:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Jumaat, 16 Disember 2011

Sifat Manusia







Sifat Manusia


Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


“Sekiranya anak Adam memiliki

satu lembah daripada harta,

nescaya ia mahu yang kedua

dan sekiranya ia mempunyai dua lembah

nescaya ia mahu yang ketiga.

Tidak akan memenuhi perut anak Adam

melainkan tanah dan Allah sentiasa

menerima taubat orang yang bertaubat.”



Riwayat Ahmad





Huraian



i) Manusia secara semulajadinya
bersifat tamak dan dengki
terhadap kelebihan orang lain.




ii) Kedua-dua sifat ini membawa kerugian
kerana ia akan melahirkan individu yang tidak
bersyukur sehingga hubungan dalam masyarakat
menjadi rosak akibat daripada berlakunya
pergaduhan dan persengketaan sesama sendiri.




iii) Selaku umat Islam kita dituntut
untuk sentiasa bersyukur kepada Allah
kerana dengan bersyukur hati kita akan tenang
dan redha di samping mempercayai bahawa rezeki itu
terletak di tangan Tuhan.
Kita wajib berusaha sedangkan
yang menentukannya adalah Allah S.W.T.
Bahkan Allah telah berjanji bahawa
rezeki orang yang bersyukur
akan ditambah sebaliknya pula bagi orang kufur
(tidak bersyukur).




iv) Lawan kepada sikap tamak itu
adalah bersikap sederhana iaitu
menolak keterlaluan di mana kita dituntut
agar bersederhana dalam menetapkan
sesuatu peraturan, perbelanjaan dan sebagainya
tetapi mestilah menyeimbangkannya terutama
dalam memenuhi tuntutan keduniaan dan tuntutan akhirat.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...