Semangat
atasi kelengkapan perang
Perang Badar berlaku di sebuah tempat bernama Badar pada hari Jumaat 17 Ramadan, tahun ke-2 hijrah. Perang ini adalah peperangan pertama dalam Islam membela keselamatan sosial dan politik mereka.
Rasulullah SAW bersama 313 sahabat keluar bagi menyekat rombongan pedagang Makkah yang pulang dari Syam. Abu Sufyan mengetuai angkatan perdagangan itu menyedari tindakan Rasulullah lalu menghantar utusan bernama Dham Dham bin Amr Ghifari meminta bantuan dari Makkah.
Pemimpin Quraisy yang berada di Makkah begitu marah dengan tindakan Rasulullah lalu mengumpulkan tentera melebihi 1,000 yang serba lengkap dengan peralatan perang.
Mereka terus bertolak dari Makkah bagi bertempur dengan tentera Islam.
Sebelum peperangan, Nabi Muhammad mengadakan mesyuarat bersama sahabat dan pahlawan tenteranya meminta pendapat mereka. Sesudah mendengar kata-kata mereka yang sungguh meyakinkan, Rasulullah kelihatan gembira.
Pada saat itu juga Allah menurunkan wahyu:
" Seperti (harta rampasan perang ditentukan
pembahagiannya dengan kebenaran, maka)
Tuhanmu (wahai Muhammad) mengeluarkanmu
dari rumahmu (untuk pergi berperang)
dengan kebenaran juga, sedang sebahagian
daripada orang yang beriman itu (sebenarnya)
tidak suka (turut berjuang).
Mereka membantahmu tentang kebenaran (berjihad)
sesudah nyata
(kepada mereka kemenangan yang kamu janjikan),
seolah-olah mereka dihalau kepada kematian,
sedangkan mereka melihat (sebab-sebabnya).
Dan (ingatlah)
ketika Allah menjanjikan kepada kamu
salah satu daripada dua angkatan,
menjadi untuk kamu (menghadapinya),
sedang kamu suka kiranya (angkatan perniagaan)
bukan angkatan (perang) yang mempunyai kekuatan itu
yang dijadikan untuk kamu (menghadapinya).
Sedangkan Allah menghendaki
bagi menetapkan yang benar (agama Islam)
dengan kalimah-Nya dan bagi membinasakan kaum
yang kafir seluruhnya. "
(Surah al-Anfal, ayat 5-7)
Selepas itu, Rasulullah berkata kepada tenteranya;
" Berjalanlah kamu dan bergiranglah
kerana sesungguhnya Allah
memberi janji kepadaku
salah satu daripada dua golongan
(iaitu al-Ir dan an-Nafir).
Demi Allah!
Sesungguhnya aku
seakan-akan sekarang ini
melihat tempat kebinasaan kaum Quraisy. "
Selepas mendengar perintah Rasulullah itu,
tentera Islam memulakan perjalanan menuju ke tempat yang dimaksudkan.
Rasulullah tidak henti-henti memanjatkan doanya kepada Allah memohon pertolongan.
Walaupun tentera Islam tiada kelengkapan tentera yang sempurna, tetapi mereka terus berperang bermati-matian. Tentera Islam sentiasa menyebut Esa! Esa! Esa!.
Dalam peperangan ini seramai 70 Quraisy terdiri daripada pahlawan handal dan pemimpin terkorban, sementara 70 lagi menjadi tahanan perang. Hanya 14 orang Islam saja yang gugur syahid.
Petikan buku Adab Ramadan
" Wahai pemeliharaku,
lapangkanlah dadaku,
Dan mudahkanlah
untukku urusanku,
Dan lepaskanlah
ikatan pada lisanku,
Supaya mereka memahami ucapanku. "
[20:25-28]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan