Hidupkan nilai kasih sayang,
kikis buruk sangka
pandai jaga percakapan,
saling perbetul kesilapan
KITA selalu menyangka bahawa kasih sayang sesama manusia
hanya akan lahir apabila mereka saling mengenali dan mempunyai tautan hati.
Kita lupa bahawa sebagai makhluk Allah SWT yang bergelar manusia,
kita sebenarnya berkasih sayang apabila mempunyai sifat belas kasihan
dan saling melindungi antara satu sama lain. Sayang sekali sekiranya kita tidak mampu berkasih sayang
dan saling mengingatkan antara satu sama lain, apatah lagi
sekiranya berkongsi akidah yang sama.
Tanpa kasih sayang,
kita akan selalu berprasangka buruk terhadap orang lain,
sedangkan sebagai umat Rasulullah SAW, kita sepatutnya
saling melindungi dan memperbetulkan kesilapan masing-masing
dengan penuh hemah dan adab.
" Wahai orang-orang yang beriman!
Jika datang kepada kamu orang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidiki
untuk menentukan kebenarannya. "
- Surah al-Hujuraat, Ayat 6.
Dalam dunia hari iniJika datang kepada kamu orang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidiki
untuk menentukan kebenarannya. "
- Surah al-Hujuraat, Ayat 6.
yang penuh tohmah dan buruk sangka,
manusia sering bertelingkah kerana tidak mengetahui kebenaran.
Kasih sayang bukan lagi sebahagian cara hidup
yang memungkinkan keaiban dilindungi dan kesalahan
diperbetulkan tanpa rasa benci.
Kewujudan segolongan kecil yang bijak
melakukan fitnah kerana hasad dengki dan terlalu cintakan dunia
menyebabkan umat Islam sering bermusuh-musuhan
sekali gus merendahkan nilai dan maruah agama
pada mata bukan Islam.
Ia juga menjadi sebab
umat Islam semakin jauh daripada ukhuwah
dan silaturahim yang berasaskan takwa,
malah merenggangkan persaudaraan.
Sebagai individu Muslim
yang menganut agama menganjurkan umatnya hidup
dalam keadaan rukun dan damai, kita dilarang
melakukan perkara yang boleh menjejaskan
serta merosakkan hubungan baik sesama manusia.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 12,
yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman!
Jauhilah sikap dari sangkaan supaya kamu
tidak dipengaruhi prasangka yang dilarang
kerana sesungguhnya sebahagian
dari sangkaan itu adalah dosa.
Dan
janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan
dan keaiban orang.
Dan
janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka
memakan daging saudaranya yang sudah mati?
Jika demikian keadaan mengumpat
maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
Oleh itu,
patuhilah larangan yang disebut itu
dan bertakwalah kamu kepada Allah,
sesungguhnya Allah penerima taubat lagi
Maha Mengasihani. "
Allah mengingatkan kita bahawa
sebahagian prasangka itu adalah perbuatan dosa
kerana ia timbul daripada perasaan iri hati atau dengki terhadap seseorang.
Ia juga menyebabkan timbul tuduhan lain yang tidak berasas
kerana orang lain turut serta melakukan perbuatan
yang serupa dan ia menambahkan lagi prasangka buruk.
Teknologi komunikasi yang tidak bersempadan
juga turut meluaskan penyebaran maklumat yang boleh
meracuni akal manusia yang tidak tahu membuat pertimbangan
antara fitnah dan kebenaran.
Oleh itu,
sebagai hamba yang beriman
kepada Allah SWT dan hari akhirat,
kita hendaklah menjaga adab pertuturan,
berbicara mengenai perkara yang benar atau berdiam diri,
seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan
oleh Iman Al-Bukhari yang mafhumnya:
“Sesiapa yang beriman
kepada Allah dan hari akhirat,
maka hendaklah ia
berkata yang baik atau hendaklah ia diam.”
Buruk sangka dengan hasrat mempengaruhi minda orang lain
supaya membenci saudara seagama adalah perbuatan jahiliah
yang diwarisi kerana tamak dunia dan terlalu cintakan isinya
yang menjadi bahan bakar neraka.
Banyak contoh boleh diteladani daripada kisah
sahabat Rasulullah SAW dan juga sejarah yang pernah berlaku
sehingga boleh menggadaikan negara dan agama akibat buruk sangka.
Ia patut dijadikan iktibar kepada setiap umat Islam.
Jika tidak kerana buruk sangka
menjadi padah kepada umat Islam,
mustahil Allah SWT memperincikan betapa pentingnya
kita menyelidiki sebarang maklumat yang disampaikan oleh seseorang,
bimbang sekiranya kita turut mempercayai dan menjadi penyampai kepada fitnah terhadap umat Muhammad SAW.
Allah mengingatkan kita dalam al-Quran,
Surah al-Hujuraat ayat 6 yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman!
Jika datang kepada kamu orang fasik
membawa sesuatu berita,
maka selidiki untuk menentukan kebenarannya”.
Kerana buruk sangka menyebabkan terputusnya silaturahim,
sebab itulah juga perpaduan umat Islam akan goyah,
malah menjadi laba kepada pihak yang sentiasa menantikan
saat kehancuran manusia yang dibimbing dengan perintah
dan larangan Tuhan Yang Satu.
Satu demi satu keistimewaan umat Islam
yang tiada bandingannya diselongkar dan dibinasakan
dengan janji syurga di dunia mengakibatkan janji Allah
mengenai hari pembalasan di pandang sebelah mata.
Perkataan dusta yang dibawa oleh orang yang fasik pula
diangkat menjadi rujukan utama.
Untuk menjauhkan diri daripada terus melakukan fitnah
terhadap setiap umat Muhammad SAW, kita hendaklah
membataskan prasangka buruk terhadap seseorang
setakat di dalam hati saja, tanpa meluahkannya atau memberitahu
kepada orang lain mengenai apa yang dirasa,
apatah lagi menyakinkan orang lain supaya turut
mempunyai perasaan yang serupa.
Justeru, prasangka yang boleh mendatangkan dosa
wajib dijauhi jika kita sayangkan kehidupan sesudah mati.
Sebaliknya, tukarkan buruk sangka dengan kasih sayang
dan belas kasihan sesama umat yang bersaudara kerana
itulah asas sebuah kehidupan berkeluarga.
Kasih sayang bukan sekadar menyatukan hati dan jiwa
tetapi juga mengukuhkan hubungan sesama manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan