Khutbah Jumaat:
Pandu mata, lidah ke arah kebaikan
Deria
penting jika tidak dijaga boleh bawa permusuhan
Ramai manusia diciptakan oleh Allah SWT dalam keadaan celik,
boleh melihat
dengan sempurna ciptaan Allah SWT,
boleh makan dan minum, berjalan dan
lain-lain lagi.
Tetapi
di hari akhirat nanti mereka yang celik di dunia ini
dibangkitkan oleh Allah
SWT dalam keadaan buta.
Persoalan besar timbul di sini kenapakah mereka ini
dibangkitkan
dalam keadaan sedemikian?
Elakkan
daripada terjerumus ke dalam dosa
termasuk melemparkan tuduhan, mengeluarkan
kata-kata yang
boleh membangkitkan kebencian pada individu tertentu,
prasangka
buruk serta bercakap bohong.
Jawapannya ialah kerana mereka ini berpaling daripada ajaran
Allah yang
sebenar, tidak melakukan aturan Allah, melakukan maksiat
dan membuat dosa besar
serta menzalimi orang lain, matanya tidak
digunakan untuk melihat kebenaran,
sebaliknya
digunakan untuk melihat kebatilan.
Akibatnya hidup di dunia akan disempitkan,
tidak tenang, menderita dan ditimpa
musibah.
Malahan di akhirat pula, mereka menjadi buta sebagai balasan
keingkaran ketika di dunia.
Firman Allah SWT:
“Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada
ingatan dan
petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah
baginya kehidupan yang sempit, dan Kami
akan himpunkan
dia pada hari Kiamat dalam keadaan buta. Ia berkata:
Wahai
Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam
keadaan buta, pada hal aku dulu
celik?”
(Surah Taha, ayat 124-125)
Perbuatan kita semasa di dunia menentukan kedudukan di sisi
Allah SWT di
akhirat dan begitulah sebaliknya.
Jika kita benar-benar taat dan akrabnya di
dunia dengan Allah SWT,
maka di akhirat pastinya Allah SWT akan mendampingi
kita.
Seorang sahabat Nabi, Samurah bin Jundab berkata:
Seorang sahabat Nabi, Samurah bin Jundab berkata:
“Sesiapa yang ingin
mengetahui kedudukannya
di sisi Allah SWT, maka periksalah kedudukan Allah di
sisinya.
Barang siapa yang menghormati perintah Allah, lalu
bersegera
melakukannya, menjauhkan diri daripada larangan Allah,
juga berusaha menghiasi
diri dengan adab-adab Islam,
maka kedudukan di sisi Allah pun terhormat.”
Dalam pergaulan seharian tentu berlaku kesilapan sama ada
disengajakan atau
tidak. Kesilapan itu boleh mengundang dosa
terutama jika ia menyentuh
pelanggaran hak yang berkaitan
dengan tubuh, maruah diri dan harta benda.
Dalam banyak-banyak anggota, lidah dan matalah
yang paling banyak kesalahan
membabitkan sesama manusia.
Mata jika tidak dihalakan kepada kebaikan akan
mendatangkan
kemaksiatan dan dosa lidah dan mata boleh menyebabkan
seseorang
itu menerima azab di akhirat.
Untuk hidup dalam suasana yang tenteram, aman dan damai,
hendaklah diawasi
lidah kerana melalui lidah tutur kata akan
menjadi lebih benar, beradab dan
bahasanya lebih bersopan.
Sikap tidak menjaga lidah bukan saja menimbulkan
kemarahan
orang yang mendengarnya, malah menimbulkan implikasi buruk
kepada
hubungan sesama manusia.
Berkatalah perkara yang benar dengan penuh keberanian
walaupun ia sangat pahit
untuk ditelan lebih lebih lagi jika
kita sebagai pemimpin kerana ia
menggambarkan pendirian
dan sikap kita sebagai seorang yang beriman.
Berwaspadalah kita akan setiap tutur kata kerana
bahayanya lidah bukannya hanya
pada individu tertentu tetapi
kesannya juga boleh meruntuhkan sesebuah negara
dan bangsa.
Justeru, marilah sama-sama kita menghitung diri,
adakah kita sudah cukup amalan
untuk bertemu dengan Allah SWT
di akhirat kelak, adakah segala amalan di dunia
ini dijamin
pahala di akhirat. Ingatlah segala amalan akan diperhitungkan.
Elakkan daripada terjerumus ke dalam dosa termasuk
melemparkan tuduhan,
mengeluarkan kata-kata yang boleh
membangkitkan kebencian pada individu
tertentu,
prasangka buruk serta bercakap bohong.
Setiap apa yang diucapkan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Hanya
perkataan yang diredai Allah akan dicatat, manakala perkataan
mendatangkan
kebencian Allah dicatat atas
kemurkaan-Nya sampai hari kiamat.
Janganlah kita tergolong dalam golongan mereka
yang celik di dunia tapi buta di
akhirat.
Marilah merenung firman Allah SWT:
“Maka sesiapa berbuat kebajikan
seberat zarah,
nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa
berbuat kejahatan seberat zarah,
nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).”
(Surah al-Zalzalah, ayat 7-8)
Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan