:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Sabtu, 18 Ogos 2012

Happy Eid-ul Fitr








Raikan Aidilfitri




HARI Raya Puasa atau Hari Raya Aidilfitri

adalah hari kebesaran yang disambut oleh

seluruh umat Islam seluruh dunia. Ia besar bagi umat Islam

yang dirayakan pada 1 Syawal setiap tahun setelah

berakhir puasa di bulan Ramadan.





Aidilfitri adalah lambang kejayaan

dalam menunaikan satu perintah Allah SWT.

Ia merupakan kemenangan dalam bentuk maknawi.

Aidilfitri juga adalah tanda

tamatnya satu tempoh latihan kerohanian.

Kegembiraan yang dirasai adalah atas

dasar kesyukuran kerana mendapat sesuatu

yang berharga iaitu iman dan takwa.





Pada hari itu juga segala dosa umat Islam

yang telah menunaikan puasa Ramadan sebulan penuh

dan membayar zakat fitrah akan dibersihkan

sehingga seperti bayi yang baru dilahirkan ke dunia.





Hari Raya Aidilfitri seharusnya dirayakan

mengikut sunah Nabi SAW. Antaranya disunatkan

bangun pagi awal daripada biasa.

Digalakkan memberus gigi dan membersihkan badan.

Mandi sunat hari raya dan berpakaian indah mengikut syariat.





Umat Islam juga

digalakkan memakai pakaian terbaik

(yang tidak semestinya baru).

Hal ini bagi mengelakkan supaya seseorang itu

tidak berhutang atau melampaui batasan Islam

dalam kesederhanaan berpakaian.

Digalakkan memakai minyak wangi

yang dibolehkan dibawa sembahyang.






Tunaikan solat hari raya,

pada kebiasaannya bagi Mazhab Syafi'e

dilakukan di masjid dan boleh juga dilakukan

di kawasan terbuka jika masjid penuh iaitu

di kawasan padang dan tanah lapang

yang terbuka lagi bersih.






Digalakkan makan sedikit sesuatu yang manis

pada Hari Raya Aidilfitri sebagai contoh kurma

dengan bilangan ganjil, iaitu satu atau tiga biji kurma

sudah memadai. Ini bagi mengelakkan

perut terasa lapar sewaktu solat yang

mengambil masa yang agak lama.





Disunatkan pergi ke tempat solat

pada awal waktu bagi mengelakkan kesesakan

di jalan dan terlambat dalam menunaikan solat Aidilfitri.

Digalakkan berjalan kaki ke tempat solat hari raya,

jika ia dalam lingkungan yang tidak jauh

mengikut jarak perjalanan.

Gunakan jalan yang berlainan pergi dan balik

dari tempat solat Hari Raya Aidilfitri

bagi mengenali jiran dan merapatkan silaturahim.






Mengikut mazhab Syafi'e digalakkan

membaca takbir dengan kerap dan

boleh dibaca dengan kuat.

Apabila tiba di masjid

lakukan solat sunat dua rakaat tanpa azan atau iqamah.

Adalah dilarang untuk menunaikan solat sunat

sebelum atau selepas solat hari raya di padang.

Tetapi boleh dilakukan jika bersolat di dalam masjid ,

umpamanya solat Dhuha dan Tahiyatul Masjid.






Lakukan solat sunat dua rakaat

apabila tiba di rumah

iaitu setelah selesai solat sunat Aidilfitri.

Selepas itu digalakkan menerima tetamu

yang berkunjung ke rumah bagi mengeratkan

hubungan silaturahim dan semangat kejiranan.






Semasa solat hari raya,

dalam rakaat pertama , Rasulullah SAW

akan membaca surah al-A'la dan surah al-Ghasiyaah

dalam rakaat kedua.

Boleh juga dibaca surah Qaaf pada rakaat pertama

dan al-Qamar pada rakaat kedua.






Diriwayatkan pada zaman Rasulullah SAW,

apabila selesai menunaikan solat hari raya

baginda akan berdiri menghadap orang ramai

yang sedang duduk dalam barisan mereka,

memberi khutbah, mengeluarkan arahan

dan memerintahkan umat Islam

melakukan kebaikan.





Jika ingin menghantar tentera atau jemaah,

baginda akan lakukan dan begitu juga

mengeluarkan arahan yang khusus

yang baginda inginkan.





Khutbah diberikan selepas solat hari raya.

Khutbah hari raya adalah sunat tetapi

mendengarnya adalah wajib.

Adalah dilarang keras (haram)

untuk berjalan sekeliling, berbual

atau

menunaikan solat semasa khutbah.





Hal ini penting

bagi mendengar amanat yang ingin disampaikan

oleh Imam kepada makmum.

Jika para makmum

tidak memberi perhatian yang khusus

sudah tentu amanat yang ingin disampaikan

tidak tercapai.





Bersalaman antara satu sama lain

adalah dibenarkan tetapi janganlah

dilakukan sebagai adat atau dengan keterlaluan.





Bertemu dengan orang

yang datang dari jauh

dengan berjabat tangan atau

dengan berpelukan apabila bertemu mereka

adalah dibolehkan.




DR. AMINUDIN MANSOR ialah


bekas pendidik berkelulusan


Ijazah Doktor Falsafah Persuratan Melayu.



Sumber






Thanks google :)


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...