:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "
Memaparkan catatan dengan label Koleksi Buku Islamik Terpilih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Koleksi Buku Islamik Terpilih. Papar semua catatan

Khamis, 24 Julai 2014

Koleksi Buku Islamik Terpilih





Risalah Buat Mereka Yang Mencari Petunjuk Allah

 Petunjuk pembersihan hati




Akhlak yang baik adalah menahan diri daripada melakukan penganiayaan, kurang marah, ceria wajah dan elok tutur kata. Sesiapa yang tidak bersyukur kepada nikmat Allah sesunguhnya dia mengundang kehilangannya.

Semua orang yang berzuhud mengikut kadar ilmunya, ilmunya mengikut nilai akhlaknya, manakala akalnya mengikut nilai kekuatan imannya.



 


Itu antara kata-kata hikmah Imam al-Harith bin Asad al-Muhasibi atau nama sebenarnya Abu Abdillah yang banyak meriwayatkan hadis dan berguru dengan Imam asy-Syafie. Beliau adalah ahli ibadah yang tekun dan dikenali dengan nama al-Muhasibi kerana terlalu banyak bermuhasabah diri.







Buku Risalah Mustarsyidin adalah karya tulisan beliau menjadi petunjuk ke arah pembersihan hati dan peringatan akhirat serta menjelaskan mengenai penyakit hati selain menerangkan cara rawatannya untuk rujukan mereka yang mencari petunjuk Allah SWT.











Ikut jalan yang benar







Buku diterjemahkan Mat Esa Deraman ini mengajak pembaca untuk mengikut jalan yang benar dengan sentiasa bermuhasabah diri dan pada masa sama menerapkan nilai mulia dalam diri seperti bersabar, reda dengan ketentuan Allah serta mencari kawan yang baik.


 







Banyak lagi nilai murni perlu ditanamkan dalam diri yang ditekankan penulis kitab ini bersama cerita orang salih yang turut diselitkan. Nota kaki memudahkan pembaca mendalami perkara dibincangkan serta menambah ilmu pengetahuan.












Istimewanya, buku ini mengajak pembaca mengukuhkan keimanan dalam diri kerana kebanyakan kita sudah memiliki atau mengetahui apa yang penting sebagai seorang Muslim dan hujah dikemukakan adalah sebagai peringatan.










Buku ringkas ini turut menyediakan MP3 kuliah Risalah Mustarsyidin oleh penterjemah sebagai nilai tambah yang akan memudahkan lagi sesi pengajian serta pemahaman.











 

INFO: Judul: Risalah Mustarsyidin
Penulis: Al-Harith Al-Muhasibi Abu Abdillah
Penerbit: Pustaka Azhar
Pengulas: Hasliza Hassan
Harga: RM25(Semenanjung), 

RM27(Sabah/Sarawak) 

Sumber






http://data2.whicdn.com/images/123185278/large.gif

Ramadhan Kareem | via Tumblr

 In-your-face Poster "May this ramadan bring you the utmost in peace and prosperity" #47493 - Behappy.me

Sabtu, 20 April 2013

Kisah Dan Teladan

http://purwoudiutomo.com/wp-content/uploads/2013/03/doa-nabi-yunus.jpg


10 haiwan yang paling awal masuk syurga :


  •  Anjing Ashabul Kahfi  
  • Unta Nabi Salleh
  • Anak sapi Nabi Ibrahim 
  •  Kambing kibas Nabi Ismail
  •  Sapi Nabi Musa 
  • Ikan yang makan Nabi Yunus 
  • Khimar Nabi Uzair 
  • Semut Nabi Sulaiman
  • Burung Hud-hud Nabi Sulaiman 
  • Unta Nabi Muhammad SAW 
     https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvKnwrDvIPeMVKmftJMllvNQXX4SilGz07RuEWgdn_Yed2d_CLWHeDvU_ISWZ7cL6kEAyD4cVEnIQ1teBIXQbHC8P4vfqLd9YPJfBmPgoih0NY0DoF8bN2so-tTOKdt987UHyJt8bNOv41/s1600/Hudhud+-+jauzaa.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEigq8OHyqscOlnb1qX617rQBu1myX0Fl3Bv_wf8H6_NLpGe34NdV4Prl8aWVwKaFXoerNK-LnKBUffPa8Sl3zlV8sL__V6lQwvIFwz3XVi1RiPnGq7j070yXq7uUaOUJOoYjyuZ4YUYTy0/s1600/unta2.jpg 
  • http://i79.photobucket.com/albums/j146/puteri_nailofar/subhanallah-2.gifhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQUhvm_x5ZWzAsZZ3nv3GEh6M_yuegNNUmhvmMPnQb5H3cONH6Xr1d_kKc0BA2VekLNio4vd9ZcwxA27Jz_Vk2fCyBjaJGq5qzvst9Z2jk0gi5oElqLoVfFFZXVDBI5HF67_08F0GhpDM/s1600/265124_132349600180752_114015662014146_231042_6252312_n.jpg
     
    http://pbs.twimg.com/media/BC8tGseCUAEFJvy.jpg:largehttp://www.kiosislami.com/files/Kisah%20Nabi%20Yunus%20AS.jpg 




