:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Ahad, 15 Julai 2012

Pandai berkata-kata







Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, baginda bersabda:





“Tidak ada yang bercakap dalam buaian

kecuali tiga orang,

iaitu Isa bin Maryam dan sahabat Juraij. "






Juraij adalah seorang yang rajin beribadat.
Dia membuat surau sendiri untuk tempatnya beribadat.
Pada suatu hari ibunya datang ke suraunya
ketika dia sedang solat. Ibunya berkata (memanggil):





“Juraij .... Juraij......”



Juraij yang sedang solat itu berkata dalam hatinya:



“Ya Tuhanku, apakah aku penuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku?”



Akhirnya dia mengambil kesimpulan
untuk meneruskan solatnya saja.
Ibunya merasa kecewa dan pulang ke rumah.
Esok harinya ibunya datang lagi dan Juraij pun
sedang mengerjakan solat.




Ibunya memanggil: “Juraij.....Juraij.”






Juraij berkata dalam hatinya:



“Tuhanku, apakah kupenuhi panggilan ibuku
atau kuteruskan solatku?”




Dia memilih untuk meneruskan solatnya daripada
memenuhi panggilan ibunya.
Ibunya pun pulang lagi dalam keadaan kecewa.








Esoknya lagi (untuk kali yang ketiga),
ibunya datang lagi dan kebetulan Juraij sedang solat.





Ibunya memanggil: “Juraij....... Juraij.”




Juraij ragu lagi:




“Tuhanku, ibuku atau solatku?”
Dia masih juga mengutamakan solatnya.








Ibunya yang semakin kecewa itu berkata:





“Ya Allah, janganlah matikan Juraij itu
sebelum dia melihat wajah wanita-wanita penzina.”







Rupanya kaum Bani Israil sedang sibuk memperkatakan Juraij
kerana hebatnya beribadat dan mereka merasa cemburu melihatnya.
Seorang wanita jahat dan pandai menggoda lelaki berhias
kemudian berkata kepada mereka:





“Kalau kamu mahu biar aku goda dan aku fitnah dia.”






Wanita itu pergi ke tempat peribadatan Juraij
dan cuba menggodanya tetapi Juraij tidak terganggu kekhusukannya.
Kerana kecewa, wanita itu pergi menjumpai seorang penggembala
yang tidak berapa jauh dari surau Juraij.
Lelaki itu menyambutnya dengan baik dan terjadilah perzinaan
dan akhirnya wanita itu hamil. Setelah melahirkan anak,
wanita itu mendakwa bahawa anak itu dari Juraij.
Sebab itu masyarakat kampungnya pergi mendatangi Juraij.
Mereka memukulinya dan menghancurkan tempat peribadatannya.
Juraij merasa hairan dan berkata:






“Ada apa ini?”



Mereka menjawab:



“Engkau telah berzina dengan wanita liar
yang bernama ini dan dia telah melahirkan anak
dari benihmu sendiri.”






Juraij berkata:




“Di mana anak itu?”



Mereka membawa anak itu ke hadapan Juraij.
Juraij meminta kebenaran dari mereka untuk mengerjakan
solat sunat dua rakaat. Selesai mengerjakan solat,
Juraij mendekati anak itu. Dia memperhatikannya,
lalu menekan perutnya dan berkata:







“Wahai bayi, siapa ayahmu?”




Bayi yang baru lahir itu menjawab:




“Ayahku si Polan, seorang pengembala.”



Mereka semua tercengang, lalu mencium tangan Juraij,
memeluk tubuhnya dan meminta maaf kepadanya sambil berkata:





“Biarlah tempat peribadatanmu ini akan kami bina semula
dan akan kami buat dari bahan emas.”






Juraij berkata:





“Tidak, binalah semula dari tanah.”





Mereka pun membangunnya semula dari tanah.






Ketika seorang bayi menyusu kepada ibunya,
tiba-tiba lalu di hadapan mereka seorang lelaki cantik
dan menunggang binatang yang cantik.
Ibunya tertarik melihatnya dan berkata:




“Ya Allah, jadikanlah anakku ini nanti seperti lelaki itu.”




Tiba-tiba anak itu melepaskan puting ibunya,
lalu melihat lelaki yang berjalan itu dan berkata:





“Ya Allah, jangan jadikan aku seperti dia.”







Kemudian anak itu menetek lagi kepada ibunya.
Saya masih terbayang bagaimana Rasulullah SAW
memperagakan keadaan bayi yang sedang menetek itu
(kata yang meriwayatkan hadis ini).
Baginda memasukkan telunjuk tangannya ke mulutnya
yang mulia itu kemudian menghisapnya seperti bayi
yang sedang menyusu. Kemudian Baginda Rasul bersabda:







“Tidak lama kemudian lalu di hadapan mereka

anak dara dalam keadaan pucat dan kepenatan

kerana dikejar orang ramai dari belakang.

Orang ramai yang mengejarnya itu berteriak-teriak:

“Wanita penzina.... pencuri.”

Dalam keadaan sesak nafas dan kesakitan,

wanita itu hanya berkata:

“Cukuplah Allah yang mengetahuinya

dan Dialah sebaik-baik tempat berserah.”








Melihat yang demikian ibu yang menyusukan itu berkata:







“Ya Allah,

jangan jadikan nanti anakku ini seperti dia.”





Bayi itu melepaskan susu ibunya,
lalu memandang kepada wanita yang dikejar-kejar itu kemudian berkata:






“Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia.”





Di sana ada lagi hadis yang lebih lengkap ceritanya.






Ibunya merasa hairan dan berkata:





“Tadi lalu seorang lelaki yang cukup hebat
dan menarik kemudian ibu doakan supaya engkau
dijadikan seperti dia malah engkau menjawab:







“Ya Allah, jangan jadikan aku seperti dia.”





Tidak lama kemudian menyusul wanita malang
yang dikejar-kejar orang, dipukuli dan dituduh mencuri dan berzina,
kemudian ibu doakan supaya engkau jangan dijadikan
seperti dia tetapi malah engkau berkata:





“Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia.”





"Ibu ingin tahu mengapa engkau menjawab seperti itu ?”





Bayi itu menjawab:





“Lelaki yang kelihatan hebat dan bergaya itu tadi
sebenarnya orang jahat, maka aku pun berdoa kepada Allah
supaya jangan dijadikan seperti dia.
Sedangkan wanita ini, yang mereka menuduhnya mencuri dan berzina,
sebenarnya dia tidak ada mencuri dan berzina.
Dia sebenarnya cukup mulia di sisi Allah dan aku pun
memohon dijadikan seperti dia.”






Dari sumber yang lain, dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi SAW, bersabda:








“Ada empat orang

yang pandai bercakap semasa kecil,

iaitu anak Masyitah, zaman Firaun,

anak yang menjadi saksi Nabi Yusuf (bersama Zulaikha)

sahabat Juraij (yang dituduh anaknya)

dan Isa bin Maryam.”





Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...