:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Jumaat, 20 Julai 2012

Ramadhan Mubarak



Ramadan Kareem orkut scraps, images, greetings cards



Rasulullah s.a.w bersabda :


“Sesungguhnya di syurga

terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan.

Orang-orang yang berpuasa akan masuk

melalui pintu itu pada hari Kiamat.

Tidak ada seseorang pun yang akan masuk

melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan:

Mana orang-orang yang berpuasa?

Lalu mereka semua berdiri.

Tidak ada seorang pun yang masuk

melalui pintu ini selain mereka.

Apabila mereka semua telah masuk,

pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun

yang akan masuk melaluinya”



(Diriwayatkan oleh

al-Bukhari dalam

Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum– no: 1896)



~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Sabda Rasulullah s.a.w :



“(Allah s.w.t berfirman) :

Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan

makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU.

Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU.

Puasa adalah untuk-KU.

Sedangkan,

AKU memberi balasan setiap kebaikan itu

dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda

kecuali ibadah puasa. Ini kerana,

ia (puasa) adalah untuk-KU

dan (sudah tentu) AKU sendiri

yang akan memberi balasannya”



(Diriwayatkan oleh

Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)





~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Sabda Rasulullah s.a.w :


“ Setiap amal kebaikan

anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat)

kecuali puasa.

Sesungguhnya ia adalah untuk-KU

dan AKU lah yang memberi pahala puasanya”



(Diriwayatkan oleh

al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas – no: 5927)


Al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani r.h

berkata mengenai hadis di atas:


Ibadah puasa ini dianggap sebagai

ibadah khusus untuk Allah

kerana ia bebas daripada unsur riak.

Ini kerana, perlaksanaannya tidak dapat dilihat

oleh mata kasar manusia.

Orang yang sedang berpuasa

dan orang yang tidak berpuasa

sama sahaja dari segi luarannya.

Berbeza dengan ibadah

seperti solat, membaca al-Quran,

berzikir atau bersedekah

yang mana perlaksanaannya

dapat dilihat secara terbuka dan membuka

ruang timbulnya perasaan riak.

Oleh itu al-Imam al-Qurtubi r.h berkata:


" Disebabkan semua amal perbuatan

yang ada ini dapat dimasuki unsur riak,

sedangkan puasa itu hanya dilakukan

semata-mata kerana Allah,

tidak hairanlah Allah menisbbahkan puasa itu

kepada diri-Nya”


(Ibn Hajar al-Asqalani dalam

Fath al-Baari, jilid 11, halaman 20)




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...