:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Sabtu, 28 Julai 2012

Al-Quran pelihara kesucian hati





Al-Quran sebagai sumber ilmu,

panduan hidup



Membaca dan beramal dengan kitab suci pelihara kesucian hati



Soalan:



Ramadan makin hampir dan Ramadan adalah bulan al-Quran. Malangnya, setiap kali Ramadan saya tidak pernah khatam al-Quran. Mohon ustaz dapat beri motivasi supaya saya dapat khatam al-Quran pada Ramadan ini.



Sesungguhnya Kami (Allah) menurunkan peringatan (al-Quran) dan Kami pasti memeliharanya.” - Surah al-Hijr. Ayat 9


INTAN,
Kuala Terengganu.






Jawapan:


Apabila kita menyedari kita seorang Muslim, kita juga perlu menyedari orang Islam ini memiliki kitab suci yang perlu dibaca, difahami dan diamalkan sebagai panduan hidup. Perlu diingat, Allah SWT mengurniakan nikmat ke atas hamba-Nya dengan mengutuskan Nabi-Nya (Muhammad SAW) dan menurunkan kitab-Nya.





Al-Quran tiada sebarang kebatilan sama ada dari hadapan atau belakang sehingga terbentang luas bagi para ahli fikir jalan mengambil iktibar atau contoh teladan daripadanya kerana al-Quran mengandungi banyak cerita dan berita.






Dengan adanya al-Quran, nyata teranglah bagi umat manusia jalan kukuh yang harus ditujui dan titian lurus harus dilalui kerana dalamnya terdapat pelbagai hukum yang membezakan antara halal dengan haram.






Al-Quran laksana cahaya yang menerangkan, dengannya manusia akan terselamat daripada kemegahan diri, sebagai penawar mengubati segala jenis penyakit bersarang dalam hati. Sesiapa yang berpegang teguh dengan al-Quran, nescaya ia akan terbimbing untuk mendapat petunjuk.






Sesiapa mengamalkan kandungannya, nescaya ia akan berjaya dan bahagia. Allah SWT berfirman:






“Sesungguhnya Kami (Allah)

menurunkan peringatan (al-Quran)

dan Kami pasti memeliharanya.”

(Surah al-Hijr, ayat 9)







Antara sebab menentukan terpeliharanya al-Quran dalam hati sanubari dan mashaf adalah mengamalkan pembacaannya selalu dan mendalami maksudnya terus-menerus dengan memerhatikan adab serta syaratnya. Kemudian menurut arahan terkandung di dalamnya.







Nikmat besar yang perlu disyu-kuri iaitu diberi kelapangan untuk membaca dan mentadabbur al-Quran.







Rasulullah SAW bersabda:





“Sesiapa yang membaca al-Quran,

kemudian mendapati ada orang lain

yang dikurniakan keutamaan

selain dari apa yang Allah telah kurniakannya,

maka sebenarnya ia telah memperkecilkan sesuatu

yang dibesarkan oleh Allah SWT.”










Ibnu Mas’ud berkata:






“Sekiranya anda inginkan ilmu pengetahuan,

maka pelajarilah al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran itu

mengandungi ilmu para ahli terdahulu dan yang terkemudian.”








Amru Ibnul ‘As pula berkata:





“Sesiapa membaca al-Quran,

maka sebenarnya telah ada bersamanya darjat kenabian,

hanya dia tiada diturunkan wahyu saja.”







Rasulullah SAW mencela orang membaca al-Quran,
padahal mereka lalai un-tuk melaksanakan pengajarannya.
Rasulullah
SAW bersabda:







“Tiada dikira beriman dengan al-Quran

orang yang menghalalkan segala larangannya.”







Sebahagian ulama berkata:







“Sesungguhnya seorang hamba itu

akan membaca al-Quran,

dan ia akan melaknat dirinya,

sedang ia tidak sedar akan kelakuannya.

Iaitu apabila ia membaca:

‘Awas! Laknat Allah ditimpakan

ke atas orang yang zalim’

padahal orang itu

berlaku zalim terhadap manusia.


Ataupun dia membaca:

“Awas!

Laknat Allah ditimpakan ke atas

orang yang berdusta’,

padahal dia selalu berdusta. "










Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...