:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Isnin, 22 Disember 2014

:)

http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2014/01/doa-mudahkan-urusan.jpg





Dari Anas bin Malik, 
beliau berkata bahawa :-
 
 
 
“Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, 
wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa.”

(Ya Allah! 
Tiada kesenangan kecuali 
yang Dikau permudahkan; 
Dan Dikaulah 
menjadikan kesedihan (kesukaran),
 jika Dikau mengkehendakinya pasti akan 
menjadi mudah.)”


Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam sahihnya (3/255). Diriwayatkan juga oleh Ibnu Abi ‘Umar, Ibnus Sunni dalam ‘Amal Yaum wal Lailah’. (Jaami’ul Ahadits, 6/257, Asy Syamilah).  Sanad hadis ini sahih sebagaimana dikatakan oleh Syaikh Syu’aib Al Arnauth dalam tahqiqnya terhadap Sahih Ibnu Hibban.




bahawa sesiapa yang sentiasa 
bertawakkal pada Allah سبحانه وتعالى
maka Allah سبحانه وتعالى akan 
memudahkan setiap urusannya.



Hati seharusnya bersandar pada 
Yang Maha Khaliq iaitu 
Allah  سبحانه وتعالى.



 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxQF3I3_Vo7Fl_XW782no8Xg4m9pP77pi-9p0u7lFoc8fcf1nZBy9b2w4JoIBe3f3JiQtnwhgMuJQlMEJpXuAiKGE5LDAluJKUzinN_MGJi6U6A2QeUMgIOVzLatv9h4qYyt7PHimzWuY/s1600/beautiful.jpg

Sabtu, 20 Disember 2014

:)



Sabda Rasulullah saw :
 
Barangsiapa 

yang beriman pada ALLAH 

dan hari akhirat maka hendaklah

 berkata baik atau lebih baik diam.” 

 (HR Bukhari dan Muslim)



“Seorang yang beriman 

dengan orang beriman yang lain

 adalah ibarat binaan yang saling 

mengukuhkan antara satu sama lain.” 

(Al-Bukhari dan Muslim)



http://ustazfathulbari.files.wordpress.com/2014/05/spring-blooming-flower.jpg

 Nabi SAW bersabda :

“Doa itu adalah ibadah”  

(Sahih. Abu Dawud dan Al-Tirmizi).



 Maka jangan sesekali kita berdoa
 kecuali hanya kepada Allah SWT. 
Seperti mana perintah Allah
 di dalam Al-Quran :



“Dan Tuhanmu berfirman:

 “Berdoalah kepadaKu,

 nescaya akan Aku

 perkenankan bagimu.”

 (Surah Ghafir: 60)


http://www.wallcoo.net/flower/sweet_wildflowers_01/images/sweet_wildflower_JK003_350A.jpg


Ketahuilah, yang mampu menolong kita hanyalah
 Allah SWT kerana Dia adalah Tuhan sekalian alam yang telah
 menciptakan langit dan bumi, bahkan segala urusan tadbir
 di dalam alam ini adalah di bawah kekuasaanNya. 

Tiada Tuhan yang lain, tiada kuasa yang lain melainkan
 kuasa Allah mengatasi segala-galanya. 

 Sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,
 Rasulullah SAW bersabda :

 “Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjaga kamu.”

 Jagalah hubungan kita dengan Allah; 
maksudnya hendaklah di dalam urusan ibadah,
 hanya kita berikan kepada yang selayaknya iaitu Allah,
 tanpa menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain.
Rasulullah SAW mengatakan kalau kita menjaga 
hubungan kita dengan Allah, nescaya Allah akan 
menjaga hubunganNya dengan kita. 
Rasulullah melanjutkan,

 “Jika kamu memohon, maka mohonlah daripada Allah. 
Dan jika kamu meminta pertolongan, maka mintalah 
pertolongan daripada Allah.”

Rasullah mengatakan lagi dalam hadis yang sama,
 “Dan ketahuilah, sekiranya semua manusia
 di permukaan bumi ini berkumpul untuk 
memberikan kamu satu manfaat nescaya mereka 
tidak akan dapat memberikan manfaat itu 
melainkan dengan sesuatu yang Allah
 tetapkan bagimu. Dan sekiranya semua manusia 
berkumpul untuk memberikan kamu satu mudarat,
 mereka tidak akan dapat memudaratkanmu kecuali 
dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan ke atasmu.”
 (Sahih. Riwayat Ahmad)

http://ilmuanmalaysia.com/wp-content/uploads/2013/10/DSC_0323.jpg  http://freephotos.atguru.in/hdphotos/purple-flowers-wallpapers/purple-flowers-2880x1800.jpg


 Nabi SAW mengajarkan doa 
yang dibaca pada pagi dan petang, 
meminta kepada Allah supaya jangan 
menyerahkan urusan kita kepada diri kita sendiri.

“Wahai (Allah) Yang Maha Hidup, 

Yang Maha Terjaga, 

dengan rahmatMu

 Aku meminta pertolongan, 

perbaikilah urusanku seluruhnya,

 dan janganlah Engkau serahkan aku

 kepada diriku sendiri 

walau sekelip mata.”

 (Sahih. Al-Hakim)


 http://listoffive.com/wp-content/uploads/2013/04/sakura-most-beatiful-flower-in-the-world.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...