Solat pengaruhi perlakuan
mukmin daripada perbuatan mungkar
Ulama
ada menyebutkan, setitik makanan yang haram memberikan kesan terhadap
kejernihan hati. Ibarat setitik tinta yang jatuh di atas kertas putih,
semakin banyak unsur makanan haram yang masuk, ibarat kertas putih yang
banyak ternoda tinta.
Sedikit demi sedikit akan hitamlah semuanya. Hati yang gelap
menutupi hati nurani, menyebabkan tidak peka terhadap nilai kehidupan
yang mulia. Seperti kaca yang kotor oleh debu, sukarlah cahaya
menembusinya.
Oleh yang demikian, banyak kes maksiat atau jenayah syarak berlaku dalam kalangan generasi muda disebabkan nilai diri dan kemanusiaan sudah terhakis dalam jiwa mereka kesan daripada makanan dan amalan dilakukan.
Peringatan mengenai aspek makanan ini telah difirmankan oleh Allah SWT melalui firmannya dalam surah al-Baqarah (2:168-169) yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh kamu yang terang nyata bagi kamu. Ia akan menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara yang keji, dan (menyuruh) kamu supaya berkata (dusta) terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya).”
Dalam pada itu, menurut Ismail Kamus (2009), dalam bukunya Indahnya Hidup Bersyariat, telah mencatatkan: “Seseorang itu akan pasti melaksanakan solat fardu apabila seseorang itu mengambil berat melakukan solat sunat sama ada di rumah atau di masjid, tetapi jika seseorang itu berat untuk melakukan solat sunat, besar kemungkinan solat fardunya juga kurang dititik beratkan”.
Banyak kes maksiat atau jenayah syarak berlaku dalam kalangan generasi muda disebabkan nilai diri dan kemanusiaan sudah terhakis dalam jiwa mereka kesan daripada makanan dan amalan dilakukan.Kesan lain, memakan makanan haram, perilaku seseorang akan berubah dengan sikap atau perangai yang buruk. Tindakannya akan menjurus kepada hawa nafsu dan mengikut telunjuk syaitan.
Oleh yang demikian, banyak kes maksiat atau jenayah syarak berlaku dalam kalangan generasi muda disebabkan nilai diri dan kemanusiaan sudah terhakis dalam jiwa mereka kesan daripada makanan dan amalan dilakukan.
Peringatan mengenai aspek makanan ini telah difirmankan oleh Allah SWT melalui firmannya dalam surah al-Baqarah (2:168-169) yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh kamu yang terang nyata bagi kamu. Ia akan menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara yang keji, dan (menyuruh) kamu supaya berkata (dusta) terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya).”
Dalam pada itu, menurut Ismail Kamus (2009), dalam bukunya Indahnya Hidup Bersyariat, telah mencatatkan: “Seseorang itu akan pasti melaksanakan solat fardu apabila seseorang itu mengambil berat melakukan solat sunat sama ada di rumah atau di masjid, tetapi jika seseorang itu berat untuk melakukan solat sunat, besar kemungkinan solat fardunya juga kurang dititik beratkan”.
Faktor tak tunai solat
Apakah faktor yang menyebabkan individu tidak menunaikan solat dalam kehidupan mereka? Persoalan ini mungkin tidak dapat diselesaikan dengan fakta atau mengajar cara melaksanakan solat menunaikan solat semata-mata, tetapi ia membabitkan banyak faktor lain. termasuk motivasi pelaksanaan solat dan ibadat.
Menurut al-Kumayi (2009) ada tiga halangan dalam melaksanakan ibadah iaitu:
Malas (kasal) mengerjakan ibadat kepada Allah, sedangkan setiap insan sanggup dan berupaya melakukan ibadah.
Lemah fikiran (futur) atau tidak memiliki tekad yang kuat kerana terpengaruh dengan kehidupan dunia.
Bosan (malal) atau cepat berasa bosan melakukan ibadah sedangkan tujuan belum tercapai.
Sesungguhnya amalan atau perbuatan meninggalkan solat ini menjadi masalah yang serius atau cukup berat, kerana baik buruknya perlakuan seseorang itu sangat dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah solatnya baik, dilakukan dengan penuh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat dan penuh khusyuk ia akan dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar.
Aspek ini menjadi jawapan kepada pelbagai masalah yang timbul dalam organisasi atau pun yang melakukan tindakan yang bertentangan dengan syarak. Dalam kajian dibuat oleh Anisah (2001) faktor seseorang itu meninggalkan sembahyang disebabkan beberapa perkara:
Pertama: Cetek pengetahuan.
Golongan ini berpendapat solat hanya untuk mereka yang tidak mempunyai
kecerdasan dan ilmu pengetahuan. Bagi mereka yang telah memiliki
pengetahuan tinggi (falsafah Barat), mereka menyatakan tidak perlu
kerana solat hanya untuk orang tertentu saja.
Kedua: Tidak
mempunyai pengertian atau penghayatan terhadap solat. Golongan ini
tidak akan berasa bersalah atau berdosa meninggalkan solat, kerana
mereka sama sekali tidak mempunyai pengertian dan kefahaman mengenai
solat. Biasanya mereka ini dilahirkan dalam keluarga atau masyarakat
yang tidak pernah solat.
Ketiga: Sifat malas dan
cuai. Biasanya golongan yang meninggalkan solat kerana malas, pada
asasnya mengakui mengenai kewajipan solat, tetapi akibat daripada
pengaruh kesibukan, kecuaian, pengaruh rakan dan sifat malas yang
menguasai diri. Oleh itu, mereka tidak mengendahkan tuntutan solat ini.
Keempat: Usia
remaja. Golongan remaja biasanya meninggalkan solat kerana beranggapan
bahawa ibadat solat hanya sesuai untuk orang tua atau lanjut usia dan
bagi orang yang tidak lagi berminat dengan kehidupan dunia.
Kelima: Pengaruh
keresahan jiwa. Terdapat juga golongan yang meninggalkan solat kerana
pengaruh daripada jiwa yang resah akibat kesedihan atau kesusahan,
sedangkan yang sebaiknya ialah dalam saat inilah kita dituntut untuk
sembahyang dan memohon doa serta pertolongan daripada Allah.
Sesungguhnya pengabaian ibadah solat ini ternyata sesuatu yang perlu
diambil perhatian dan tindakan sewajarnya bagi kita umat Islam, dan
benarlah apa yang telah difirmankan Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat
216, yang bermaksud: “ Sesungguhnya solat itu amat berat kecuali orang
khusyuk dan sabar”.
Apakah faktor yang menyebabkan individu tidak menunaikan solat dalam kehidupan mereka? Persoalan ini mungkin tidak dapat diselesaikan dengan fakta atau mengajar cara melaksanakan solat menunaikan solat semata-mata, tetapi ia membabitkan banyak faktor lain. termasuk motivasi pelaksanaan solat dan ibadat.
Menurut al-Kumayi (2009) ada tiga halangan dalam melaksanakan ibadah iaitu:
Cegah perbuatan keji, mungkar
Sesungguhnya amalan atau perbuatan meninggalkan solat ini menjadi masalah yang serius atau cukup berat, kerana baik buruknya perlakuan seseorang itu sangat dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah solatnya baik, dilakukan dengan penuh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat dan penuh khusyuk ia akan dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar.
Aspek ini menjadi jawapan kepada pelbagai masalah yang timbul dalam organisasi atau pun yang melakukan tindakan yang bertentangan dengan syarak. Dalam kajian dibuat oleh Anisah (2001) faktor seseorang itu meninggalkan sembahyang disebabkan beberapa perkara:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan