:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Jumaat, 22 Februari 2013

Bersangka Baik Dengan ALLAH SWT :)



 
 http://wanfauzi.com/wp-content/uploads/2013/01/Sangka-Baik.jpg

Elak prasangka buruk

 cetus permusuhan

 

 

Perasaan buruk sangka bermula
 apabila seseorang mengalami
 ‘bisikan hati’ untuk mencurigai orang lain. 



 
Orang yang terkena penyakit ini 
sentiasa melihat kesilapan dan kesalahan 
orang lain manakala dirinya diyakini 
berada dalam keadaan benar. 





Sasaran adalah kepada pihak 
yang dimusuhinya hingga tergamak
 merosakkan hubungan persaudaraan. 





Allah berfirman: 




“ Wahai orang yang beriman,
 jauhilah oleh kalian 
kebanyakan prasangka,
 (kerana) sesungguhnya sebahagian 
prasangka itu adalah dosa.” 


(Surah al-Hujurat, ayat 12) 





Usah biarkan diri 
menjadi mangsa kepada semua 
terlintas dalam hati yang sering
 menyangka, syak dan ragu-ragu 
terhadap orang lain. Kita diminta
 membersihkan hati daripada terkena
 kotoran prasangka yang akan 
membawa dosa.




Wahai orang yang beriman, 
jauhilah oleh kalian
 kebanyakan prasangka, 
(kerana) sesungguhnya sebahagian
 prasangka itu adalah dosa."


 Surah al-Hujarat (ayat 12)







Bebaskan hati kita

 daripada sebarang syak,
 keraguan dan bersih perasaan
 terhadap saudara kita. 





Apabila sangkaan buruk tersebar 
dalam masyarakat, ia boleh menjadi 
fenomena salah tanggapan yang menyebabkan lunturnya warna hubungan sosial
 yang dipertahankan selama ini. 





Persahabatan
 akan digantikan permusuhan.
 Keakraban 
bertukar kebencian, 
manakala pujian 
akan bertukar kepada penghinaan. 





Fenomena mendukacitakan ini
 menyebabkan ikatan persaudaraan
 kian tercarik dan simpulan ukhuwah
 makin terungkai.





Imam al-Ghazali dalam
 Ihya Ulumuddin berkata,




 “Ketahuilah bahawa 
prasangka buruk adalah haram
 seperti halnya ucapan yang buruk. 
Sebagaimana haram atasmu
 membicarakan keburukan seseorang
 kepada orang lain, maka tidak boleh juga membicarakannya kepada dirimu (hatimu)
 sendiri dan engkau berprasangka buruk 
terhadap saudaramu. Dan yang aku 
maksudkan adalah keyakinan hati
 terhadap orang lain dengan keburukan.
 Adapun apa yang terlintas dan
 bisikan hati maka hal itu dimaafkan,
 bahkan keraguan juga. Akan tetapi
 yang dilarang adalah menyangka,
 dan prasangka adalah kata lain dari 
sesuatu yang dijadikan sandaran
 yang hati condong kepadanya. 





Rasulullah SAW telah 
menunjukkan sifat mulianya 
yang sentiasa memandang baik terhadap 
makhluk ciptaan Allah. 





Daripada Sa’id bin Al-Musayyib, katanya: 




“Telah menulis kepadaku 
beberapa orang ikhwah daripada
 sahabat Rasulullah SAW: 
Hendaklah engkau meletakkan
 urusan saudara engkau di tempat
 yang sebaiknya selagi kamu tidak 
didatangi oleh perkara yang 
menurunkannya dan jangan kamu 
menyangka satu kalimah yang keluar 
daripada seorang Muslim itu tidak baik
 sedangkan kamu masih ada peluang 
untuk menjadikannya baik.” 


  









 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9jGPqAsl6uEqZhGFCM-SSN0pTM-NG2hOvOcC9BoZbUim8IJNHT_7kGlsh_GJ8HF8fW8mJls-n2gwaDZWZL-asOeTZHPhyphenhyphenytQVeflFAU0wzN2rwQbuaULx39YA7ddFSqCiNLs8HrIPMgs/s1600/sangka+baik_thumb%255B15%255D.jpg 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPcxLnVON1NWMSVKVuXXVdlWVBJT1-YJRosoEzuvojJev_Ly0LS1w3GPKaVHfEiXpoDtL4deFAMMxBPImchFLGF_vc9SUQ8jlM4h0nDj4k7-pYvTDPDu-zuKyHt0GPQcsxeK1WNQxUC2tS/s1600/Flower-Vector-101.jpg 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFXYkIqcj970CvRAWxqiCMaymTPVVZdG1bjVAsqwR3y3mlWhVpkUIvoVOTOZngggZGUmUayXeiPicRmQJ-i_vPhKACsLd9J22Fp_hihrM5RJQAE5oi1PVBMxUullmtPLHwpotN7HBtPCk/s1600/renew+hati+kita.jpg




p/s :



Ya Allah,

Kau jadikanlah hatiku ini…..bersih

Kau jadikanlah hatiku ini agar

Sentiasa bersangka baik dengan orang

Kau jadikanlah hatiku ini……..

Sentiasa tenang dalam mengingatiMu


Ya Allah…….

Sungguhpun melihat kelakuan

Yang tidak menyenangkan hati oleh seseorang

Itu bukanlah….penyebab emosiku mampu dipengaruhinya….

…………………..Ya Allah, Katakan dalam

Hatiku ini “ kasihan……”  apabila melihat

Seseorang yang rendah emosinya,


Ya Allah,

Sesungguhnya itu adalah yang terbaik

Daripada diri ini mencipta persepsi sendiri :D

Sangka baik, baik sangka :)

Ya Allah,

Aku ingin mendidik hatiku ………

~ Rohani M.U-ILHAMIKHLASKU ~



 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiVpX_XuHyUwPe-_TShJTMapnV6gW0WcWXp_dnKw3Ex3i-Bu5Hxt57HlybkPsc9BsobKXocMn2M4lHL9T6DFVgG1328a03wfo9aG1DjWOQtRODFm0hdMB6ngBAFFet3yJFSC5bV-cJ3Mf4/s400/baik+sangka.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjs181JIvoXD_JIlFEeImUqIfeuY35WB0C_YJN2Cd-gDl18FcOAorWEEim-vAJ4NCsT8NuhmAaJc4WLCOkNHZ9Db7-DF4S0oPSWE0G8WKYH9iY2k3pzj-gu8u7LtBBwisJtY3CdYnoGjGs/s1600/optimized-182270_1559296825752_1335232010_31191809_4867798_n.jpg

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...