Kutu-kutu Jalanan |
Hadith : |
Dari Abu Sai’d. Al-Khudri r.a, dari Nabi SAW sabdanya: ”Hindarilah daripada duduk-duduk di pinggir jalan!” Jawab para sahabat, ” Kami terpaksa duduk-duduk di situ membincangkan hal-hal yang perlu.” Sabda Rasulullah SAW, “Jika memang perlu kalian duduk-duduk di situ berikan hak jalanan.” Mereka bertanya: ”Apa haknya, ya Rasulullah ." Jawab baginda : ”Tundukkan pandangan, jangan mengganggu, jawab salam (orang yang lalu) menganjurkan kebaikan dan mencegah yang mungkar.” (Muslim) |
Huraian
1. Mengikut Kamus Dewan,
melepak memberi makna tentang
suatu tabiat yang negatif di kalangan masyarakat
seperti di kalangan remaja dan dewasa
yang menghabiskan masa dengan duduk-duduk
tanpa melakukan kegiatan yang berfaedah.
Pada peringkat awalnya kegiatan ini
merupakan budaya yang dilakukan
oleh kutu-kutu jalanan.
2. Melepak yang bertujuan untuk kebaikan
seperti untuk berbual tentang perkara
yang bermanfaat adalah dibenarkan dalam Islam
tetapi mestilah tidak sampai menghalang
orang yang lalu-lalang dan membuat sesuatu
yang menyakitkan masyarakat sekeliling seperti
membuat bising, mengata-ngata orang,
mengusik dan sebagainya kerana sedemikian
sudah terkeluar daripada
adab-adab dalam bersosial.
3. Setiap muslim seharusnya menjauhi
perbuatan yang melalaikan kerana Islam
amat membenci perkara yang
menggambarkan sikap orang
yang suka membuang masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan