Seketul darah penentu baik,
buruk peribadi ummah
Hati jatuh cinta kepada Tuhan
sentiasa basahi bibir dengan kalam suci, zikrullah
HATI adalah sumber kebaikan dan keburukan seseorang.
Apabila hati penuh dengan ketaatan kepada Allah SWT,
maka perilaku seseorang akan penuh dengan kebaikan.
Sebaliknya, apabila hati seseorang penuh dengan hawa nafsu,
maka yang akan muncul dalam perilaku seseorang adalah
keburukan dan kemaksiatan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya
di dalam badan seseorang manusia itu,
ada seketul darah.
Jika ia baik, maka baiklah seluruh badannya,
jika ia buruk, maka buruklah seluruh badannya,
ketahuilah ia adalah hati.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
sentiasa basahi bibir dengan kalam suci, zikrullah
HATI adalah sumber kebaikan dan keburukan seseorang.
Apabila hati penuh dengan ketaatan kepada Allah SWT,
maka perilaku seseorang akan penuh dengan kebaikan.
Sebaliknya, apabila hati seseorang penuh dengan hawa nafsu,
maka yang akan muncul dalam perilaku seseorang adalah
keburukan dan kemaksiatan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya
di dalam badan seseorang manusia itu,
ada seketul darah.
Jika ia baik, maka baiklah seluruh badannya,
jika ia buruk, maka buruklah seluruh badannya,
ketahuilah ia adalah hati.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keburukan dan kemaksiatan ini
akan datang apabila hati seseorang berada
dalam keadaan jauh dari mengingati Allah SWT.
Ibnu Qoyyim al-Jauziyah berkata,
“Apabila hati seseorang itu
jauh daripada mengingati Allah,
maka syaitan dengan serta-merta
akan masuk ke dalam hati seseorang
dan mempengaruhinya untuk
berbuat keburukan. ”
Hati yang dimasuki syaitan adalah hati yang sakit.
Inilah yang disebut sebagai ciri-ciri orang yang munafik.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 10 bermaksud:
“Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu)
terdapat penyakit (syak dan hasad dengki),
maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka;
dan mereka pula akan beroleh azab seksa
yang tidak terperi sakitnya;
dengan sebab mereka berdusta
(dan mendustakan kebenaran). "
Oleh kerana itu,
hati seseorang mukmin harus sentiasa dijaga
daripada dipengaruhi syaitan,
dengan berada dalam sikap taat kepada Allah SWT.
Inilah yang disebut sebagai hati yang istiqamah.
Imam al-Qurtubi berkata
" Hati yang istiqamah adalah hati
yang senantiasa lurus dalam ketaatan
kepada Allah SWT baik berupa keyakinan,
perkataan mahupun perbuatan. "
Hati insan yang sentiasa terpaut
kepada mengingati Allah SWT adalah hati
yang dicampakkan kepadanya as-Sakinah iaitu ketenangan.
Dalam hal ini Allah SWT berfirman,
di dalam Surah Ar-Ra’d ayat yang ke-28:
“(Iaitu) orang-orang yang
beriman dan tenang tenteram hati mereka
dengan zikrullah. ketahuilah dengan zikrullah itu,
tenang tenteramlah hati manusia.”
Bagi orang yang hatinya jatuh cinta kepada Allah SWT,
maka ia lebih suka berbicara dengan Allah SWT,
dengan membaca kalam-Nya,
lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam iktikaf,
dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT
daripada perintah yang lain.
Begitulah perasaan cinta kepada Allah SWT
adalah manifestasi seseorang hamba yang
menyerahkan segala-galanya terhadap Allah.
Firman Allah SWT bermaksud:
“Katakanlah:
Sesungguhnya solatku dan ibadatku,
hidupku dan matiku,
hanyalah untuk Allah
Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
(Surah al-An’am ayat 162)
Jika kita kembali kepada sirah baginda Nabi Muhammad SAW,
mengapakah sahabat-sahabat baginda sanggup
mengorbankan jiwa raga, turun ke medan perang
demi mempertahankan agama Allah sedangkan mereka
tidak ditawarkan sebarang ganjaran dan kemewahan.
Mengapakah Sumaiyyah sanggup mengorbankan nyawanya
demi mempertahankan akidahnya?
Mengapakah Bilal bin Rabah sanggup menahan seksaan
dijemur di tengah padang pasir, di bawah terik mentari
demi mempertahankan kalimah Ahad, yakni Allah yang Esa?
Jawapannya, kerana mereka meletakkan
di dalam hati mereka, perasaan cinta kepada Allah
melebihi segala-galanya.
Namun mutakhir ini,
hati umat Islam semakin jauh
daripada mencintai Allah.
Hati umat Islam ditimpa penyakit al-wahnu iaitu
cintakan dunia dan bencikan kematian
seperti sabda baginda SAW yang bermaksud:
“Hampir tiba suatu zaman di mana
bangsa-bangsa dari seluruh dunia
akan datang mengerumuni kamu bagaikan
orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka.
Maka salah seorang sahabat bertanya,
apakah kerana jumlah kami yang sedikit pada hari itu?"
“Nabi SAW, menjawab,
Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali,
tetapi kamu umpama buih di lautan,
dan Allah akan mencabut 'rasa gentar'
terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu,
dan Allah akan melemparkan ke dalam
hati kamu penyakit al-wahnu.
Seorang sahabat bertanya,
apakah itu al-wahnu itu, ya Rasulullah?'
Rasulullah SAW menjawab,
‘cinta dunia dan takut mati’."
(Riwayat Abu Dawud dan Ahmad)
Persoalan yang timbul dalam minda kita sekarang ialah
kenapa pada akhir zaman ini hati umat Islam begitu leka
dengan kenikmatan duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi?
Jawapannya, Imam an-Nawawi dalam Kitab Nashaihul Ibad
menukilkan satu riwayat menyatakan bahawa:
“Empat faktor yang menyebabkan
hati menjadi gelap ialah perut yang sentiasa kenyang
dan melebihi had kekenyangan,
bersahabat dengan orang yang zalim,
lupa akan dosa-dosa silam dan panjang angan-angan,
manakala empat faktor yang menyebabkan hati terang iaitu
perut yang sentiasa lapar kerana berhati-hati,
bersahabat dengan orang salih,
mengingati dan menyesali dosa-dosa silam
dan pendek angan-angan.”
Oleh itu, marilah kita semua umat Nabi Muhammad SAW
dalam suasana dan semangat bulan Rabiul Awal,
bulan ulang tahun keputeraan baginda Rasulullah SAW,
sedar dan kembali kepada ajaran Islam yang dibawa Rasulullah
serta berlumba-lumba mengamalkan sunnah tinggalan baginda.
Mudah-mudahan kita akan menjadi umat
yang cemerlang semasa hidup di dunia yang sementara ini.
Pada masa yang sama sentiasa rindu untuk bertemu Allah
dan akhirnya nanti kita akan melangkah pulang
mengadap Allah Azzawajalla dengan hati yang tenang dan sejahtera.
Penulis adalah pensyarah di
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman,
Kedah Darul Aman.
INFO
Empat faktor hati gelap
Perut sentiasa kenyang dan melebihi hak kekenyangan
Bersahabat dengan orang zalim
Lupa dosa-dosa silam dan
Panjang angan-angan
Empat faktor hati terang
Perut yang sentiasa lapar kerana berhati-hati
Bersahabat dengan orang salih
Mengingati dan menyesali dosa-dosa silam dan
Pendek angan-angan
Perut yang sentiasa lapar kerana berhati-hati
Bersahabat dengan orang salih
Mengingati dan menyesali dosa-dosa silam dan
Pendek angan-angan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan