:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Sabtu, 23 Januari 2010

SOLAT YANG TIDAK DITERIMA ALLAH SWT





Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."


. Rasulullah S.A.W juga telah bersabda: "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T.:

. 1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

. 2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

. 3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

. 4. Orang lelaki yang melarikan diri.

. 5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (tidak bertaubat).

. 6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

. 7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

. 8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

. 9. Orang-orang yang suka makan riba'.

. 10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."


. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." . Hasan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arahukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

1 ulasan:

annie berkata...

Assalamualaikum, salam ziarah, jalan2 terjumpa blog ni, singgah jap. Pengisian yg penuh dgn ilmu yg berguna utk dijadikan panduan ketika mencari2 jawapan pada setiap persoalan. Terima kasih.

Jemput singgah blog saya juga..t/kasih atas kesudian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...