:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Khamis, 9 Ogos 2012

Tujuan tadarus









Tujuan tadarus

Sebahagian ahli Jemaah Masjid Al -Sultan Ismail Petra,
Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan bertadarus al-Quran
bagi meraikan kedatangan bulan Ramadan.





TADARUS al-Quran di bulan Ramadan tidak boleh ditafsir sebagai aktiviti 'perlumbaan' mengkhatam al-Quran 30 juzuk semata-mata, sebaliknya bertujuan mengajak masyarakat Islam menghayati proses 'ajar dan belajar' al-Quran bersama rakan atau dalam kumpulan.




Imam Tua Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan, Sabri Abdullah berkata, amalan tadarus dimulakan Nabi Muhammad bersama malaikat Jibril di mana baginda khatam sekali membaca al-Quran dengan Jibril pada setiap Ramadan kecuali pada tahun kematiannya di mana baginda telah khatam dua kali.




Sabri berkata, tadarus adalah peluang terbaik di mana pembaca al-Quran dapat saling menegur kesalahan masing-masing dan bukan sekadar membaca untuk khatam.




"Tadarus pada asalnya adalah program Nabi Muhammad belajar al-Quran bersama Jibril setiap kali tibanya bulan Ramadan.





"Malaikat Jibril akan membaca ayat-ayat al-Quran kepada Nabi Muhammad yang kemudiannya akan memperdengarkan bacaan baginda kepada Jibril pula.




"Proses ini dicontohi oleh para sahabat nabi yang saling membetulkan bacaan masing-masing sehingga khatam al-Quran," katanya ketika ditemui di Kubang Kerian, Kota Bharu baru-baru ini.




Jelasnya, umat Islam boleh mengikuti program tadarus yang dianjurkan di masjid-masjid ataupun membuat kumpulan sendiri dan memilih seorang guru al-Quran yang boleh menegur bacaan mereka.




Katanya, ahli dalam kumpulan boleh membaca al-Quran secara bergilir-gilir dengan pemantauan guru dan rakan-rakan lain yang lebih berkeupayaan.




Tegasnya lagi, membaca al-Quran secara berkumpulan adalah perkara yang sangat digalakkan dan ada hadis menyatakan bahawa mana-mana orang yang berkumpul untuk membaca al-Quran maka Allah akan datangkan kepada mereka 'sakinah'.




Kalangan ulama mentafsirkan maksud sakinah ini kepada dua perkara, iaitu pertamanya mereka akan mendapat ketenangan dan maksud kedua adalah para malaikat akan datang berduyun-duyun menyertai kumpulan yang sedang membaca al-Quran," katanya.




Klinik al-Quran




Dalam masa sama, beliau berkata, khatam al-Quran pada bulan Ramadan dituntut kerana ulama menyebut bahawa hak al-Quran adalah untuk ia dikhatam sekurang-kurangnya dua kali setahun oleh pembacanya dan salah satunya dilakukan pada bulan Ramadan.




Jelasnya, selain program tadarus, masjid itu juga mengadakan klinik al-Quran pada pukul 10 pagi setiap hari kecuali hari minggu dan bengkel al-Quran dengan Imam Muda masjid, Abdul Bari Abdullah pula diadakan pada hari Jumaat.




Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Wanita masjid tersebut, Nik Salma Hassan, 65, berkata, pihaknya memanggil seorang guru al-Quran, Mek Yah Che Muhamad, 56, bagi mengendalikan program tadarus bagi jemaah wanita di masjid itu dari pukul 7.30 pagi hingga 9 pagi setiap hari.




Katanya, mereka membaca antara satu hingga satu setengah juzuk al-Quran setiap hari bergantung kepada kemampuan ahli tadarus dengan sasaran agar dapat khatam di hujung Ramadan.




Sumber






















Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...