Rebut kelebihan Ramadan
Pada Ramadan, masyarakat Islam digalakkan memperbanyak bersedekah, menyediakan juadah berbuka puasa dan menghulurkan apa juga bantuan yang terdaya bagi mencontohi perbuatan Baginda Nabi SAW yang sangat pemurah.
Begitu juga kewajipan bersegera menunaikan fardu zakat fitrah bagi yang berkemampuan tidak harus dilengah-lengahkan.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Sesiapa daripada kalangan mukmin
memberi makanan kepada mukmin
yang kelaparan
maka Allah SWT akan memberinya makanan
buah-buahan syurga pada hari kiamat.
Sesiapa daripada kalangan mukmin
memberi minuman kepada mukmin
yang kehausan
maka Allah SWT akan memberinya khamar syurga
yang termeterai bekasnya pada hari kiamat.
Sesiapa daripada kalangan mukmin
memberi pakaian kepada mukmin
yang tidak berpakaian
maka Allah SWT akan memberinya pakaian syurga
yang berwarna hijau.”
(Riwayat al-Tirmiziy dan Abu Daud)
Baginda SAW pernah ditanya sedekah
yang paling afdal dan Baginda menjawab,
sedekah pada Ramadan.
Selain itu kelebihan, Ramadan juga dibahagi-bahagikan kepada nikmat beroleh rahmat Allah SWT pada 10 hari pertama, ganjaran pengampunan dosa pada 10 hari berikut dan akhirnya pembebasan daripada api neraka di 10 terakhir.
Kelebihan Ramadan jadi motivasi muslimin beramal
Semua kelebihan ini motivasi untuk muslimin beramal memenuhi Ramadan dengan aktiviti bermanfaat. Diriwayatkan juga apabila tiba Ramadan, pintu langit, pintu syurga, pintu rahmat dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan dibelenggu.
Masyarakat Islam diseru berusaha bersungguh-sungguh memenuhi seluruh Ramadan dengan pelbagai kegiatan ibadah yang memiliki ganjaran hebat. Ganjaran bertadarus al-Quran contohnya mampu memberi ketenangan dan menarik rahmat Allah SWT.
Ini dinyatakan dalam riwayat:
“Tidaklah berkumpul
suatu kaum di rumah Allah,
mereka membaca al-Quran
dan saling mempelajarinya kecuali
akan turun kepada mereka ketenangan,
diliputi rahmat Allah SWT,
malaikat akan menyertai mereka
dan Allah SWT membanggakan mereka
di kalangan malaikat yang ada di sisinya.”
(Riwayat Abu Daud)
Ramadan juga bulan pengampunan dosa yang memberi peluang individu Muslim melipatgandakan usaha memohon keampunan seterusnya bertaubat dan tidak lagi mengulangi dosa itu.
Kelebihan yang tiada tolok bandingnya terdapat pula pada malam lailatulqadar. Berjihad mencari lailatulqadar adalah kemuncak daripada segala amal kebajikan dilakukan sejak hari pertama Ramadan.
Pada malam itu dosa sesiapa beristighfar diampunkan, doa dan permohonan kepada sesiapa yang ikhlas menadah tangan kehambaan diperkenankan.
Malah pahala beribadah menyamai 1, 000 bulan iaitu seolah-olah 83 tahun umur manusia bakal diraih insan terpilih beroleh nikmat beribadah pada malamnya. Ini juga peluang keemasan yang perlu diraih setiap Muslim.
Ia tiba setahun sekali dan tiada sesiapa yang boleh menjangka akan memperoleh lagi kenikmatan seperti ini pada tahun mendatang.
Penulis ialah
Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam,
UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.

di kalangan malaikat yang ada
di sisinya.”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan