:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Ahad, 18 Disember 2011

Panduan ibadah ketika bermusafir


akal






Persoalan Agama:


Panduan ibadah ketika bermusafir


Bersama Ustaz Zahazan Mohamed

BAGAIMANAKAH musafir mengikut cara Islam?

Soalan kedua, apakah ada sebarang doa khusus untuk kereta baru?




HAMBA ALLAH, Kuala Lumpur.






mati








AL-HAMDULILLAH wassolatuwassalam ‘ala Rasulillah waba’d.






Apabila seseorang mula hendak musafir,
disunatkan untuk ia bertakbir sebanyak tiga kali
dan membaca doa berikut:






“Subhanallazi sakhkhara lana haza

wa ma kunna muqriniin

wa inna ila rabbina lamunqalibun.

Allahumma inna nas’aluka fi safarina

hazal birra wattaqwa waminal ‘amali ma tardho.

Allahumma hawwin ‘alaina safarana

haza watwi ‘anna bu’dah.

Allahumma antas sohibu fis safari

wal khalifatu fil ahli. Allhuamma inni

a’uzu bika min wa’thais safari

wa kaabatil manzhori wa suuil munqalabi

fil mali wal ahli.

(Maksudnya: Maha suci Tuhan

yang telah menundukkan semua ini

bagi kami padahal kami sebelumnya

tidak mampu menguasainya, dan sesungguhnya

kami akan kembali kepada Tuhan kami.
)






Wahai Allah ,

sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kebaikan,

ketakwaan dan amal yang Engkau reda dalam musafir kami ini.

Wahai Tuhan,

permudahkanlah segala urusan kami

dalam musafir kami ini dan singkatkan kejauhan jarak musafir ini

kepada kami.

Wahai Allah,

Engkaulah adalah teman dalam musafir

dan pengganti bagi keluarga yang kami tinggalkan.

Wahai Allah,

sesungguhnya saya berlindung diri kepada-Mu

dari kesukaran dalam musafir,

pemandangan yang menyedihkan dan buruknya kembali baik

bagi harta mahupun keluarga kami).







Ketika selesai urusan dan hendak pulang, maka ucapkanla:






“Aa’ibuuna taa’ibuna ‘abiduna lirabbina hamidun.

(Maksudnya:

Kami kembali dari perjalanan,

bertaubat dari dosa kami,

beribadat dan memuji Tuhan kami).








Apabila urusan sudah selesai, sunat untuk dia segera pulang sebagai mana hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:





“Musafir itu adalah sebahagian daripada azab

yang mana seseorang itu hendaklah mengurangi

makan, minum dan tidurnya.

Oleh kerana itu,

apabila salah seorang kamu sudah selesai

urusannya dalam musafir,

maka hendaklah ia segera kembali

kepada keluarganya.
"






Apabila seseorang itu berhenti pada satu-satu tempat, maka hendaklah dia berdoa sebagai mana hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, nescaya dia tidak akan diganggu sehingga ia meninggalkan tempat berkenaan. Doanya iaitu:





“A’uzu bi kalimaatillahit-taam-mati min syarrima khalaq


(Maksudnya:

Saya berlindung diri dengan kalimah Allah

yang sempurna daripada kejahatan yang Ia ciptakan).
"






Orang musafir diberi keringanan dalam melaksanakan solat fardu iaitu solat yang empat rakaat dapat diqasarkan (dipendekkan) menjadi dua serta dibolehkan untuk menghimpun (menjamak) solat Zuhur dengan solat Asar dan Solat Maghrib dengan solat Isyak.





Perkara itu disebabkan mereka dalam keadaan azab iaitu hilangnya ketenangan dan kerehatan.




Apabila seseorang dalam musafir dan menjelang waktu malam, maka hendaklah ia berdoa seperti diajar Nabi SAW iaitu:





“Ya Ardhu rabbi wa rabbikillah,

a’uzu billahi min syarriki wa syarri mafiki

wa syarri ma khuliqa fiki wa syarri ma

yadibbu ‘alaiki, wa ‘auzubiki min syarri asadin

wa aswada waminal hayyati

wal ‘aqrabi wa min sakinilbaladi wamin waalidin

wama walada


(Yang bermaksud:

“Wahai bumi, Tuhanmu adalah Allah,

saya berlindung diri kepada Allah

daripada kejahatanmu wahai bumi,

kejahatan yang berada di perutmu,

kejahatan makhluk yang berada di perutmu

dan kejahatan binatang yang melata di atasmu.

Saya berlindung diri denganmu dari kejahatan

binatang buas, manusia, ular, kala jengking,

segala macam binatang, serta dari Iblis dan syaitan).






Apabila seseorang baru datang dari musafir, disunatkan ia terus ke masjid dan solat sunat dua rakaat seperti yang disebut dalam sebuah hadis daripada Ka’ab bin Malik ra – Bahawasanya apabila Baginda datang daripada musafir, Baginda SAW terus ke masjid dan solat dua rakaat di dalamnya.





Kalangan perempuan tidak dibenarkan musafir kecuali bersama mahramnya seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis iaitu:




“Tidaklah halal

bagi seorang perempuan yang beriman

kepada Allah dan Hari Akhirat

untuk musafir yang memakan masa

sehari semalam kecuali bersama mahramnya.”






Disunatkan juga untuk memulakan perjalanan pada hari Khamis dan dilarang untuk musafir sekiranya bersendirian. Demikianlah antara adabnya, Wallahua’lam.




Bagi soalan kedua, Allah SWT berfirman dalam surah az–Zukhruf ayat 13 yang bermaksud:



“Dan Dialah (Allah) yang menciptakan

sekalian makhluk yang berbagai jenisnya,

dan Ia mengadakan bagi kamu

kapal dan binatang ternak yang kamu dapat

menggunakannya (bagi tujuan pengangkutan).

Dan supaya kamu duduk tetap di atasnya

serta kamu (bersyukur dengan) mengucapkan

“Maha Suci Tuhan yang sudah

memudahkan kenderaan ini untuk kami,

sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.

Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah,

kami akan kembali!”





Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda:



“Apabila kamu membeli unta,

maka hendaklah kamu

memegang bonggol unta

dan ucapkanlah:


“Allahuamma Inni As’aluka min Khairiha

wa khairi ma jabaltaha ‘alaihi

wa a’uzhu bika min syarriha

wa syarri ma jabaltaha ‘alaihi.

(Maksudnya:

Ya Allah!

Daku memohon kepada-Mu kebaikannya dan keberkatan.

Daku memohon diri kepada-mu dari keburukan

kenderaan ini dan keburukan tabiatnya).














Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...