:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "
Memaparkan catatan dengan label Madah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Madah. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Januari 2012

Sekadar renungan......








Siapakah orang yang sibuk?



Orang yang sibuk adalah orang
yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s .




Siapakah orang yang manis senyumanya?




Orang yang mempunyai senyuman yang manis
adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata
"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil
berkata,
"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini",
sambil mengukir senyuman.





Siapakah orang yang kaya?




Orang yang kaya adalah
orang yang bersyukur dengan apa yang ada
dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.




Siapakah orang yang miskin?



Orang yang miskin adalah
orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.





Siapakah orang yang rugi?



Orang yang rugi adalah orang
yang sudah sampai usia pertengahan
namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.





Siapakah orang yang paling cantik?



Orang yang paling cantik
adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.





Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?



Orang yang mempunyai rumah yang paling luas
adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana
kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.





Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?




Orang yang mempunyai rumah yang sempit
adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan
lalu kuburnya menghimpitnya.





Siapakah orang yang mempunyai akal?




Orang yang mempunyai akal adalah
orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia
untuk menghindari siksa neraka.





g_w71.jpg






Selasa, 3 Januari 2012

ﻣﺣﻣﺩ * Islam Itu Indah * الله






ﻣﺣﻣﺩ * Islam Itu Indah * الله





"Sesungguhnya


medan berbicara itu


tidak semudah medan berkhayal.


Medan berbuat


tidak semudah medan berbicara.


Medan berjihad


tidak semudah medan bertindak


dan


medan jihad yang benar


tidak semudah medan jihad yang keliru. "






[ Al-Imam syahid Hassan Al-Banna ]



















Isnin, 11 April 2011

MADAH HUKAMA' 2







MADAH HUKAMA' 2



KAYA dan MISKIN:
a. Kalau kita orang yang mewah, janganlah kita berbangga, kerana Allah boleh mengambil sekelip mata, kalau kita orang yang susah janganlah bersedih Allah hendak meringankan beban kita, dan Allah boleh memberinya bila-bila masa.



b. Zuhud tidak mesti tidak memilik harta, tamak tidak mesti berada,kerana kedua-duanya adalah sifat hati.




KEMEWAHAN dan KESUSAHAN:
a. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu selalunya membawa kepada kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.



b. Orang yang tamak tidak akan terasa lagi besarnya nikmat Tuhan. Yang ada, dia seolah-olah tidak nampak lagi apa yang dia ada. Benda yang tiada itulah yang menjadi fikiran dan ingatannya. Sebab itu orang yang tamak selalu saja susahkan apa yang tiada.




c. Orang yang gila dunia diserahkan dunia kepadanya,nescaya dunia itu untuk dia.Bila seorang itu telah benci dengan dunia, serahkanlah dunia kepadanya, nescaya dunia itu dia akan agih-agihkan sesama manusia.




RAHMAT dan ISTIDAJ:
Sekiranya seorang itu, Allah kurniakan kepadanya kesenangan dan kemewahan, dengan rahmatNya ia akan selamat sekiranya ia diberi atas dasar istidraj, dia tidak akan selamat daripada sombong, megah, tamak, pembaziran dan lain- lain lagi.





BERSYUKUR DENGAN NIKMAT:
a. Anggaplah nikmat dunia yang Allah beri itu kita tidak layak menerimanya tetapi Allah Taala beri untuk menguji kita apakah kita boleh bersyukur padaNya.




b. Di antara perkara yang pelik ialah si bakhil selalu keluh kesah sekalipun kaya, manakala si pemurah berlapang dada dan tidak pernah papa.





MELIHAT KESUSAHAN ORANG:
a. Melihat orang susah biasa sahaja, tidak terasa simpati dengan kesusahan adalah salah, kalau mampu membantu tetapi tidak membantu lagilah bersalah.bukan sahaja sikap itu dibenci Tuhan, dia sudah tidak lagi perikemanusiaan.




b. Bersimpati dengan fakir miskin mudah, duduk dengan fakir miskin susah.Yang paling susah hidup secara orang miskin.




IKHLAS:
Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.




MARAH:
Jika kita marah kepada seseorang jangan sampai tidak nampak lagi kebaikannya. Begitu juga jika kita suka kepada seseorang jangan sampai tidak nampak lagi kelemahannya.






Sabtu, 2 April 2011

MADAH HUKAMA'


MADAH HUKAMA'

PEMURAH:

Pemurah tidak mesti setelah kaya, kerana pemurah itu bermacam-macam caranya, dengan harta, dengan kemesraan, dengan senyum, dengan fikiran, dengan ilmu pengetahuan, dengan tenaga, dengan kemaafan, dengan berlebih kurang, dengan bertolak ansur, dengan lapang dada.


MISKIN: Banyak orang boleh bantu orang miskin, TETAPI tidak banyak orang yang boleh duduk dengan orang miskin. Lebih-lebih lagi hidup macam orang miskin.


KAYA: Bila hati rasa cukup dengan apa yang ada, tidak susahkan apa yang tiada, itulah kaya namanya.



NASIHAT MENASIHATI: Lebih baik kena nasihat daripada memberi nasihat, kerana memberi nasihat susah hendak menjaga daripada merasa kelebihan diri. Baik di luar rosak di dalam, SEPERTI tiang yang nampak di luar bersih dan berkilat TETAPI di dalam penuh dengan bubuk dan ulat.




UJIAN: Di antara rahmat Tuhan kepada hamba-Nya,apabila dia selalu diuji dengan bala supaya hidup rasa bertuhannya. Agar dia mengharapkan pertolongan Tuhannya. Mengaku bersalah, mengaku berdosa kerana itulah dia dibala. Perasaan itulah yang Tuhan mahu kepada hamba-hamba-Nya.




Hukuman Allah itu ada pengajaran dan memberi kesan. Hukuman manusia membebankan dan tidak ada kesan. Bahkan secara umumnya, orang yang kena hukum itu membalas dendam berpanjangan.





PEMARAH: Di antara tanda orang yang sombong itu: cepat melahirkan sifat marah. Suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah, nampak di mukanya rasa tidak senang, jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis: cakap meninggi suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.





IBADAH: Orang yang bergantung kepada amal ibadah, ibadahnya menghijab di antaranya dengan Allah. Ibadah biar sedikit cukup, tapi terasa, berjiwa, puas dan memberi kesan kepada jiwa.





SENYUM: Senyum mudah sahaja, namun ia lebih mahal daripada memberi duit, kerana ia boleh membawa kasih sayang dan kemesraan. Sebab itu syariat menganggap senyum itu sedekah, senyumlah selalu apabila bertemu.






RASA BERSALAH: Orang yang halus perasaannya, orang lain yang bersalah, dia yang rasa bersalah Orang lain yang buat dosa dia yang merasa berdosa, ada orang mati kelaparan, dia yang merasa bersalah. Betapalah kalau dia sendiri yang bersalah atau buat dosa, terseksa jiwanya sepanjang masa.






CINTA: Kalau seseorang jatuh hati kepada seseorang kerana kecantikannya, menunjukkan kasih sayang berdasarkan nafsu. Jika seseorang itu jatuh hati kepada seseorang atas dasar akhlaknya menunjukkan orang itu dirangsang oleh fitrahnya yang masih murni. Ini lebih bersih dari yang di atas.






Dunia dan segala nikmatnya macamlah anak gadis yang cantik, jarang manusia tidak digodanya, siapa yang punya dunia, tapi dunia tidak menodainya, dia adalah manusia luar biasa.






POLITK DAKWAH: Bila diperjuangkan Islam itu secara kasar dan tidak berakhlak, laksana menghidangan makanan yang enak kepada tetamu, TETAPI ianya diberi secara dilemparkan.










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...