Khutbah Jumaat:
Rakyat perlu bersyukur kemakmuran ekonomi
Perbelanjaan secara berhemah
pastikan negara terus membangun
Membina
sebuah negara berada dalam kemakmuran, keampunan dan perlindungan Allah
SWT, memerlukan seorang pemimpin yang dapat mengurus khazanah harta
negara sebaik mungkin. Berdasarkan syariat Islam, harta adalah hak
mutlak Allah SWT dan anugerah daripada-Nya.
Manusia perlu mensyukuri anugerah ini kerana tidak semua manusia
mendapat kepercayaan daripada Allah SWT untuk memikul amanah dan
tanggungjawab menjaga harta. Falsafah kenegaraan Islam mengutamakan
prinsip maqasid al-syariah supaya setiap rakyat mendapat hak yang sama
rata.
"Langkah mengurus harta secara berhemah dan berkesan dapat membimbing kita ke arah matlamat yang diidamkan dan membuktikan penghargaan kepada pemerintah"
Firman Allah SWT:
“Apa yang Allah
kurniakan kepada Rasul-Nya
dari harta penduduk negeri
dengan tidak berperang,
maka adalah ia
tertentu bagi Allah,
dan Rasulullah dan bagi kaum kerabat,
anak-anak
yatim, orang miskin
serta orang musafir.
Supaya harta itu
tidak hanya
beredar di antara
orang kaya dari kalangan kamu.”
(Surah al-Hasyr, ayat
7)
Ayat ini menjelaskan bagaimana pengiktirafan Allah SWT
terhadap dasar yang dilakukan Rasulullah SAW dalam peristiwa perang
al-Fai’ bagi menangani masalah ketidakseimbangan ekonomi antara kaum
Ansar dan Muhajirin.
Malah banyak lagi peristiwa lain yang
menunjukkan Rasulullah SAW memberi ruang dan peluang kepada pelbagai
kelompok rakyat supaya mendapat hak sama rata.
Tanggungjawab pemerintah
Bagi memastikan harta diagih secara adil dan saksama maka
menjadi tanggungjawab pemerintah untuk mengurus serta memastikan setiap
harta itu dapat memberi manfaat kepada rakyat demi keselesaan serta
kesejahteraan.
Allah SWT berfirman:
“Berimanlah kamu
kepada
Allah dan Rasul-Nya,
dan belanjakanlah sebahagian
dari harta benda yang
dijadikannya
kamu menguasainya sebagai wakil.
Maka orang yang beriman
di
antara kamu serta mereka
membelanjakan (sebahagian dari harta itu);
mereka tetap beroleh pahala yang besar.”
(Surah al-Hadid, ayat 7)
Kesungguhan dan komitmen pemerintah untuk rakyat serta negara supaya
sentiasa maju terpelihara hendaklah dijadikan matlamat utama kerana
negara yang makmur dirahmati itu nescaya Allah SWT akan sentiasa
mengampuninya.
Menurut pandangan beberapa ulama, negara
dikatakan baik ialah negara yang sentiasa berada dalam keampunan,
lindungan dan pertolongan Allah SWT daripada sebarang bentuk ancaman
dalaman mahupun luaran.
Kedua, sentiasa dilimpahi ku
rnia
rezeki oleh Allah SWT di mana kurniaan itu dapat dinikmati oleh rakyat
secara adil dan saksama.
Ketiga, negara sentiasa berasa dalam
keadaan aman, damai dan suasana penuh harmoni, hasil kerjasama antara
pemerintah dengan rakyat kerana masing-masing memikul tanggungjawab
menjaga, membangun serta memakmurkan negara selari dengan ajaran Islam.
Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya
bagi penduduk Saba,
ada tanda-tanda
yang terdapat
di tempat tinggal mereka,
iaitu dua kebun,
yang terletak
di
sebelah kanan dan kiri.
Makanlah dari rezeki
pemberian Tuhan kamu
dan
bersyukurlah kepada-Nya.
Negerimu adalah negeri
yang baik dan
Tuhan
yang Maha Pengampun!”
(Surah Saba’, ayat 15)
Bajet 2013 yang
telah dibentangkan bertemakan Memakmurkan Negara, Mensejahtera Rakyat:
Sebuah Janji Ditepati, berjumlah RM251.6 bilion, bukti kerajaan telah
mengambil kira pandangan rakyat kerana sebahagian besar inti patinya
adalah cadangan dan pandangan rakyat.
Hayati semangat muafakat
Kerajaan menyusun dan mengurus harta rakyat berdasarkan semangat Islam
yang berpandukan prinsip al-adl wal ihsan iaitu menghayati semangat
keadilan dan muafakat di samping prinsip tidak memudaratkan.
Amalan berasaskan prinsip ini akan sentiasa mengingati balasan daripada
Allah SWT di atas setiap kesalahan seperti memonopoli kekayaan,
menindas, mengambil hak rakyat, mementingkan diri sendiri dan segala
bentuk penyelewengan atau perkara menzalimi serta merugikan pihak
tertentu.
Menjadi tanggungjawab kita semua untuk mengurus
harta secara bijak dan berhemah. Langkah mengurus harta secara berhemah
dan berkesan dapat membimbing kita ke arah matlamat yang diidamkan dan
membuktikan penghargaan kepada pemerintah.
Sifat boros dan
membazir adalah ciri-ciri kekufuran hamba kepada Allah SWT. Kita perlu
mengawal keinginan nafsu supaya tidak boros. Tindakan mengawal nafsu ini
boleh dikategorikan sebagai jihad paling utama kerana kemewahan boleh
menjadikan seseorang itu lalai dan menjadi kufur nikmat.
Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan