:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Sabtu, 3 Disember 2011

Punca Segala Bencana



Punca Segala Bencana


Hadith :


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:


”Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya

berupa tiang-tiang emas dan perak.

Maka datanglah

seorang pembunuh seraya berkata:

”Kerana inilah aku jadi pembunuh.

Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:

”Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim.

Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:

”Kerana inilah tanganku dipotong”

Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja

harta kekayaan itu,

tiada mereka mengambilnya sedikitpun.”





(Muslim)





Huraian


Lazimnya manusia mencari kekayaan dan harta benda.

Malah kadangkala kerana gila mengejar harta dunia,

manusia terpengaruhi oleh

hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada

yang sanggup berbunuh-bunuhan,

merompak dan memutuskan silaturrahim.






Dunia dicipta untuk menguji manusia

siapakah yang paling bertakwa.

Sesungguhnya harta dunia tidak akan

membawa apa-apa erti jika ia tidak

ke jalan yang diredhai Allah.





Hakikat harta diterangkan Rasulullah s.a.w

seperti sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:





"Seorang hamba (manusia) berkata,


'Hartaku, hartaku!'

Padahal hartanya itu sesungguhnya ada 3 jenis:


(1) Apa yang dimakannya lalu habis.



(2) Apa yang dipakainya lalu lusuh.



(3) Apa yang disedekahnya lalu tersimpan untuk akhirat.



Selain yang 3 itu,


semuanya akan lenyap atau ditinggalkan


kepada orang lain". (Muslim)





Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...