Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang hari ini lebih baik dari hari semalam,
dia orang yang beruntung. Sesiapa yang hari ini
sama saja dengan semalam, dia orang yang rugi.
Sesiapa yang hari ini lebih buruk dari semalam,
dia orang yang zalim.”
Peristiwa Nuzul Al-Quran
merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an
yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w.
hingga seterusnya berperingkat-peringkat
menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran
yang ada pada hari ini.
Perkataan "Nuzul" bererti
turun atau berpindah dari atas ke bawah.
Bila disebut bahawa Al-Quran adalah
mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya
memberi makna terlalu besar kepada umat Islam
terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula
diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.
melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah
lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq
Tiada ulasan:
Catat Ulasan