:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Selasa, 23 Oktober 2012

Bersihkan Hati



 
 
Dari Nu'man bin Basyir diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengingatkan mengenai kepentingan menjaga hati, yang bermaksud : 
 
"Ingatlah 
sesungguhnya di dalam jasad manusia itu 
ada seketul darah, jika ia baik, 
maka baiklah jasad. 
Jika ia rosak,
 maka rosaklah seluruh jasad. 
Itulah dia hati."

Hadis ini memberi gambaran bahawa hati manusia yang rosak boleh diibaratkan sebuah komputer yang mempunyai virus. Ia mengganggu sistem komputer dan mencacatkan penggunaannya. Begitulah hati, jika ia dijangkiti, seluruh badan akan rosak.


Di dalam Al-Quran ada ayat yang menyentuh mengenai hati dengan pelbagai istilah. Melalui ayat-ayat itu juga diterangkan, hati dapat dijaga dan diubati hanya dengan bertakwa atau beriman kepada Allah Subhanahu Wataala.


Tanda-tanda takwa atau takut kepada Allah itu dapat dilihat dalam tujuh perkara. Pertama, seseorang itu menjaga lisan atau lidahnya jauh daripada Ghibah seperti membuat fitnah, mengumpat, mengadu domba dan sebagainya.


Kedua, dia menjaga hati agar bersih daripada sifat hasad yang memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu.


Selain itu, pandangan juga dipelihara daripada melihat perkara-perkara haram yang boleh menggelapkan hati. Sebab itu berpalinglah daripada melihat perkara-perkara terlarang untuk mendidik hati. Bagaimanapun diharuskan kita memandang dengan penuh keinsafan atau untuk mengambil iktibar.


Keempat, menjaga perut agar tidak diisi dengan yang haram, kerana malaikat akan melaknat selagi barang yang haram berada di dalam tubuh kita.


Kelima, menjaga kedua-dua tangan supaya tidak digunakan untuk melakukan pekerjaan-pekerjaan haram.


Begitu juga kedua-dua kaki dipelihara supaya sentiasa melangkah untuk taat kepada Allah Subhanahu Wataala. Seeloknya bila melangkah keluar disertai dengan doa-doa untuk memelihara diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar.


Ketujuh, ketaatan dapat dilihat apabila seseorang melakukan sesuatu semata-mata untuk mencari keredhaan Allah swt  serta takut kepada sifat-sifat riak dan munafik. 


Jika keimanan dapat
 ditingkatkan melalui hati, 
alhamdulillah.........
  kita akan menjadi 
seorang yang bertakwa.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...