Dengan nama Allah, Yang Maha
Pengasih
lagi Maha Penyayang.
Sesiapa yang bertaqwa
kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya),
nescaya akan diberikannya
kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang
menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki
yang tidak disangka-sangka. Dan
(ingatlah),
sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat)
kepada Allah,
maka dicukupkan baginya
(keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya).
Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala
yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun
menentukan kadar dan masa bagi
berlakunya tiap-tiap sesuatu.
- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)-
Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih
dikenali
sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’
merupakan
amalan yang masyhur
dalam
hal berkaitan rezeki
dan perlindungan
diri.
Ramai yang mengamalkan
ayat
ini untuk tujuan meminta agar
Allah SWT
mengurniakan kemurahan rezeki,
kemudahan dan
penyelasaian
masalah. Tetapi haruslah
mengamalkannya
secara beristiqamah.
‘Yang sakit akan sembuh,
yang hitam akan putih,
yang keruh akan jernih’.
1. Ayat ini jikalau diamalkan
setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu
faedah.
2. Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar
dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak
dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya,
dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala
daripada bala di darat dan di laut.
3. Jika dibacakan
kepada
orang yang sedang sakit
sebanyak 3 X
dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum,
Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
4. Jika mengalami masalah
berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak,
huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah
selalu dengan ayat ini selepas solat
fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan
dari Allah Ta’ala.
5. Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan
pukulan besi dan tiada
mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan
ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
1. Baca ayat ini sesudah
solat lima waktu.
2. Baca ketika hendak
tidur tiga kali.
3. Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan