:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Jumaat, 16 Disember 2011

Kisah Pemuda Malas Solat







Kisah Pemuda Malas Solat





Islam itu mudah apabila ,
pertama,menjalankan syari’at Islam boleh secara bertahap.
Dalam hal ini, seorang muslim tidak serta-merta diharuskan
menjalankan kewajiban agama dan amalan-amalan sunnah secara serentak.




Ada tahapan yang mesti dilalui: mulanya kita hanya
diperintahkan untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban pokok agama.
Setelah yang pokok-pokok berhasil dilakukan dengan baik dan rapi,
kalau punya kekuatan dan kesempatan, maka dianjurkan untuk
menambah dengan amalan-amalan sunnah.






Bagaimana?
Pertama, membenarkan Islam diamalkan
secara berperingkat-peringkat seperti kita mendidik
seseorang untuk bersolat. Saya berikan contoh
dari cerita seorang lelaki yang baik tetapi tidak bersolat.
Kisahnya bermula di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab.
Terdapat seorang pemuda yang sangat liat
untuk mendirikan solat.
Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu.





Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah.
Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka,
seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama
yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.

Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak
memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini.
Malah makin menjadi-jadi.






“ Awak wajib mendirikan solat lima waktu.
Solat merupakan tiang agama kita”


Kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.





“ Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye "



Jawab pemuda tersebut secara sinis.
Begitulah seterusnya.




Sehinggalah datang seorang ulama
daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka.
Aduan yang sama diberikan.
Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk.
Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.





“ Syeikh pun nak tegur saya juga?
Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?”




Sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut
datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab




“ Sekadar ingin berkenalan.Tiada langsung niat saya
ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.





Pertemuan pertama berjalan dengan lancar.
Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat .





Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar
merapatkan tali silaturrahim.
Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal,
sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang
dengan perlakuan Syeikh.
Tanpa sedar terselit rasa kagum
pada seorang tua berjubah tersebut.
Tidak seperti yang selalu
datang bertemu dengannya.
Setiap kali duduk , terus memberikan peringatan
dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.








Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung
ke tempat penginapan Syeikh.
Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka.
Begitulah keadaan seterusnya,
Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat.
Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu
bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir.
Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar
ditempat tersebut telah selesai.





Pemuda itu datang bertemu Syeikh.
Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama
menyentak-nyentak jiwanya.
Sebelum berpisah,
Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut




“ Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan
bahawa engkau tidak pernah bersembahyang.
Betulkah begitu?”




Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan
daripada Syeikh tersebut.






“ Memang benar wahai tuan Syeikh.
Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib
cuma sikap malas yang ada padaku inilah
yang menghalang untukku melakukannya”




Jawab Ahmad memberikan alasan.






“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu
tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”






“Permintaan apa itu wahai tuan?”





“ Kamu pilih solat mana yang paling ringan
untuk kamu dirikan.
Satu pun sudah memadai, Boleh?”





Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh.
Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih
untuk disempurnakan.








“ Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?”




Tanya Ahmad penuh keraguan.





“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja”




Jawab Syeikh sambil tersenyum.






“ Baik ,dulu kamu pernah ceritakan kepadaku
bahwa kamu berkerja sebagai petani bukan?
Dan kamu juga sering bangun awal pagi
untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?”






Tanya Syeikh kepada Ahmad.






“Benar Tuan Syeikh”





”Kalau begitu aku cadangkan kepadamu,
alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi ,
apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota
tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu
dirikan solat subuh dua rakaat.
Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?”







Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima
cadangan Tuan Syeikh.
Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika
dia menolak permintaan syeikh tersebut
yang terlalu rapat dengannya.








“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan
meninggalkan sekali-kali solat subuh ini
di dalam hidupmu.
InsyaAllah tahun depan
aku akan berkunjung lagi ke sini.
Aku berharap agar dapat bertemu denganmu
di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan.
Boleh ya Ahmad? "




Syeikh memohon jaminan daripadanya.






“ Aku berjanji akan menunaikannya”.





Maka dengan senang hati Tuan Syeikh
memohon untuk berangkat pulang ke Mesir.
Di dalam hatinya, memohon agar Allah
memberikan kekuatan kepada Ahmad
untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai
di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira
bilamana melihat Ahmad benar-benar
menunaikan janjinya.






Namun menurut penduduk setempat,
Ahmad hanya solat subuh sahaja.
Solat yang lain tetap tidak didirikan.
Tuan Syeikh tersenyum.
Gembira dengan perubahan tersebut.








Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh
secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad.
Seraya bertanya:






“ Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad.
Adakah ada terdapat hari yang engkau
tertinggal menunaikan solat subuh?”.





Ahmad menjawab dengan yakin :





“ Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah
sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini”







“Alhamdulillah, bagus sekali kamu.
Engaku benar-benar menunaikan janjimu.”







“ Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”





“ Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan
pasti akan kamu rasakan mudah sekali.
Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan .
Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu.
Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa,
tetapi disebabkan minatmu yang mendalam
terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh
kamu akan melaksanakannya bukan?”







Syeikh menerangkan kepada Ahmad.




“ Benar apa yang tuan katakan.
Perkara yang kita lakukan dengan minat,
tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan”




“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?”




Tanya Syeikh kepada Ahmad.





“ Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan ,
kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar”







“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan ?
Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan?
Benar Ahmad?”






Tanya Syeikh meminta kepastian.






“Ya benar Tuan”







“ Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku
mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu.
Terus niatkan ianya sebagai wudhuk.
Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat.
Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan?
Takkan terjejas tanamanmu agaknya?”







Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh.






“ Betul juga apa yang disebutkan oleh tuan.
Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.









Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira
dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad.
Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut.
Beliau berangkat pulang ke Mesir.
Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.









Begitulah keadaannya Ahmad.
Setiap tahun Syeikh bertandang,
maka setiap kali itulah semakin bertambah
bilangan solat yang dilakukan.
Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang
ke tempat tersebut.
Ahmad seperti biasa
hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’.
Selesai menunaikan solat Maghrib.
Terus beliau berangkat pulang ke rumah.








Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad
hendak berangkat pulang setelah menunaikan
solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.








“ Bagaimana dengan kebunmu Ahmad?
Bertambah maju?”





Syeikh memulakan bicara.





“ Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”






“ Baguslah begitu.Aku sentiasa doakan
hasilnya semakin bertambah.”





Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.







“ Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang.
Cuba engkau perhatikan dengan baik.
Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini
berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu
berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”







Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.





“ Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu
mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”







“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang
yang lebih baik daripada kami semua?”








Tanya Tuan Syeikh menguji.





“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh”





Jawab Ahmad dengan penuh semangat.







“ Kalau begitu dirikanlah solat Isya’.
Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami.
Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami”






Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah
kepada Ahmad.
Akhirnya, berkat kesabaran
Tuan Syeikh mendidik Ahmad.
Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang
yang tidak lagi meninggalkan solat.









Lima tahun bukanlah masa yang singkat
untuk memberikan dakwah sebegini.
Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan
demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang.
Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang
berubah dalam sekelip mata.
Oleh kerana itulah,
bilamana orang menolak dakwah kita,
kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa
semua sudah lari daripada jalan dakwah.
Lari daripada jalan kebenaran.







Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...