:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Selasa, 14 Februari 2012

Sumber air patut dijaga elak tercemar





Sumber air


patut dijaga elak tercemar



BANYAK ayat al-Quran memperkatakan mengenai air
sebagai anugerah Allah SWT yang besar manfaatnya kepada
kehidupan manusia dan seluruh alam.
Tanpa air tidak akan wujud kehidupan di bumi ini.















Firman Allah bermaksud:














“Dan Dia yang menurunkan

air hujan dari langit (awan),

untukmu, sebahagiannya untuk minuman

dan sebahagian untuk (menyuburkan) pokok-pokok

yang kamu gunakan untuk makanan ternakanmu.”

(Surah an-Nahl, ayat 10).















Saintis angkasa lepas apabila menemui kewujudan planet
di cakerawala, antara perkara penting
akan dikaji ialah sama ada planet itu memiliki sumber air
atau tidak sebagai 'rumusan' awal menentukan peluang
untuk manusia tinggal di planet itu pada masa depan.
















Bumi sesuai untuk kehidupan manusia kerana 'kaya' sumber air.
Kira-kira dua pertiga daripada permukaan bumi diliputi air.















Firman Allah yang bermaksud:













“Dialah yang menjadikan bumi ini terhampar,

langit sebagai atap untukmu, dan Dia menurunkan

air hujan dari langit, lalu mengeluarkan buah-buahan

sebagai rezeki untukmu.”

(Surah al-Baqarah, ayat 22).


















Malah, jasad manusia itu sendiri adalah air
yang mana air terdiri kira-kira 70 peratus jisim manusia.
Ini bertepatan dengan kejadian manusia pun berasal daripada air mani.

















Dengan kata lain, amat penting manusia mensyukuri sumber air.
Pengurusan atau penglestarian sumber air amat penting dilakukan secara
bijaksana untuk mengelak berdepan dengan masalah berkaitan dengan air.



















Sikap manusia menyebabkan berlaku bencana berkaitan air.
Pada masa lain pula berlaku bencana banjir, khususnya masalah banjir kilat.
Kejadian itu memang aturan alam yang berlaku mengikut musim,
tetapi sebenarnya sedikit sebanyak berpunca sikap manusia sendiri.



















Perbuatan itu dinyatakan oleh Allah SWT dalam
Surah Ar-Rum ayat 41 bermaksud:
















“Kelihatan kerosakan di darat dan di laut,

disebabkan usaha tangan manusia,

kerana Tuhan hendak merasakan kepada mereka

sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka,

supaya mereka kembali.”


















Anugerah alam yang dikurniakan oleh Allah SWT
perlu dijaga dan dihargai. Jika dirosakkan,
kesannya ditanggung oleh manusia sendiri.
Sesungguhnya Allah SWT tidak mengalami kerugian apa-apa.
Manusia sendiri akan mengalami kesan buruknya.





















Sungai yang bersih dan mengalir lancar
mewujudkan pemandangan yang cantik.
Keadaan ini disebut oleh Allah SWT sebagai tempat
yang damai disediakan di syurga.






















“Dan kepada orang-orang beriman

dan berbuat kebaikan, sampaikan khabar gembira,


bahawa mereka akan mendapat syurga

yang di bawahnya mengalir sungai-sungai.”

(Surah al-Baqarah, ayat 25).






















Kebanyakan sungai yang tercemar mengalir
melalui bandar dan kawasan perindustrian bertukar
sebagai longkang mengalirkan segala sisa buangan
dan sampah sarap. Ia bukan saja hilang daya tarikan,
tetapi juga menjadi punca tempat pembiakan nyamuk,
bau tidak menyenangkan dan penyakit bawaan air.




















Pencemaran sungai mengurangkan bekalan air bersih
untuk kegunaan seharian. Ia tidak selamat untuk digunakan
sebagai air minum, membasuh, mandi dan sebagainya.
Proses pembersihan air di loji juga sukar
dan membabitkan perbelanjaan yang lebih tinggi.



















Tanda-tanda balasan Allah
terhadap sikap pengabaian
penjagaan sungai sering berlaku.
Masalah banjir kilat, banjir lumpur, kurang bekalan air
dan sebagainya mendatangkan kesusahan serta kerugian harta benda.




















Justeru, menjadi tanggungjawab semua pihak
untuk menjaga anugerah Allah SWT.
Bencana lebih besar akan berlaku jika manusia
masih tidak mengendahkan amaran kecil.
Sesungguhnya Allah SWT mengampunkan dosa-dosa
jika manusia sedar, bertaubat dan kembali mengamalkan perkara yang baik.




































Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...