" Indeed,
there is for him
no authority over those
who
have believed and rely
upon their Lord."
" Sesungguhnya
syaitan itu tidak
mempunyai sebarang
pengaruh
terhadap orang-orang yang
beriman dan yang berserah
bulat-bulat kepada
Tuhan mereka. "
JOM KITA amalkan :
Mulakan dengan membaca selawat :
1) membaca Surah Al-Fatihah.
1) membaca Surah Al-Fatihah.
2) Membaca 3 Qul setiap hari.
Hadith :
Baginda S.A.W telah
berkata kepadaku :
"Bacalah
Qul Huwa Allahu Ahad"
(al-ikhlas) dan (surah an-Nas)
dan (surah al-falaq)
sebanyak 3 kali ketika
pagi dan petang, ia mampu
mencukupkan kamu dari
segala
sesuatu.
( At-Tirmidzi,
Bab Doa yang disebut
Ketika Ingin Tidur, no 3570 ;
Sunan
Abu Daud, Bab Apa Yang
Dibaca Ketika Subuh, no 5072 (
Nuzhatul Muttaqin,
no
1457 , 2/229 )
At-Tirmidzi : Hasan Sohih,
An-Nawawi : Sohih .
3) Ayat al-Kursi selepas
solat (
iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)
"Sesiapa yang membaca
ayat Kursi setiap kali
selepas solat, maka
tiada siapa yang dapat
menghalangnya dari
memasuki
syurga"
(Riwayat an-Nasaie dan
at-Tabrani dengan sanad
salah satu
antaranya Sohih.
Antara yang mengatakan
hadith ini sebagai SOHIH
adalah Ibn
Hibban, Abul Hasan (
guru Ibn Munzir), Az-Zahabi,
Ibn Hajar, Al-Qaradawi (
Rujuk
Al-Muntaqa min
at-Targhib wa at-Tarhib
lil Munziri,
Bab Zikir Selepas Solat
Fardhu,
no 890, 1/426)
Dari Ubai bin Ka'ab ra. berkata:
Rasulullah saw. bersabda,
"Wahai Abu Munzir, tahukah engkau ayat manakah
dalam Al Qur'an yang paling agung menurutmu?" Aku menjawab, "Allahu
laailaaha illa huwalhayyul qoyyuum (ayat kursi)",
Lalu beliau menepuk dadaku dan bersabda,
"Semoga Allah memudahkan ilmu bagimu wahai Abu Munzir."
(Diriwayatkan oleh Muslim)
4) Membaca doa ini
3 kali setiap hari :
"Bismillahillazi
La Yadhurru Ma'asmihi
Syai un
Fil Ardi
Wala Fisamaie,
wa huwas Sami'ul ‘Alim".
Rasulullah S.A.W bersabda :
((Tiada seorang hamba pun
yang berkata setiap pagi
dan petangnya :
"Dengan nama Allah
yang tiada
siapa mampu
memudaratkan dengan
namaNya samada di dunia
mahupun di langit, dan
Dialah maha mendengar
lagi maha mengetahui"
sebanyak 3 kali, kecuali
tiada
apa yang mampu memudaratkannya))
(Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no
1413, 2/207)
5) Membaca dua ayat .
ayat no
285 dan 286
dari surah al-Baqarah
pada waktu malam.
Adapun dua ayat tersebut ialah :
1. Firman Allah Ta’ala :
( Aamanar rasuulu
bimaa unzila llaihi mir rabbihi wal muminuun. Kullun aamana billaahi
wamalaaikatihi wakutubihii warusulihii laa nufarriqu baina ahadim mir
rusulihii waqaaluu sami’naa wa atha’naa ghufraanaka rabbanaa wailaikal
mashiir).
285. Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan
kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya
beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan
Rasul-rasulNya”. Mereka berkata lagi: “Kami dengar dan kami ta’at. (Kami
pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat
kembali”.
2. ( Laa yukallifullaahu nafsan illaa wus’ahaa
lahaa maa kasabat wa’alaihaa maktasabat. Rabbanaa laa tu aakhiznaa in
nasiinaa au akhtha-naa, rabbanaa walaa tahmil ‘alainaa ishran kamaa
hamal tahuu ‘alal ladziina min qablinaa. Rabbanaa walaa tuhammilnaa maa
laa thaaqata lanaa bih. Wa’fu ‘annaa waghfir lanaa warhamnaa, anta
maulanaa fanshurnaa alal qaumil kaafiriin.)
286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya
olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga
menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdo’a dengan
berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika
kami terlupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau
bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau
bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan
kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya
memikulnya. Dan ma’afkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami,
dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu,
tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
Surah Al-Baqarah (Ayat 285-286)
ayat no
285 dan 286
dari surah al-Baqarah dalam
dari surah al-Baqarah dalam
satu malam, maka 2 ayat itu
telah pun mencukupi baginya"
telah pun mencukupi baginya"
(Al-Bukhari & Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa membaca dua ayat di akhir surah Al-Baqarah pada
malam hari nescaya Allah taala akan menjaganya dari segala gangguan musuh dan
syaitan.”
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesungguhnya Allah taala telah mengakhiri surah Al-Baqarah
dengan dua ayat yang mana ianya adalah perbendaharaan Allah di bawah ‘Arasy, maka belajarlah kamu akan ayat itu dan ajarkanlah ia
kepada isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu. Maka sesungguhnya ia adalah
solat, doa dan Quran.”
6) Membaca zikir :
"La ilaha illah wahdahu
la syarikalah, lahul mulku
walahul hamdu yuhyi
wa
yumit wahuwa ‘ala
kulli syai'in Qodir
"
( sepuluh kali )
sabdalah Nabi S.A.W :
Barangsiapa menyebut :
"
Tiada tuhan melainkan
Allah Yang Esa,
tiada sekutu bagiNya,
bagiNya segala
kerajaan
dan bagiNya kepujian,
yang menghidupkan dan
yang mematikan,
dan Dia
maha berkuasa
atas segala sesuatu"
sebanyak seratus kali
selepas solat
Maghrib,
nescaya Allah akan
membangkitkan ia
dengan senjata
yang mampu melindunginya
dari Syaitan
sehinggalah pagi esoknya,
dan dituliskan
baginya
sepuluh kebaikan
seperti pahala menunaikan
perkara wajib, dan
dipadamkan darinya
sepuluh kejahatan
seperti dosa-dosa besar.
Dan ia setanding
dengan
membebaskan 10
hamba wanita islam."
(Sunan At-Tirmidzi,
Bab
Doa nabi SAW ,
no 3534 , hlm 802 ;
At-Tirmidzi : Hasan Ghorib ,
Al-Albani :
Hasan)
7) Membaca :
" A'uzu
bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq"
أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق
Maksudnya :
' Adapun jika engkau
menyebut tatkala kamu
berpetang-petang : ((
Aku berlindung dengan
kalimah Allah
yang maha sempurna
dari segala kejahatan
makhluk)) ,
nescaya tiada sesuatu apa akan
memudaratkanmu.
( Riwayat Muslim
Rujuk Al-Muntaqa min
at-Targhib wa at-Tarhib
lil Munziri,
Bab Zikir Yang Disebut
Ketika Subuh,
no 336, 1/225 )
.SEMOGA BERMANFAAT.
.SEMOGA BERMANFAAT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan