JAMINAN KEBERKATAN HIDUP
SETIAP manusia berkewajipan mencari rezeki bagi memenuhi keperluan kehidupan seharian. Keperluan hidup yang paling utama adalah makanan, pakaian dan tempat tinggal, sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk orang yang berada di bawah tanggungannya.
Sesungguhnya, mencari rezeki yang halal merupakan satu tuntutan agama. Dan rezeki yang diperoleh daripada sumber yang halal mampu menjana kehidupan manusia yang berkat di dunia dan akhirat.
Rasulullah SAW pernah berkongsi perniagaan bersama seorang pemuda Quraisy bernama As Saib Abi As Saib. Ketika berusia 25 tahun, baginda Rasulullah telah berniaga barangan dagangan kepunyaan Siti Khadijah binti Khuwailid ke Syam.
Dari situ, jelas kepada kita bahawa mencari rezeki yang halal merupakan tuntutan agama dan sunnah Rasulullah SAW. Malah mencari rezeki yang halal adalah satu ibadah sekiranya pencarian tersebut bertepatan dengan kehendak syarak. Firman Allah SWT bermaksud:
" Makanlah rezeki yang halal
dan lakukanlah amalan soleh.
(al-Mukminun: 51)
Setiap amal soleh yang dilakukan
oleh seseorang hamba banyak
bergantung kepada makanan yang halal. Makanan, minuman dan pakaian yang haram menjadi asbab kepada doa
seseorang tidak dimakbulkan dan
diri mudah terjerumus
ke lembah maksiat.
Selain itu, mencari rezeki yang halal pula dapat menjaga maruah agama. Firman Allah SWT bermaksud:
" Demi Allah,
jika seseorang di antara kamu
membawa tali dan pergi ke bukit
untuk mencari kayu api, kemudian
dipikul ke pasar untuk dijual,
dengan bekerja itu Allah
mencukupi keperluanmu itu
lebih baik daripada ia
meminta-minta kepada
orang lain."
Bekerja dalam Islam bukan sekadar memenuhi keperluan untuk belanja mengisi perut bahkan bertujuan memelihara harga diri dan martabat kemanusiaan yang semestinya dipertahankan.
Jelas di sini bahawa bekerja mencari rezeki yang halal akan menyebabkan bertambah martabat serta kemuliaan seseorang. Sebaliknya, mereka yang berat tulang akan memberi imej buruk dan negatif pada pandangan masyarakat dan keji pada kacamata Islam itu sendiri.
Rezeki yang halal juga dapat menjamin keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Setiap daging
yang tumbuh daripada rezeki
yang haram, neraka adalah
paling utama baginya."
(riwayat at-Thabarani)
Kehidupan bagi umat Islam
bukan setakat di dunia, malah ia
akan berterusan ke kehidupan yang hakiki di akhirat kelak. Sebab itu,
rezeki yang haram akan menjerumuskan seseorang ke neraka di akhirat kelak.
Oleh itu, sama-samalah kita
mengambil berat dan prihatin
dengan sumber pendapatan yang
diperoleh agar ia dapat menjamin kebahagiaan yang hakiki di
akhirat nanti.
Rezeki yang halal juga akan
menjana keluarga bahagia. Apa yang
kita makan akan menentukan segala tindakan dan amalan seharian.
Rezeki yang halal melorong
seseorang individu ke arah
ketaatan kepada Allah, amal soleh
dan akhlak mahmudah.
Ibu bapa memainkan peranan
penting dalam hal ini.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
" Setiap bayi yang dilahirkan
dalam keadaan fitrah (ber-tauhid),
maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani
atau Majusi. "
(riwayat Bukhari dan Muslim).
Sejarah telah membuktikan,
generasi di zaman Rasulullah SAW
dan para sahabat beramal soleh, berakhlak mulia dan tidak terlibat
dengan kemungkaran kerana ibu bapa masing-masing mementingkan
sumber rezeki yang halal.
Perlu diingat juga bahawa
rezeki yang halal dapat menjana
ekonomi umat Islam. Islam telah menggariskan pelbagai cara untuk mendapatkan rezeki. Perniagaan
adalah satu cara untuk
meningkatkan ekonomi.
Malaysia yang terkenal dengan produk hub halal telah berjaya menjana ekonomi umat Islam dengan menembusi pasaran dunia. Jelas di sini bahawa ekonomi umat
Islam menjadi lebih kukuh kerana perolehan keberkatan daripada Allah SWT.
Menyedari hakikat ini,
sama-samalah kita mengamalkan
cara hidup Islam dalam mencari
rezeki yang halal kerana rezeki yang
halal itu satu tuntutan agama yang mulia. Sesungguhnya rezeki
yang halal menjamin
keberkatan hidup.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130222/ba_07/Jaminan-keberkatan-hidup#ixzz2LhqeTifq
© Utusan Melayu (M) Bhd
p/s :
Rasulullah bersabda :
" Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang
dan makanan untuk dua orang mencukupi
untuk empat orang dan makanan
untuk empat orang mencukupi
untuk lapan orang . "
( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )
Makna berkat ialah :
"Kepastian kebaikan disisi Ilahi
pada sesuatu perkara, yang mana
apabila
ia jatuh kepada perkara yang sedikit
ia akan menambah banyakkan ia, dan
apabila
ia jatuh kepada yang banyak, ia akan
menambah manfaatnya, dan
sehebat-hebat
hasil keberkatan dalam seluruh perkara
adalah apabila ia
digunakan kembali
untuk membawa ketaatan kepada
Allah azza wa jalla................................... :) "
Sabda Rasulullah :
" Kalau kamu
benar-benar bertawakkal kepada
Allah,
nescaya akan diberikan rezeki kepadamu
sebagaimana diberikan rezeki
kepada
burung-burung yang keluar dengan perut lapar
di pagi hari, pulang dalam
keadaan kenyang."
(HR Bukhari)
"Wahai Hakim,
sesungguhnya harta merupakan
seperti buahan yang subur,
manis lagi disukai,
barangsiapa yang mengambilnya
dengan
jiwa yang zuhud (dan tidak meminta-minta)
nescaya akan diberkati
baginya pada harta itu,
barangsiapa mengambilnya
dengan tinggi diri (serta
tamak)
tiada berkat di dalamnya, sebagaimana orang yang
makan tetapi tidak
kenyang."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Jika Allah menimpakan
kemudaratan kepadamu,
maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali DIA.
Dan jika Allah mengehendaki
kebaikan bagi kamu,
maka tidak ada
yang dapat
menolak kurniaNYA.
Dia memberi kebaikan
kepada siapa yang dikehendakiNya
di
antara hamba-hambaNya dan
Dialah yang Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang. :)
“Demi sesungguhnya!
Jika kamu bersyukur,
nescaya Aku tambahi nikmat-Ku
kepadamu,
dan demi sesungguhnya jika kamu kufur,
sesungguhnya azab-Ku amat
keras.”
Surah Ibrahim : ayat 7
“Katakanlah:
“Sesungguhnya Tuhanku
melapangkan rezeki bagi siapa yang
dikehendakiNya
di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan
(siapa yang
dikehendakiNya)”.
Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan,
maka Allah akan menggantinya
dan Dia lah Pemberi rezeki
yang sebaik-baiknya.”.
Surah Saba’ : ayat 39
Tiada ulasan:
Catat Ulasan