:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Sabtu, 21 Julai 2012

Happy Fasting






Ada gastrik boleh puasa


GASTRIK selalu digunakan sebagai alasan utama untuk meninggalkan puasa. Namun, tahukah anda gastrik sebenarnya bukan penyakit tetapi gangguan dalam perut, terutama apabila bahagian perut atas (berhampiran hulu hati) berasa sakit dan tidak selesa.




Perut kita merangkumi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, di bawah rusuk. Panjang perut orang dewasa lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) dan boleh mengembang bagi menampung satu gelen makanan dan minuman.




Sewaktu perut kosong, tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang serta dalam perut jugalah makanan diproses selain disimpan sebelum dibuang melalui usus.



Pakar Perunding Surgeri Am Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Peh Kiam Heng, berkata radang perut atau gastritis berlaku apabila keseimbangan ini terganggu. Ia berpunca daripada tindakan bakteria Helicobacter pylori yang hidup dalam perut.




“Jika radang ini dibiarkan tanpa rawatan, lama-kelamaan ia boleh menyebabkan ulser. Sesetengah ubat, jika diambil dalam tempoh lama, juga boleh menyebabkan radang perut, khususnya ubat tahan sakit atau antiperadangan bukan steroid (NSAIDs) seperti aspirin, ibuprofen dan naprofen.




“Bagaimanapun, kesan ubat ini berbeza antara individu kerana bagi yang sensitif, satu pil boleh menyebabkan sakit perut, malah kemujarabannya terjejas seandainya mengambil alkohol berlebihan atau mengambil dadah (kokain) yang mengganggu proses penghasilan mukus bikarbonat, menyebabkan dinding perut terdedah pada tindakan asid hidroklorik,’ katanya.



Berikut beberapa langkah untuk mengelak dan mengawal gejala gastrik.

  • Elak pengambilan makanan pedas dan masam

  • Makan secara bijak. Jika kerap sakit perut selepas makan, buat perubahan pada jadual makan dengan makan lebih kerap tetapi dalam kuantiti sedikit

  • Elak makanan yang merengsa perut seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak

  • Kurangkan minuman beralkohol

  • Berhenti merokok

  • Tukar ubat jika ubat gastrik yang diambil sekarang tidak berkesan

  • Patuhi jadual pengambilan ubat dan pastikan ubat diambil selepas makan

  • Kekalkan berat badan seimbang. Ia membantu mengawal dan mengelak simptom gastrik

  • Banyakkan bersenam

  • Belajar mengendalikan tekanan


    Gejala gastrik

  • Hilang berat badan

  • Tiada selera makan

  • Muntah

  • Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh reda atau semakin sakit apabila makan

  • Bahagian atas perut terasa ‘penuh’ dan senak selepas makan sedikit

  • Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam), pedas dan minuman beralkohol

  • Mual

  • Pedih hulu hati


    Kesimpulan

    Gastrik tidak bermakna tidak boleh berpuasa. Malah, berpuasa (atau mengosongkan perut) adalah baik untuk kesihatan. Pesakit gastrik dinasihatkan mengambil ubat setiap hari, sama ada selepas berbuka atau sewaktu bersahur.

    Justeru, dengan pengambilan ubat, pesakit boleh menjalankan ibadat puasa tanpa masalah. Namun jika terlupa mengambil ubat, ibadat puasa masih boleh diteruskan dan ia tidak mendatangkan kemudaratan.

    Pesakit juga tidak sepatutnya menderita disebabkan gastrik kerana ia mudah diatasi, dengan syarat pesakit didiagnos dengan betul dan mendapat rawatan sewajarnya.





  • Sumber




    p/s : It's time to wish you all

    who celebrate a fruitful, peaceful

    and meaningful Ramadan.

    Happy fasting!

    ALLAH SWT is really really kind..:)










    Tiada ulasan:

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...