:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Ahad, 14 Oktober 2012

Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar


Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
 
 
 
Salah satu punca tekanan yang menyerang
 ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. 





Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri.




Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: 
 
 
 
 
“Sesungguhnya Tuhanmu
 
 mempunyai hak ke atasmu, 

dirimu mempunyai hak ke atasmu 

dan keluargamu mempunyai 

hak ke atasmu.
 
 Berikan setiap 
 
yang berhak ini haknya.”
 
 (Riwayat Bukhari)
 
 
 
 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...