Terjemahan:
Wahai Tuhan yang menyembuhkan penyakit
Ayatul Kursi
Terjemahan;
Ayat Kursi mujarab halang godaan syaitan
MASYARAKAT Melayu Islam di rantau ini secara tradisi mengamalkan bacaan Surah Yasin sebagai pendekatan memohon keberkatan Allah. Begitu jugalah dengan kelaziman membaca ayat Kursi. Jika diamati dengan pemahaman mendalam, ayat Kursi yang mempunyai 170 huruf itu mengandungi pengajaran akidah, khususnya akidah terhadap sifat Allah yang berbeza dengan sifat seluruh makhluk ciptaan-Nya. Apabila seseorang mukmin memahaminya secara jelas dan tepat, akan terhindarlah daripada anasir khurafat dan tahyul yang menyelubungi kehidupan manusia kini.
Apakah bukti amalan membaca ayat Kursi dikatakan sangat mujarab menghalang godaan syaitan dan jin. Kisah dialami sahabat Rasulullah SAW menjadi sandaran kukuh membenarkannya. Satu kisah dilaporkan ayah Abdullah Ubay sebagai pengukuh mustajabnya pembacaan ayat Kursi dijadikan rutin harian.
Dikisahkan, pada suatu malam ketika melihat kebun miliknya, ayah Abdullah terserempak haiwan seakan-akan anak baru baligh. Dia mengucapkan salam dan dijawab makhluk itu. Dengan kehairanan ayah Abdullah bertanya:
“Siapakah kamu? Adakah kamu jin atau manusia?
Dengan ringkas makhluk itu menjawab: "
Aku daripada golongan jin.”
Ayah Abdullah meminta jin itu menghulurkan tangan untuk bersalam. Dia terkejut tatkala melihat tangan jin itu berbulu seperti anjing, lalu bertanya:
“Apakah begini keadaan jin diciptakan?
Kata jin itu:
“Ya. Bahkan ada lebih buruk daripada ini.”
Komunikasi dua makhluk Allah itu bersambung.
Tanya ayah Abdullah:
“Apakah yang mengundang kamu ke mari wahai jin?”
Maka jawab jin:
" Sampai berita kepadaku kamu seorang dermawan.
Jadi, aku mahu mendapatkan sedekah daripadamu.”
Ayah Abdulllah terus bertanya lagi:
“Jika benar, aku ingin bertanya kepadamu,
apa yang dapat melindungi kami daripada godaanmu?
Dengan nada tegas, jin itu tanpa berselindung berkata:
“Ayat Kursi”.
Keesokan hari, ayah Abdullah berjumpa Rasulullah SAW lalu menceritakan apa yang berlaku. Selepas mendengarnya, Rasulullah SAW berkata:
“Apa dinyatakan jin itu benar,
tetapi dia tetap makhluk kotor.”
(Hadis riwayat al-Hakim)
Sebelum tidur, kita digalak membaca ayat Kursi kerana Rasulullah SAW mengamalkannya, Allah akan mengurniakan keselamatan kepada diri dan jiran.
Selain itu, sebagai pendinding rumah atau kedai daripada kecurian, disarankan membaca ayat Kursi sebagai ikhtiar dengan izin Allah.
Hal ini pernah diamalkan Abdul Rahman Auf yang mengatakan, apabila masuk ke rumahnya, maka dibaca ayat Kursi pada empat penjuru sebagai langkah keselamatan dan pelindung daripada syaitan.
Imam Ibnu Qayyim menceritakan:
“Pada suatu ketika aku pernah jatuh sakit,
tetapi aku tidak menemui doktor atau ubat penyembuh.
Lalu aku berusaha menyembuhkan diriku
dengan surah al-Fatihah dan ayat Kursi.
Aku ambil segelas air zam-zam dan membacakan
kedua-dua ayat tersebut berulang kali,
lalu aku meminumnya hingga aku mendapatkan
kesembuhan yang menakjubkan.
Seterusnya aku mempraktikkan kaedah itu
untuk mengubati pelbagai penyakit dan merasakan
manfaat yang sangat besar.
Kemudian aku khabarkan kepada orang ramai
agar menggunakan kaedah sama.”
Ini berlaku dengan izin Allah dan kita seharusnya menggunakan cara sama sebagai pendekatan alternatif dalam mengubat penyakit. Ayat Kursi adalah ayat Allah yang hebat dan mujarab dalam amalan perubatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan