:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Rabu, 10 Oktober 2012

Tips Syeikh Abdulkadir Al Jailani.


Tips Syeikh Abdul  Kadir Al Jailani 
untuk sentiasa bersangka baik 
sesama insan.










Syeikh Abdul kadir Al Jailani berkata…





Jika engkau bertemu dengan seseorang, 
maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
 Ucapkan dalam hatimu:








"Mungkin kedudukannya di sisi Allah
 jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".







Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah,
 sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya.
 Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..





Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah
 jauh lebih lama dariku,
 tentu dia lebih baik dariku."






Jika bertemu dengan seorang yang berilmu,
 maka ucapkanlah (dalam hatimu):
 "Orang ini memperoleh kurnia 
yang tidak akan kuperolehi, 
mencapai kedudukan yang 
tidak akan pernah kucapai, 
mengetahui apa yang tidak kuketahui
 dan dia mengamalkan ilmunya, 
tentu dia lebih baik dariku."









Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, 
maka katakanlah (dalam hatimu):











"Orang ini bermaksiat kepada Allah
 kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku 
bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. 
Dia tentu lebih baik dariku."















Jika bertemu dengan orang kafir, 
maka katakanlah (dalam hatimu):
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, 
mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam 
dan beramal soleh. 
Dan mungkin boleh jadi 
di akhir usia diriku
kufur dan berbuat buruk.















Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan 
daripada kita bersangka buruk yang boleh 
mendatangkan dosa. 
Sematkan ke dalam hati agar iman 
akan bertambah, aqidah dan akhlak juga
 akan terjaga.InsyaALLAH.







 
PAS


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgUaeYcLXdafxb4PAAWvdq_pITv31rDqTljNy3nSHwRs6Eblp2TNNRl8qUDMu9OApEF6igHtXdbjasyjFia8zc6NUfo_1H1VvygGsyXehVQtZ6Pl4JaXSNlkDVuQT9q7f7A_0FKiRjjf4/s1600/4539563931_71a1b96798.jpg

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...