keburukan dan menghalangi kebaikan.







Ia lahir daripada dua akhlak tercela iaitu pengabaian dan tergesa-gesa sebelum waktunya. Diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:









“Dikabulkan (doa)

bagi hamba asalkan

tidak tergesa-gesa.”









Manakala ada yang menyebut:







“Sebaik-baik kebaikan ialah yang disegerakan.”









Menurut al-Ajluni dalam kitabnya Kasyful Kafa’ iaitu ia bukan hadis tetapi ucapan itu sama makna dengan ucapan Ibnu Abbas iaitu:









“Tidak sempurna sesuatu kebaikan

kecuali disegerakannya.

Sebab dengan menyegerakan (sesuatu pekerjaan).

Perasaan seseorang

akan menjadi senang dan lega.”











Ucapan itu tidak berbeza ungkapan lain yang popular dalam masyarakat Arab seperti (iaitu terjemahannya):







“Sesungguhnya menanti itu

lebih pedih daripada kematian.”









Kata al-Birr (kebajikan) mempunyai makna luas meliputi semua amal salih untuk mendekatkan diri kepada Allah atau yang bermanfaat bagi manusia.










Oleh kerana itu, menyegerakan amal salih adalah perkara terpuji yang dianjurkan al-Quran dan sunnah. Firman Allah yang bermaksud:











" Mereka itu

bersegera untuk mendapatkan kebaikan

dan merekalah orang yang segera memperolehnya."

(Surah al-Mukminun, ayat 61)










Firman-Nya lagi yang bermaksud:








“Maka

berlumba-lumbalah kamu

dalam berbuat kebaikan.”

(Surah al-Baqarah, ayat 148).










Jadi ucapan kedua (yang tertera pada soalan) itu sahih (benar) maknanya dan tidak bertentangan dengan nas hadis yang berbunyi ‘tergesa-gesa itu daripada syaitan’. Akal sihat tidak akan menghukum keduanya sebagai kenyataan yang kontroversi, melainkan tidak ada jalan untuk mempertemukan dua hadis (yang nampak bertentangan).










Adapun jika satu daripadanya dapat diberi qaid (batasan) dengan keadaan tertentu, maka tidak boleh kita mengatakan bertentangan. Para Muhaqqiq (ulama membuat ketetapan) mengatakan bahawa sikap berhati-hati itu terpuji dan tergesa-gesa itu tercela.












Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...