Budaya berfikir
cetus kejayaan
Rangsang
akal
ke arah pencapaian matlamat kerja
diberkati
Akal adalah kurniaan Allah SWT yang tinggi, sama ada kedudukannya pada tubuh badan atau dalam penentuan kewajipan dan penerimaan sesuatu amal ibadat. Kehebatan fungsinya memartabatkan manusia daripada haiwan.
Rasulullah
SAW bersabda: “Diangkat pena (tidak dicatat kesalahan) daripada tiga orang,
anak kecil hingga baligh, orang tidur hingga dia jaga dan orang gila hingga
siuman.” (Riwayat Imam Abu Dawud)
Patutkah
mereka tidak mahu memikirkan isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu tidak datang
dari sisi Allah, nescaya mereka akan mendapati perselisihan yang banyak di
dalamnya," Surah al-Nisa, Ayat 82
Justeru, suruhan menuntut ilmu adalah sesuai dengan daya akal yang dimiliki dan menunjukkan ketinggian keupayaan akal manusia amat diiktiraf, sekali gus perlu digunakan ke arah kebaikan sehingga dapat membezakan yang baik dan buruk.
Ajaran Islam menekankan konsep ijtihad, melarang umatnya hidup dengan berserah kepada ketentuan takdir tanpa berusaha dan beramal secara ikut-ikutan tanpa kefahaman serta penghayatan. Kefahaman, penghayatan dan usaha itu terhasil daripada fungsi akal yang hidup dengan berfikir.
Saidina Umar bin al-Khattab apabila mendengar sabda Rasulullah, yang disampaikan oleh Abu Hurairah, sesiapa yang mengucap ‘Lailahaillallah’ akan dimasukkan ke syurga, berjumpa Rasulullah menyatakan kebimbangan jika masyarakat meninggalkan amalan selepas mendengar hadis ini.
Lalu Rasulullah bersabda: “Ya, biarkanlah mereka beramal.” Ia bermaksud seruan dan galakan supaya umat Baginda menghayati kalimah syahadah dan seterusnya menterjemahkannya kepada amalan.
Dari sudut pandang lain, hal ini juga boleh menunjukkan kebimbangan manusia tidak akan memikirkan inti pati yang terkandung dalam kalimah ‘Lailahaillallah’ kepada pegangan tauhid yang jitu dan tidak pula memikirkan lagi hal ehwal dunianya.
Selain tujuan berfikir, ia juga untuk mengelak sesuatu penilaian, keputusan dan tindakan dilakukan dengan terburu-buru. Sebaliknya, hendaklah berfikir dengan teliti dan mendalam.
Firman Allah SWT: “Patutkah mereka tidak mahu memikirkan isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu tidak datang dari sisi Allah, nescaya mereka akan mendapati perselisihan yang banyak di dalamnya.” (Surah al-Nisa’, ayat 82)
Justeru, dalam bekerja akal juga perlu sentiasa dirangsang dengan berfikir secara kreatif, inovatif dan strategik ke arah mencapai matlamat kerja. Beberapa prinsip dalam Islam sebagai panduan berfikir ialah berfikir ke arah memperbaiki kesilapan lampau atau muhasabah diri.
Kedua, berfikir ke arah pencapaian matlamat kerja yang bermanfaat, diredai dan diberkati Allah SWT. Ketiga, berfikir ke arah pelaksanaan sesuatu kerja dengan kaedah berkualiti dan tidak bertentangan dengan syarak.
Keempat, berfikir ke arah pelaksanaan yang tidak bertentangan nilai akhlak dan adab, memudarat atau merugikan diri, pelanggan, masyarakat atau organisasi dalam jangka masa pendek dan panjang.
Kelima, berfikir ke arah menambah baik pencapaian untuk kebaikan dunia dan akhirat. Bagi pekerja dan majikan, usaha berasaskan panduan berfikir perlu dijadikan ukuran kepada komitmen dan daya profesionalisme. Justeru, budaya berfikir secara ‘soleh’ perlu digalakkan di tempat kerja.
Sesebuah organisasi perlu membuka ruang berfikir dalam kalangan staf yang juga aset kepada modal insan dimiliki kerana peluang dan ruang berfikir yang sempit atau disekat boleh menjejaskan kepuasan malah komitmen kerja.
Aktiviti pembangunan insan dalam organisasi melalui kursus dan latihan, penyelidikan, pertukaran staf dan perkongsian pengalaman perlu dilihat kesannya terhadap pengembangan daya fikir anggota.
Pembudayaan berfikir melalui percambahan idea dan pandangan secara formal dalam mesyuarat, seminar, bengkel mahupun secara tidak langsung melalui aduan dikemukakan atau program rekreasi yang dianjurkan organisasi seperti Hari Keluarga perlu digalakkan.
Tujuan latihan, ilmu, perbincangan dan perkongsian sihat adalah untuk mendapatkan hasil daripada buah fikiran yang terbaik. Pemantauan berterusan melalui audit, perancangan dan pelaksanaan Perancangan Strategik dan Pelan Tindakan sesuatu dasar juga mengasah daya fikir warga organisasi.
Namun, sikap keterbukaan, positif dan menghargai sebarang bentuk pandangan oleh pegawai atasan serta rakan sejawat penting untuk menghidupkan minat dan suasana berfikir yang dinamik kerana sesuatu kejayaan tidak akan berhasil tanpa kekuatan daya akal yang inovatif.
Buktinya, daya fikir Rasulullah yang terangkum dalam nilai fatonah menatijahkan pelbagai manfaat yang dikecapi umatnya hari ini antaranya kaedah dakwah berkesan berjaya menjadi ikutan tanpa mengira kaum, pembinaan organisasi masjid dan penubuhan Negara Islam pertama Madinah.
Walau apapun manfaat daripada kehebatan berfikir, sebagai pekerja Muslim, hendaklah semua hasil itu akhirnya membawa kita kepada keteguhan iman dan bertambah dekat dengan Allah SWT.
Penulis ialah
Prof Madya
di Jabatan Siasah Syariyyah,
Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya
(UM)
Info Buku
Buku Kemahiran Berfikir ditulis berdasarkan
Sukatan Pelajaran Kemahiran Generik : Kemahiran Berfikir untuk
Kursus Persediaan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
yang digubal oleh Bahagian Pendidikan Guru.
Buku ini mengandungi 5 bab merangkumi 4 topik utama iaitu
Pengenalan Kemahiran Berfikir, Pengkelasan Kemahiran Berfikir,
Alat-alat Berfikir, Refleksi dan Metakognitif. Di samping guru pelatih PISMP,
buku ini juga sesuai digunakan sebagai rujukan asas untuk
Kursus-kursus Perguruan KPLI, IPG, PPLD, KDC, KDP,
Kursus Pendidikan IPTA, Guru Bimbingan & Kaunseling,
dan bakal guru yang akan mengambil
Ujian INSAK, MTeST dan MEdSI.
Harga : RM 17.90
Buku Kemahiran Berfikir ditulis berdasarkan
Sukatan Pelajaran Kemahiran Generik : Kemahiran Berfikir untuk
Kursus Persediaan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
yang digubal oleh Bahagian Pendidikan Guru.
Buku ini mengandungi 5 bab merangkumi 4 topik utama iaitu
Pengenalan Kemahiran Berfikir, Pengkelasan Kemahiran Berfikir,
Alat-alat Berfikir, Refleksi dan Metakognitif. Di samping guru pelatih PISMP,
buku ini juga sesuai digunakan sebagai rujukan asas untuk
Kursus-kursus Perguruan KPLI, IPG, PPLD, KDC, KDP,
Kursus Pendidikan IPTA, Guru Bimbingan & Kaunseling,
dan bakal guru yang akan mengambil
Ujian INSAK, MTeST dan MEdSI.
Harga : RM 17.90
P/S :
Whenever u don't understand
what's happening in your life,
you just have to close your eyes ,
take a deep breath,
and say.......
" Oh Allah!
I know it's Your plan..
I put my trust in You ."
AND...... kEEP SMILING :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan