:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Khamis, 7 Februari 2013

Taat uli amri

http://www.wasatiyyah.my/wp-content/uploads/2012/07/hadis-taat-pemimpin.png

Taat pemimpin pertahan hak





Golongan mempunyai agenda 
hancurkan umat Islam wajar ditolak

Apabila menyebut soal ketaatan, ia membayangkan sikap mulia yang dilakukan terhadap Allah SWT, Rasulullah SAW atau orang lain sama ada anak kepada ibu bapa, murid kepada guru, isteri kepada suami, adik kepada kakak dan rakyat kepada pemimpin.

Ketaatan kepada pemimpin yang melindungi dan mempertahankan hak adalah satu kewajipan tidak boleh disangkal sesiapa, apatah lagi jika pemimpin itu memelihara kesucian agama Islam yang dijunjung oleh Rasulullah SAW.



Sesiapa yang mati sedangkan ia tidak memberi perakuan taat setia kepada pemimpin adalah ia mati dalam keadaan jahiliah.” 

Riwayat Muslim



Setiap rakyat yang berada di bawah kepemimpinan yang mengejar akhirat tanpa mengetepikan dunia untuk mendapat keredaan Ilahi haruslah melahirkan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi.

Allah berfirman:

 “Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasulullah dan kepada ‘Ulil Amri’ (orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisih) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada kitab Allah (al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya. Jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.”
 (Surah an-Nisaa’, ayat 59)

Taat uli amri

Kewajipan mentaati ulil amri ialah mentaati ketua negara selagi mana ia bukan perintah untuk melakukan maksiat dan dosa. Akur dengan perintah pemimpin termasuk patuh kepada undang-undang negara serta menjunjung Perlembagaan. 



Rasulullah SAW bersabda: 


“Sesiapa yang mati sedangkan ia tidak memberi perakuan taat setia kepada pemimpin adalah ia mati dalam keadaan jahiliah.”

 (Riwayat Muslim) 


Kebimbangan umat Islam hari ini kerana dunia tanpa sempadan mengizinkan sekecil-kecil anak menerobos ruang yang tidak sepatutnya untuk mereka demi meneroka dunia yang tidak mampu digapai tangan.

Mereka melihat keangkuhan manusia yang menolak kuasa Allah SWT, memerhati perilaku manusia yang zalim menceroboh dan menyembelih umat Islam tanpa simpati, walaupun bayi dalam kandungan, melihat kerosakan dan kebinasaan dunia kerana umat Islam berbalah sesama sendiri merebut kuasa.

Krisis kepemimpinan

Anak kecil juga sedia maklum bagi sesetengah negara yang menghadapi krisis kepemimpinan di mana mereka tidak mempunyai pemimpin berwibawa atau kerajaan lemah, berlaku pelbagai masalah dalaman seperti perebutan kuasa, huru-hara, perang saudara serta kemusnahan harta benda.

Semuanya berlaku kerana mereka bukan saja tidak taat kepada pemimpin, tetapi juga ingkar terhadap perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Sebab itulah umat Islam mengajar anaknya taat perintah Allah SWT dan Rasul-Nya serta orang yang lebih dewasa seawal usia setahun jagung, solat tepat waktunya, berpuasa di bulan Ramadan, menutup aurat, salam bercium tangan dan bercakap lemah lembut.

Mendengar kata ibu bapa serta guru sebelum mereka terikut-ikut dengan budaya lainnya yang bertentangan agama dan norma. Tambahan pula hari ini ibu bapa tidak terdaya mengawal anak sepanjang masa sehingga ada kalanya tidak bertentang mata berhari-hari lamanya.

Oleh kerana Allah tidak meletakkan semua peraturan kehidupan dunia dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW, maka pemerintah yang dilantik diberi kuasa untuk mentadbir atau mengurus negara.

Ia termasuklah membuat perancangan, melaksanakan dan mengenakan peraturan demi keadilan, kesejahteraan serta kebaikan yang tidak lari daripada prinsip hukum agama. Sebab itulah Allah SWT mewajibkan setiap umat Islam mentaati pemerintah yang adil, menjunjung agama dan mengurus kehidupan yang berasaskan wahyu.

Allah SWT mengingatkan kita supaya sentiasa mentaati pemimpin dan tidak sekali-kali memuliakan yang fasik, yang mempunyai agenda untuk menghancurkan umat Islam di dunia dengan pertolongan umat Islam sendiri. 


Penulis ialah 
Pensyarah Kanan 
Fakulti Syariah dan Undang-Undang
 Universiti Sains Islam 
Malaysia.



 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...