:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Jumaat, 12 Oktober 2012

Khutbah Jumaat

Khutbah Jumaat: 

Haji mabrur impian jemaah

 

Buang perasaan riak, tingkat ilmu,
 jauhi khurafat supaya diterima Tuhan




Pada saat ini umat Islam dari seluruh pelusuk dunia sedang menunaikan ibadat haji yang juga salah satu daripada rukun Islam yang mesti ditunaikan bagi mereka yang memenuhi syarat oleh syarak.




Berdasarkan kesungguhan dan pengorbanan tinggi jemaah haji dalam membuat persiapan melaksanakan ibadat ini, diharapkan ia dapat dilaksanakan serta mendapat ganjaran setimpal daripada Allah SWT dengan memperoleh haji yang mabrur.







Hendaklah bagi tuan empunya yang menunaikan haji tidak melampau-lampau di dalam mengerjakan kewajipan haji, tidak mengabaikan adab haji dan sunnahnya, memperbanyakkan taat, ibadat, sedekah, menjadi teladan (kepada orang lain) dengan memiliki budi pekerti yang baik, memberi makan sekadar kemampuannya, berkata-kata dengan lembut, dapat mengawal setiap cabaran yang ditempuh, bersikap berlapang dada dan pemaaf, kembalinya dari haji dengan memandang tinggi kehidupan akhirat dan berniat untuk kekal (seperti keadaan tersebut) dan istiqamah


 

Namun persoalan besar timbul, bagaimanakah untuk mendapatkan haji mabrur. Haji mabrur adalah haji yang diterima dan dikurniakan ganjaran syurga oleh Allah SWT. Ini adalah kedudukan yang paling tinggi dan istimewa, malah ingin dikecapi oleh sesiapa saja yang menunaikan ibadat haji tersebut.




Capai haji mabrur





Sabda Rasulullah SAW: 
 
 
 
 
 
 
“Daripada Abu Hurairah ra,
 
 bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: 
 
 
 
 
" Satu umrah 

dengan umrah yang lain 

adalah penghapus dosa, 

dan haji mabrur (diterima) amalannya,
 
 tidak dibalas baginya melainkan
 
 dengan syurga.”
 
 (Riwayat al-Bukhari)
 




Oleh itu, ganjaran besar ini tidak memungkinkan seseorang itu mencapainya dengan mudah. Bahkan akan menghadapi pelbagai kesukaran, pengorbanan dan cabaran dengan berasaskan kekuatan iman dan takwa.
Secara umumnya, seseorang yang ingin mencapai haji yang diterima dan mabrur di sisi Allah SWT hendaklah melaksanakan beberapa perkara berikut:


 


Pertama, sifat ikhlas. Imam Nawawi menjelaskan dalam kitab Syarah Muslim bahawa haji yang mabrur adalah yang tidak bercampur dengan dosa dan tidak riak.

 
 
 
Kedua, sumber yang halal Dalam sahih Muslim Rasulullah SAW bersabda :
 
 
 
 
 
“Sesungguhnya
 
Allah itu baik, 

dan tidak menerima 

kecuali yang baik”.
 
(Riwayat Muslim)




Justeru, sewajarnya sebagai seorang yang akan menunaikan haji meneliti dan bermuhasabah kembali segala sumber pendapatan, perbelanjaan, bekalan dan pakaiannya daripada sumber yang halal.



Ketiga, mempelajari ilmu yang berkaitan dengan ibadat haji dan umrah. Syeikh Mustafa az-Zarqa’ dalam buku Fatwa Hukum Haji dan Kelebihannya ketika ditanya makna haji yang mabrur, menyatakan di antara ciri-ciri haji yang diterima ialah:

 
 
 
 
 
 
“ Hendaklah bagi tuan empunya yang menunaikan haji tidak melampau-lampau di dalam mengerjakan kewajipan haji, tidak mengabaikan adab haji dan sunnahnya, memperbanyakkan taat, ibadat, sedekah, menjadi teladan (kepada orang lain) dengan memiliki budi pekerti yang baik, memberi makan sekadar kemampuannya, berkata-kata dengan lembut, dapat mengawal setiap cabaran yang ditempuh, bersikap berlapang dada dan pemaaf, kembalinya dari haji dengan memandang tinggi kehidupan akhirat dan berniat untuk kekal (seperti keadaan tersebut) dan istiqamah.”

 

 
 
Sehubungan itu, mimbar menasihatkan kepada umat Islam supaya berusaha mendalami ilmu yang berkaitan dengan pelaksanaan ibadat haji dan umrah supaya segala perbuatan dan adab dapat dilaksanakan dengan betul dan sempurna.

 

 
 
 
Keempat, menjauhi amalan cela dan khurafat. Perbuatan cela seperti mengumpat, maki hamun, hasad dengki kepada sesama Muslim adalah perbuatan yang dikutuk oleh Allah SWT yang perlu dijauhi di mana kita tahu tujuan asal kita adalah untuk menyucikan diri daripada segala dosa.

 

 
 
Perkara khurafat perlu dijauhi seperti mengusap makam Nabi Ibrahim AS, menanam batu di Arafah, memotong kelambu Kaabah, mencari tiang Jin dan sebagainya. 

 
 
 
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 197:

 

Maksudnya: 
 
 
 
 
“(Musim) Haji adalah beberapa bulan
 
 yang termaklum. Maka sesiapa 
 
yang berniat mengerjakan ibadat Haji itu,
 
maka tidak boleh mencampuri isteri, 

dan tidak boleh membuat maksiat,
 
 dan tidak boleh bertengkar,
 
 dalam masa mengerjakan ibadat Haji. 
 
Dan apa juga kebaikan 
 
yang kamu kerjakan 
 
 diketahui oleh Allah; dan berbekallah,
 
  sesungguhnya sebaik-baik bekal
 
 adalah takwa; dan bertakwalah kepada-Ku 

wahai orang yang berakal.”

 


 
Banyak juga persoalan yang ditimbulkan bahawa mereka yang memperoleh haji mabrur itu dikatakan akan mengalami peristiwa yang pelik antaranya tersesat di dalam perjalanan, hilang harta benda, mendapat mimpi dan sebagainya.

 


 
Sebenarnya ini adalah pandangan dan tanda yang tidak betul kerana ibadat haji seseorang itu diterima ataupun ditolak oleh Allah SWT dapat dilihat selepas beliau kembali daripada menunaikan ibadat haji.

 


Menurut al-Khawwas dalam kitab Bughyatul Mustarsyidin bahawa: Selepas mereka kembali dari mengerjakan ibadah haji, mereka berakhlak dengan akhlak Rasulullah SAW, mereka tidak akan mencebur diri di dalam dosa dan tidak memandang dirinya lebih tinggi daripada seorang hamba Allah SWT, tidak pula merebut untuk mendapat sesuatu daripada perkara dunia, manakala tanda ibadat hajinya tidak diterima ialah bahawa mereka kembali semula kepada keadaannya sebelum mengerjakan haji.

 


Pengiktirafan kepada umat Islam

 


Mengakhiri khutbah, mimbar ingin menyatakan bahawa haji mabrur adalah satu pengiktirafan kepada umat Islam yang berjaya melaksanakan amalan hajinya dengan sempurna.

 


Selain itu ia akan melahirkan insan yang berkualiti dari aspek akhlak, ibadat dan hubungan baik sesama manusia di dunia ini.

 


Kehidupan di akhirat kelak menerima kurniaan iaitu ganjaran syurga oleh Allah SWT. Oleh itu marilah sama-sama kita berdoa supaya tetamu Allah yang berada di kota suci Makkah pada ketika ini, diberi kesihatan, dilapangkan fikiran, dipermudahkan segala amalannya bagi melaksanakan rukun Islam yang kelima ini. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 37:


 
Maksudnya:
 
 
 “(Ibadat itu dikerjakan oleh) 

orang yang kuat imannya
 
 yang tidak dilalaikan oleh perniagaan
 
 atau berjual-beli daripada menyebut 

serta mengingati Allah; dan
 
 mendirikan sembahyang serta 

memberi zakat; mereka takutkan 

hari (Kiamat) yang padanya 

berbalik-balik hati dan pandangan.”

 
Khutbah Jumaat disediakan 

Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia
 
 (Jakim).
 
 
 
 

 


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masyarakat kita kurang didedahkan dengan kesan/tanda Haji Mabrur. Memang sudah sampai masanya kita diingatkan tanda-tanda Haji Mabrur, supaya kita akan bercita-cita dan berusaha mengikuti cara-cara untuk mendapatkannya.Islam mementingkan kualiti atau keikhlasan ibadat - kerana Allah S.W.T dalam apa jua tindak tanduk kita supaya ada nilainya di hadapan Allah nanti...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...