:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah Syawal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah Syawal. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Ogos 2014

Syawal duga keberkesanan Madrasah Ramadan :)






Syawal duga keberkesanan
 madrasah Ramadan


Penerusan ibadah dengan
 amalan sunah kekalkan ketakwaan

Madrasah Ramadan adalah proses tarbiah buat hati, jiwa dan roh yang mampu mendekatkan diri kepada Allah.

Natijah daripada segala proses di madrasah Ramadan ini melahirkan hati yang bertakwa kepada Allah SWT di mana takwa adalah pakaian Mukmin untuk menggalas cabaran selama 11 bulan yang akan datang.
Ketika ini juga akan teruji madrasah Ramadan yang telah berlalu selama sebulan dan adakah segala amal ibadah dan amal soleh yang telah dilaksanakan dapat direalisasikan dalam bulan Syawal ini. Mereka yang berjaya diubah oleh tarbiah Ramadan adalah orang yang amat beruntung kerana terlepas daripada kehinaan yang telah dinyatakan oleh Baginda SAW. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Amat jauh daripada rahmat Allah SWT bagi sesiapa yang sempat bertemu bulan Ramadan, tetapi tidak menggunakan peluang dengan sebaiknya, maka Allah tidak mengampunkannya.(Hadis Riwayat Hakim).



Orang bertakwa nikmat kemanisan Ramadan

Orang yang benar-benar dapat menikmati kemanisan dan kegembiraan sambutan Aidilfitri adalah orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT. Mereka inilah yang tergolong dalam golongan orang yang sentiasa meninggalkan larangan Allah di samping mentaati syiar Islam sebagaimana yang terkandung dalam firman Allah SWT bermaksud: "Demikianlah ajaran Allah. Sesiapa yang menghormati syiar agama Allah maka dialah orang yang bertakwa kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan daripada sifat-sifat takwa hati Mukmin" .(Surah Al-Hajj ayat 32).

Sabda Rasulullah SAW bermaksud : "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh rasa keimanan dan penghayatan akan diampuni segala dosanya yang lalu". (Riwayat Bukhari & Muslim). Hadis ini menunjukkan bahawa mereka yang dapat melepasi Ramadan dengan sempurna akan mendapat bonus keampunan daripada Allah SWT. Ini bergantung kepada sejauh manakah kita dapat mengikuti terma dan syarat yang ditetapkan. Ramai yang tidak menduga bahawa dugaan sebenar adalah pada bulan Syawal kerana penurunan peningkatan kualiti ibadah kita berlaku dengan begitu mendadak sekali terutama apabila selesai solat Aidilfitri.

Masjid, surau lengang

Masjid dan surau akan menjadi lengang, al-Quran akan disimpan dan kembalilah aktiviti kebiasaan yang dilakukan sebelum Ramadan. Mereka yang telah berjinak-jinak dengan masjid sudah mula menjauhi diri dan melipat sejadahnya. Mereka kembali kepada dunia seperti sebelumya dengan begitu ghairah sekali.

Menyedari hakikat inilah, Baginda SAW menyeru kita, agar tekun dan terus melaksanakan amalan sunat walau berakhirnya Ramadan supaya kita senantiasa mengingati apakah tujuan Allah menghidupkan dan memanjangkan usia kita di muka bumi ini. Ibadah mestilah diteruskan kerana kehidupan kita sentiasa disambung oleh Allah SWT. Ibadah puasa juga tidak akan habis sehingga penghujung nyawa. Banyak puasa sunat yang dianjurkan khususnya puasa nabi Daud a.s yang berpuasa sehari dan berbuka sehari. Puasa Asyura, puasa Muharam, puasa Isnin dan Khamis dan lain-lain. Baginda SAW juga menyeru umat Islam agar terus mengerjakan ibadah puasa enam hari pada bulan Syawal di mana Baginda SAW telah berwasiat pada Sayyidina Ali r.a. yang bermaksud : "Wahai Ali, sesiapa antara kamu yang menyambung puasa Ramadan dengan enam hari di bulan Syawal, maka Allah akan menulis baginya pahala puasa satu tahun penuh." (Al-Hadith). Amalan solat berjemaah di masjid setiap hari mestilah diteruskan di samping meneruskan ibadah qiamullail dan iktikaf. Lidah juga hendaklah dibasahi dengan zikir, terutama melalui pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Bersedekah, berwakaf dan berzakat sepanjang masa serta memelihara silaturahim antara sesama manusia.


Keistimewaan bulan Syawal

Keistimewaan bulan Syawal adalah disebabkan sepanjang bulan itu adalah hari raya, hari kemenangan dan kegembiraan. Ia juga hari kesyukuran dan menambah amal kebaikan yang sedia terkumpul sejak Ramadan. Ia juga adalah bulan keampunan sebagaimana yang disabdakan Rasulullah SAW dari Ibnu Mas'ud r.a. yang maksudnya: "Apabila mereka berpuasa sebulan Ramadan lalu pergi untuk mengerjakan solat Aidilfitri, Allah Taala berfirman : "Hai para Malaikat-Ku, tiap-tiap orang yang beramal itu mengharapkan pahalanya, dan para hamba-Ku yang berpuasa dalam bulan Ramadan lalu menunaikan solat Aidilfitri juga mengharapkan pahalanya, maka oleh kerana itu saksikanlah, bahawa sesungguhnya Aku telah mengampuni mereka." Lalu ada seruan : "Hai umat Muhammad, kembalilah kamu ke rumahmu masing-masing, sesungguhnya semua kejahatanmu telah diganti dengan kebaikan.
Maka Allah Taala berfirman: "Hai para hamba-Ku, kamu semua telah berpuasa untuk-Ku dan juga telah berbuka untuk-Ku, oleh kerana itu bangkitlah kamu semua, kamu semua telah diampuni." (Zubdatul Wa'izhiin).

Syawal juga bulan yang dimakbulkan doa melalui rahmat daripada Allah SWT serta kasih sayang-Nya. Rahmat ini telah dicetuskan oleh amalan baik selepas Ramadan apabila kesan tarbiah Ramadan sudah dapat dicernakan oleh jiwa manusia.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Bersungguh-sungguhlah kamu semua pada Aidilfitrii dengan bersedekah dan amalan-amalan yang baik, yang bagus dari solat, zakat, tasbih, tahlil kerana sesungguhnya hari ini Allah Taala mengampuni semua dosa kamu. mengabulkan semua doamu dan melihat kamu semua dengan kasih-sayang. "Allah SWT berfirman: "Hai para Malaikat-Ku, saksikanlah olehmu semua, bahawa sesungguhnya telah-Ku jadikan pahala mereka atas puasanya itu, keredaan-Ku dan ampunan-Ku." (Hadith Qudsi).

Pada hari ini, ramai yang memahami bahawa hari raya adalah hari untuk menghabiskan segala dana untuk menggantikan segalanya dengan yang baru.
Bermewah-mewah, hiburan dan sebagainya. Pembaziran berleluasa sehingga mengabaikan tanggungjawab sebenar sebagai seorang Muslim. Kita lupa bahawa itu adalah hari untuk bersyukur, memuji, memuja dan membesarkan Allah SWT.
Aidilfitri ialah adalah hari untuk mengembalikan fitrah manusia kepada keadaan asal semula jadi yang suci dan murni.




Sumber: 


 

Rabu, 30 Julai 2014

Puasa Enam Hari Bulan Syawal :)


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwF72YNJNK6FuTbyfJ2ew3zj2eR5e00GvnX9NnVqzMniQ9cQHSxEbvJ-y8IDst1vU1S26fH78yoHYichw4RY0RekkO0UDqCbtMStLKL1hGjo2hHOSKwJOlWYlLahKGfCEBoRIajCptPSTV/s1600/berbekal-istiqamah.jpg





JANGAN LUPA 6 SYAWAL





Oleh: 

Dr. Ahmad Hassan

 
 http://www.infongawi.com/wp-content/uploads/2011/08/Gambar-Foto-Sms-Idul-Fitri.jpg


Ramadhan telah berlalu dan kini Syawal telah tiba. Namun tarbiyah Ramadhan diikuti tarbiyah Syawal juga tarbiyah bulan-bulan lain semuanya dan berkesinambungan dengan ketaatan dan ibadah merupakan bukti penerimaan Ramadhan. Ini kerana Rasul saw bersabda:







Sesungguhnya setiap amalan perlu aktif dan setiap keaktifan adakalanya berlaku saat kemerosotan. Justeru barangsiapa semasa saat kemerosotannya kembali kepada sunnahku, maka dia memperolehi petunjuk tetapi barangsiapa semasa saat itu kembali kepada yang lainnya, maka ia pasti akan sesat.








Wahai orang yang Allah berikan taufik kepadanya di bulan Ramadhan. Janganlah anda kembali kepada dosa-dosa yang anda lakukan sebelum Ramadhan seperti amalan mengumpat, mencerca, menipu, khianat dan sebagainya..kerana anda telah merasai kemanisan air mata dan kelazatan munajat yang merupakan saat yang paling bahagia bagi para hamba. Oleh itu janganlah anda tinggalkan kebahagiaan yang telah dinikmati itu. Begitu juga amalan qiam, puasa, sedekah, tilawah al-Quran dan zikir.






Puasa sunat di bulan Syawal selepas Ramadhan adalah di antara peluang terbaik kerana orang yang berpuasa masih berada pada ketaatan dan ibadah yang lain setelah selesai puasa Ramadhan. 






Nabi saw telah menyatakan kepada umatnya tentang kelebihan puasa enam Syawal dan mendorong mereka dengan menggunakan teknik galakan supaya melaksanakan puasa 6 hari ini..sabda nabi saw:









Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, maka ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun. (Muslim dan lainnya)










Menurut Imam Nawawi: Para ulamak menyatakan: Ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun, kerana satu hasanah (pahala) mendapat 10 gandaan. Jadi puasa Ramadhan sebulan seumpama puasa 10 bulan. Manakala puasa 6 hari seumpama puasa dua bulan.








Ibn Rejab menukilkan dari Ibn Mubarak katanya: Bagi yang berpuasa 6 Syawal secara berkesinambungan selepas puasa Ramadhan, maka dia wajib memperolehi pahala puasa sepanjang tahun. 








Jikalau tanda penerimaan sesuatu ibadah ialah kecenderungan melakukan ibadah seterusnya, maka puasa 6 Syawal selepas Ramadhan adalah bukti kesyukuran orang berpuasa kepada Allah kerana memberi taufik kepada puasa Ramadhan dan menambahkan kebaikan, sepertimana puasanya sebagai bukti kecintaan kepada ibadah dan ketaatan dan kecenderungan untuk meneruskan jalan ibadah. Bahkan ia seakan-akan suatu perjanjian dengan Allah untuk bersungguh-sungguh beribadah dan melaksanakan ketaatan kerana ia tidak mahu hanya beribadah kepada Allah di bulan Ramadhan dan meninggalkan ibadah selepas Ramadhan. 







Al-Hafiz Ibn Rejab al-Hanbali berkata:
Orang yang menggantikan nikmat taufik puasa di bulan Ramadhan dengan melakukan maksiat selepasnya, maka sebenarnya dia seperti orang menukarkan nikmat Allah dengan kekufuran. Ada yang mengatakan kepada Bisyr al-Hafiy: Suatu kaum yang beribadah dan bersungguh-sungguh di bulan Ramadhan. Lalu Bisyr berkata: Seburuk-buruk suatu kaum ialah yang tidak mengenali Allah dengan sebenarnya kecuali di bulan Ramadhan sebaliknya orang soleh sentiasa beribadah dan bersungguh-sungguh sepanjang tahun.









Di antara hikmat puasa 6 Syawal









1. Puasa 6 Syawal selepas Ramadhan menyempurnakan pahala puasa sepanjang tahun bagi seorang muslim.






2. Puasa di bulan Syawal dan Syaaban sama seperti solat sunat dan solat rawatib sebelum atau selepas solat fardu yang berfungsi menampung segala kekurangan dan kecacatan dalam ibadah fardu, kerana ibadah fardu disempurnakan oleh ibadah nawafil di hari Kiamat. Bahkan ramai orang yang puasanya terdapat kekurangan dan kecacatan, maka ia perlukan amalan yang dapat menampung atau melengkapkan kekurangan itu. 







3. Puasa Ramadhan mewajibkan seseorang memperolehi keampunan daripada dosa-dosa yang terdahulu. Oleh itu kembali berpuasa selepas Eidul Fitri sebagai tanda syukur kepada nikmat ini kerana tiada nikmat yang lebih besar daripada keampunan daripada dosa. 






Allah telah memerintahkan hambaNya supaya mensyukuri nikmat puasa Ramadhan dengan sentiasa mengingatiNya, berzikir dan bermacam-macam cara bersyukur yang lain. Firman Allah:










Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur (Al-Baqarah: 185)










Justeru tanda kesyukuran hamba kepada Allah di atas taufikNya dengan puasa Ramadhan, pertolongan dan keampunan daripada dosa ialah melaksanakan ibadah puasa sunat seterusnya. 






4. Amalan-amalan yang mendekatkan seorang hamba dengan Allah pada bulan Ramadhan tidak terhenti dengan berlalunya Ramadhan, bahkan masih kekal selagi hamba itu hidup. Oleh itu berpuasa selepas Eidul Fitri menunjukkan kembalinya kepada keinginan untuk berpuasa. Baginya puasa tidak menjemukan dan membebankannya.









Permasalahan berkaitan puasa 6 Syawal









-Setengah orang berpendapat bahawa jika tahun ini mereka berpuasa 6 Syawal, maka mereka mesti berpuasa 6 Syawal pada setiap tahun. Pendapat ini tidak betul kerana ibadah ini adalah pilihan semata-mata sama ada mahu berpuasa tahun ini atau tidak pada tahun berikutnya. Bukanlah wajib berpuasa setiap tahun. 





Marilah kita mengingati firman Allah:








Dan bersegralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa



(Ali-Imran:133)









-Setengah orang berpendapat bila seseorang telah mula berpuasa 6 hari di bulan Syawal maka ia mestilah menyelesaikannya sekaligus dan tidak boleh berhenti atau terputus sehari atau dua hari sama ada atas sesuatu sebab atau sakit semsa puasa. Pendapat ini tidak betul kerana orang yang melakukan amalan sunat berhak ke atas dirinya. Ia boleh memutuskan puasanya pada bila-bila masa yang dia mahu berdasarkan sabda nabi saw:









الصائم المتطوع أمير نفسه، إن شاء صام وإن شاء أفطر






Orang yang berpuasa sunat adalah ketua (berhak) ke atas dirinya dia boleh memilih sama ada mahu berpuasa atau berbuka (tidak berpuasa)


(Tirmizi)








-Bagi orang yang mahu berpuasa 6 Syawal sepatutnya memulakan niat puasa pada malamnya, kerana puasa pada hari-hari yang khusus pada waktu yang terbatas mempunyai ganjaran yang khusus dan tidak sama seperti puasa sunat mutlak.









-Bagi sesiapa yang tertinggal puasa beberapa hari di bulan Ramadhan, maka ia mestilah mengqada
nya (menggantikannya) dahulu, kemudian barulah berpuasa 6 Syawal kerana puasa Ramadhan adalah ibadah fardu dan puasa 6 Syawal adalah sunat sahaja berdasarkan zahir hadith:








Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari di bulan Syawal..



(Hadith)









Namun masalah ini tidak terlepas daripada perbezaan pendapat ulamak.









-Disunatkan bersegera melaksanakan puasa 6 Syawal yang dimulakan pada hari kedua Syawal, tetapi tidak menjadi masalah jika melewatkan pada pertengahan bulan atau penghujung bulan. 







-Puasa Ramadhan yang diikuti puasa 6 hari di bulan Syawal ganjarannya menyamai puasa sepanjang tahun kerana satu hasanah menyamai 10 gandaan berdasarkan hadith Thuban r.a dari nabi saw yang bersabda:





Puasa Ramadhan pahalanya menyamai sepuluh bulan. Puasa enam hari di bulan Syawal pahalanya menyamai dua bulan. Dengan itu seolah-olah puasa sepanjang tahun



(Ahmad dan Ibn Hibban)


http://31.media.tumblr.com/tumblr_m03e9kXqMD1r1zq3uo1_500.gif






 

 .........

 http://sd.keepcalm-o-matic.co.uk/i/keep-calm-and-have-a-fabulous-syawal.png







Isnin, 28 Julai 2014

A Very Happy Eid Ui Fitr Mubaraka 2014 :)

http://image.blingee.com/images18/content/output/000/000/000/764/722129831_102840.gif

Colorful lights Animation



Rasulullah SAW 
menyarankan umat Islam 
menyambut hari raya dengan
 banyak memuji kebesaran Allah.
Nabi Muhammad bersabda:  


“Hiasilah hari raya 
(Aildilfitri dan Aidiladha) kamu 
dengan takbir, tahlil, 
tahmid dan taqdis 
(mengingati dan
 mengagungkan Allah).”  

(Hadis riwayat al-Thabrani).





Colorful lights Animation



A Very Happy 
Eid Ui Fitr Mubaraka 2014



Colorful lights Animation


http://www.wishespoint.com/wp-content/uploads/2013/04/i-wish-you-happy-eid.jpg


Colorful lights Animation



Bertakbir pada tarikh
1 Syawal bersempena Aidilfitri 
merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. 



Firman Allah yang bermaksud :




“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.”

  (Al-Baqarah : 185)





Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untuk menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani dalam Kitab Meneladani Rasulullah saw Dalam Berhari Raya :




“Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini.”


 

Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke masjid.






Colorful lights Animation



Apabila para sahabat
 Rasulullah saw bertemu 
di hari raya, sebahagian mereka
 melafazkan kepada yang lain 
‘taqabbalullah minna waminka’ 
(Semoga Allah menerima
 amalan kami dan amalanmu).





“Rasulullah saw 
tidak akan pergi ke 
tempat solat pada 
pagi Aidilfitri sebelum 
memakan beberapa biji kurma. 
Murajja bin Raja berkata : 
Ubaidillah menceritakan 
kepadaku bahawa 
Anas r.a berkata : 
Rasulullah saw memakannya 
dalam jumlah yang ganjil.” 

(Riwayat al-Bukhari)




http://hdwallpaperszon.in/wp-content/uploads/2014/07/Happy-Eid-Mubarak-7.gif



Colorful lights Animation




Jabir bin Abdullah ra berkata :

“Nabi saw melalui jalan 
yang berbeza pada hari raya.”  

(Riwayat al-Bukhari)


 

Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah 
berkata dalam 
Kitabnya Zaadul Maad :


“Baginda saw selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untuk memberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.”



Eid-Mubarak-Greetings-Images
http://www.commentsguru.com/images/eid/eid-mubarak1.gif


Colorful lights Animation


A Very Happy Eid Ui Mubaraka

Moga kita dipelihara Allah s.w.t….

Allah hu Akbar

” Selamat Menyambut 
Hari Raya Aidil Fitri 
Maaf Zahir dan Batin…”


Di Aidil Fitri Mulia,
Maaf Dipinta andainya
TERkasar Bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya yang tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana-mana
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena-mena
dan macam-macam lagi
yang TERsalah dan TERsilap.


SELAMAT
 HARI RAYA 
AIDIL FITRI


MAAF ZAHIR 
DAN BATIN

Colorful lights Animation


Happy Eid Mubarak 9 Happy Eid Mubarak


Colorful lights Animation


Colorful lights Animation 

 
Colorful lights Animation

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...