    1.       Keldai Nabi Uzair a.s
    ~kerana banyak berjasa kepada Nabi Uzair sebagai kenderaan selama beberapa tahun dalam tempoh pengembaraannya.


    2.       Ikan Nun@Paus Nabi Yunus a.s
    ~mendapat penghormatan dr Allah SWT krn tlh menyelamatkan Nabi Yunus a.s daripada mati lemas di tengah lautan. Ikan tersebut hanya menelan dan tidak memakan Nabi Yunus a.s sehingga baginda hidup dan tidak mengalami sebarang kecederaan.


    3.       Anak Lembu Nabi Ibrahim a.s
    ~anak lembu ini disembelih bagi dijadikan hidangan kepada 12 orang tetamu. Tetapi tetamu-tetamu itu tidak menjamah sedikit pun daging lembu itu kerana tetamu-tetamu itu adalah Malaikat yang melawat Nabi Ibrahim a.s. Anak lembu ini diberi ganjaran oleh Allah kerana pengorbanan dan kesanggupan semata-mata memuliakan tetamu utusan Allah SWT.


    4.       Kibas Nabi Ismail
    ~Kibas yang dikorbankan oleh Nabi Ibrahim sebagai ganti ke atas kesediaan dan kerelaan Nabi Ismail untuk disembelih demi menjunjung dan mengagungkan perintah Allah SWT.


    5.       Unta Nabi Saleh a.s
    ~Nabi Saleh diberi penghormatan oleh Allah SWT bahawa untanya akan dimasukkan ke dalam syurga kerana unta itu milik Allah yang menjadi mukjizat baginya, bagi membuktikan kerasulannya.


    6.       Lembu Nabi Musa a.s
    ~ kerana menjadi bukti bagi Nabi Musa a.s untuk menyelidik misteri pembunuhan seorg pemuda yang beriman kepada Allah SWT.


    7.       Burung Hud- Hud Nabi Sulaiman a.s
    ~cerdik dan pintar, suka terbang merata tempat untuk mengetahui apa yg berlaku termasuk berita mengenai Puteri Balqis sehingga puteri itu beriman kpd Allah SWT dan turut mengahwini Nabi Sulaiman a.s


    8.       Semut Nabi Sulaiman a.s
    ~Raja Semut dimasukkan ke syurga kerana boleh bercakap dengan Nabi Sulaiman, menghormati tentera baginda, menjaga kebajikan dan sayang kaum semut.


    9.       Anjing Ashabul Kahfi
    ~ Anjing tersebut(Qitmir) akan dimasukkan kedalam syurga di akhirat sebagai penghormatan bgnya kerana duduk atau menemani  Ashabul Kahfi(7 orang Pemuda) yang soleh di dalam gua .


    10.   Unta Nabi Muhammad s.a.w
    ~unta Nabi s.a.w bernama al- Qushwa ini mendapat penghormatan dari Allah swt yang mana di akhirat kelak akan masuk syurga kerana telah banyak berjasa kepada Nabi. 

     

Rawatlah Hati

http://www.alaf21.com.my/sinopsis/images/buku/rawatlah-hati.gif

Sinopsis

LIKU-LIKU hidup ini tidak cukup indah tanpa 
melalui sedikit pengalaman getir kerana ia adalah 
guru terbaik yang mengajar kita nikmat kehidupan. 
Elakkan luka semalam kekal memenjara hati kerana ini 
bermakna kita menjadikan ia pemusnah kebahagiaan sedangkan 
ALLAH itu amat luas rahmat-NYA.

 


Hati itu adalah raja kepada anggota tubuh. 
Jagalah, usah dikotori kerana jika daging 
yang satu itu rosak, maka rosaklah seluruh amalannya.
 Bersihkan hati dengan me­yakini bahawa ALLAH adalah 
pembekal kasih sayang, bantuan, kebaikan dan kebahagia­an, 
Yakinlah bahawa setiap sakit ada ubat­nya, carilah... 
agar kehidupan menjadi lebih bermakna.


Moga setiap luka ditemui penawarnya di baris-baris yang 
khusus ditulis untuk anda. Mudah-mudahan RAWATLAH HATI
 mampu dijadikan ambulans kecemasan sementara me­nanti 
bantuan yang lebih besar daripada-NYA, 
yang Maha Pengasih dan Maha Mengetahui.


Rawatlah Hati mengadun variasi rasa pedas,
 manis, masam, masin dan pahit:

  • Meraih cinta anak pada orang tua
  • Membina semula cinta yang pudar
  • Memupuk keintiman dengan ILAHI
  • Mengukuh keyakinan dan ketakwaan
  • Memerdekakan belenggu di dalam diri
  • Menangani emosi dan tekanan perasaan
  • Mencari rangkulan kudus yang Maha Esa
  • Membuang rasa ego, takbur dan penyakit hati 
  •  Memaafkan dan mengusir dendam kesumat 
  • Menjadi insan sukses; bebas luka, bebas derita.
 Harga: RM 19.90

Halaman: ~480


Sabtu, 9 Februari 2013

Budaya berfikir cetus kejayaan



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgTSXvRdSaZLXsxiQPGI5mMG8JL9XGx0jBW6rmvQ4T2J95BYW2CdJTK6fXH_hA2-H5DyG-L49ovM1HSQsUus5YdlnfTsBfZ_E8MqHkIu770MXvZJqTPbEFdKk_jPPRv76SqwX6Oaq9SB5s/s1600/berfikir-gaya-champion.jpg
 
 

Budaya berfikir


cetus kejayaan

 


Oleh

Dr Sharifah Hayati









Rangsang akal 
ke arah pencapaian matlamat kerja 
diberkati


Akal adalah kurniaan Allah SWT yang tinggi, sama ada kedudukannya pada tubuh badan atau dalam penentuan kewajipan dan penerimaan sesuatu amal ibadat. Kehebatan fungsinya memartabatkan manusia daripada haiwan.

Rasulullah SAW bersabda: “Diangkat pena (tidak dicatat kesalahan) daripada tiga orang, anak kecil hingga baligh, orang tidur hingga dia jaga dan orang gila hingga siuman.” (Riwayat Imam Abu Dawud)



Patutkah mereka tidak mahu memikirkan isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu tidak datang dari sisi Allah, nescaya mereka akan mendapati perselisihan yang banyak di dalamnya," Surah al-Nisa, Ayat 82


Justeru, suruhan menuntut ilmu adalah sesuai dengan daya akal yang dimiliki dan menunjukkan ketinggian keupayaan akal manusia amat diiktiraf, sekali gus perlu digunakan ke arah kebaikan sehingga dapat membezakan yang baik dan buruk.

Ajaran Islam menekankan konsep ijtihad, melarang umatnya hidup dengan berserah kepada ketentuan takdir tanpa berusaha dan beramal secara ikut-ikutan tanpa kefahaman serta penghayatan. Kefahaman, penghayatan dan usaha itu terhasil daripada fungsi akal yang hidup dengan berfikir.

Saidina Umar bin al-Khattab apabila mendengar sabda Rasulullah, yang disampaikan oleh Abu Hurairah, sesiapa yang mengucap ‘Lailahaillallah’ akan dimasukkan ke syurga, berjumpa Rasulullah menyatakan kebimbangan jika masyarakat meninggalkan amalan selepas mendengar hadis ini.

Lalu Rasulullah bersabda: “Ya, biarkanlah mereka beramal.” Ia bermaksud seruan dan galakan supaya umat Baginda menghayati kalimah syahadah dan seterusnya menterjemahkannya kepada amalan.
Dari sudut pandang lain, hal ini juga boleh menunjukkan kebimbangan manusia tidak akan memikirkan inti pati yang terkandung dalam kalimah ‘Lailahaillallah’ kepada pegangan tauhid yang jitu dan tidak pula memikirkan lagi hal ehwal dunianya.

Selain tujuan berfikir, ia juga untuk mengelak sesuatu penilaian, keputusan dan tindakan dilakukan dengan terburu-buru. Sebaliknya, hendaklah berfikir dengan teliti dan mendalam.

Firman Allah SWT: “Patutkah mereka tidak mahu memikirkan isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu tidak datang dari sisi Allah, nescaya mereka akan mendapati perselisihan yang banyak di dalamnya.” (Surah al-Nisa’, ayat 82)

Justeru, dalam bekerja akal juga perlu sentiasa dirangsang dengan berfikir secara kreatif, inovatif dan strategik ke arah mencapai matlamat kerja. Beberapa prinsip dalam Islam sebagai panduan berfikir ialah berfikir ke arah memperbaiki kesilapan lampau atau muhasabah diri.

Kedua, berfikir ke arah pencapaian matlamat kerja yang bermanfaat, diredai dan diberkati Allah SWT. Ketiga, berfikir ke arah pelaksanaan sesuatu kerja dengan kaedah berkualiti dan tidak bertentangan dengan syarak.

Keempat, berfikir ke arah pelaksanaan yang tidak bertentangan nilai akhlak dan adab, memudarat atau merugikan diri, pelanggan, masyarakat atau organisasi dalam jangka masa pendek dan panjang.

Kelima, berfikir ke arah menambah baik pencapaian untuk kebaikan dunia dan akhirat. Bagi pekerja dan majikan, usaha berasaskan panduan berfikir perlu dijadikan ukuran kepada komitmen dan daya profesionalisme. Justeru, budaya berfikir secara ‘soleh’ perlu digalakkan di tempat kerja.

Sesebuah organisasi perlu membuka ruang berfikir dalam kalangan staf yang juga aset kepada modal insan dimiliki kerana peluang dan ruang berfikir yang sempit atau disekat boleh menjejaskan kepuasan malah komitmen kerja.

Aktiviti pembangunan insan dalam organisasi melalui kursus dan latihan, penyelidikan, pertukaran staf dan perkongsian pengalaman perlu dilihat kesannya terhadap pengembangan daya fikir anggota.

Pembudayaan berfikir melalui percambahan idea dan pandangan secara formal dalam mesyuarat, seminar, bengkel mahupun secara tidak langsung melalui aduan dikemukakan atau program rekreasi yang dianjurkan organisasi seperti Hari Keluarga perlu digalakkan.

Tujuan latihan, ilmu, perbincangan dan perkongsian sihat adalah untuk mendapatkan hasil daripada buah fikiran yang terbaik. Pemantauan berterusan melalui audit, perancangan dan pelaksanaan Perancangan Strategik dan Pelan Tindakan sesuatu dasar juga mengasah daya fikir warga organisasi.

Namun, sikap keterbukaan, positif dan menghargai sebarang bentuk pandangan oleh pegawai atasan serta rakan sejawat penting untuk menghidupkan minat dan suasana berfikir yang dinamik kerana sesuatu kejayaan tidak akan berhasil tanpa kekuatan daya akal yang inovatif.

Buktinya, daya fikir Rasulullah yang terangkum dalam nilai fatonah menatijahkan pelbagai manfaat yang dikecapi umatnya hari ini antaranya kaedah dakwah berkesan berjaya menjadi ikutan tanpa mengira kaum, pembinaan organisasi masjid dan penubuhan Negara Islam pertama Madinah.

Walau apapun manfaat daripada kehebatan berfikir, sebagai pekerja Muslim, hendaklah semua hasil itu akhirnya membawa kita kepada keteguhan iman dan bertambah dekat dengan Allah SWT.


Penulis ialah 
Prof Madya
 di Jabatan Siasah Syariyyah, 
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
 (UM)




 
 [critical-thinking-cartoon.jpg]http://cdn.images.trosworld.com/product/_-7952-01178-1-product.jpg
Info Buku

Buku Kemahiran Berfikir ditulis berdasarkan
 Sukatan Pelajaran Kemahiran Generik : Kemahiran Berfikir untuk 
Kursus Persediaan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 
yang digubal oleh Bahagian Pendidikan Guru. 


Buku ini mengandungi 5 bab merangkumi 4 topik utama iaitu
 Pengenalan Kemahiran Berfikir, Pengkelasan Kemahiran Berfikir,
 Alat-alat Berfikir, Refleksi dan Metakognitif. Di samping guru pelatih PISMP, 
buku ini juga sesuai digunakan sebagai rujukan asas untuk
 Kursus-kursus Perguruan KPLI, IPG, PPLD, KDC, KDP, 
Kursus Pendidikan IPTA, Guru Bimbingan & Kaunseling,
 dan bakal guru yang akan mengambil 
Ujian INSAK, MTeST dan MEdSI.


Harga : RM 17.90


 

 

 


P/S :




Whenever u don't understand 
what's happening in your life,

you just have to close your eyes , 
take a deep breath, 
and say.......
" Oh Allah! 
I know it's Your plan..
I put my trust in You ."



AND...... kEEP SMILING  :)


 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...