:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Selasa, 21 Februari 2012

Pendekatan terbaik tangani krisis rumah tangga







Pendekatan terbaik

tangani krisis rumah tangga



Suami isteri kena utamakan sikap sabar,


perbetul kesilapan secara berhemah





ISLAM sangat menekankan kerukunan dan keharmonian hidup berkeluarga. Namun, statistik jabatan agama negeri mengenai kes perceraian di seluruh negara sangat mengecewakan kita. Ini kerana berlakunya peningkatan mendadak dan begitu ketara sekali.









Sebenarnya, Islam lengkap memerihalkan kaedah tepat dan efektif dalam membina budaya hidup bersuami isteri yang bahagia, aman dan sejahtera. Memang lumrah manusia, pasti dalam menyusuri gelombang hidup bersama di bawah satu bumbung akan wujud juga kesilapan dan rasa kurang senang antara satu sama lain.









Dalam bahtera rumah tangga, si suami berfungsi seperti yang digariskan oleh agama iaitu tidak boleh melakukan sewenang-wenangnya terhadap isteri dan anak.








Dalam hal membetulkan kesalahan yang mungkin isteri pernah lakukan, perkara ini seharusnya ditangani mengikut panduan sebenar. Malah Allah sendiri memperturunkan kepada kita pendekatan terbaik dalam menyelesaikannya.







Allah menerangkan kepada kita,







“Dan

bergaullah dengan mereka (isteri) secara patut.

Kemudian, apabila kamu tidak menyukai mereka,

(maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu,

padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”



(Surah an-Nisa’ ayat 19).







Di sini Allah menyarankan supaya kita mengamalkan sikap sabar. Melalui pengamalan bersabar itulah bahtera rumahtangga yang sedang ditimpa gelombang pertelingkahan atau konflik akibat sesuatu perkara, akan mampu ditenangkan dan dijernihkan keadaannya.







Yang menjadi punca sehingga tercetusnya talak atau perceraian adalah diakibatkan oleh sikap terburu-buru dalam berfikir dan bertindak. Sabar sudah tidak ada lagi dalam kotak fikiran lantaran rasa amarah yang meluap-luap. Justeru, kita kena menghayati dan banyak mengaplikasikan nilai sabar dalam rumah tangga.









Pesan Rasulullah SAW:







“Janganlah seorang mukmin (suami)

membenci seorang mukminah (isteri).

Jika dia tidak menyukai salah satu akhlaknya,

dia akan mendapati akhlak-akhlaknya lain yang disukainya.”




(Riwayat Muslim).







Lihatlah bagaimana bijaksananya Rasulullah SAW menuangkan petua berguna buat kita. Memang tepat kata Rasulullah SAW itu kerana semasa kita sedang dirasuk rasa marah, kita sudah tidak nampak apa-apa yang elok pada isteri.





Yang menguasai mata zahir dan menyelubungi kotak hati ketika itu ialah keburukan saja. Maka, pesanan Baginda tadi seharusnya kita ingati dan pegang sekuatnya bagi membendung gelombang rasa marah terhadap isteri.





Tepatlah juga seperti yang pernah dikatakan Imam Syafie:






“Jika seseorang itu

pernah melakukan kebaikan 99 kali,

namun tatkala hanya sekali saja

dia berbuat keburukan,

maka hal keburukan itulah yang diperkatakan

dan diperbesar-besarkan.”






Sehubungan itu, seorang suami mesti adil dan bertimbang rasa serta mengambil jalan berhemah menangani sesuatu isu yang berkaitan salah laku isteri.





Lebih lengkap lagi, Allah pernah mengutarakan panduan berkesan dalam membina rangka mekanisme penyelesaian masalah yang timbul dalam kehidupan alam perkahwinan. Cubalah kita teliti kembali pesanan Allah ini,








“Wanita-wanita yang kamu

khuatirkan nusyuznya (derhaka),

maka nasihatlah mereka,

pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka

dan pukul mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu,

maka janganlah kamu mencari-cari

jalan untuk menyusahkannya.”



(Surah an-Nisa’, ayat 34)








Di sini Allah menetapkan tiga fasa dalam menegur atau membetulkan kesalahan isteri. Fasa pertama jelas Allah fokuskan kepada unsur memberi nasihat. Inilah kaedah pertama dan yang mesti diutamakan kita seseorang itu bertembung dengan sesuatu masalah dengan kerenah tingkah laku isteri.






Dalam ilmu psikologi-sosial moden juga meletakkan nilai nasihat sebagai pembimbing cara terbaik dalam menghadapi situasi kurang menyenangkan.






Pun begitu kita juga harus menyedari bahawa karakter manusia bukannya semua mampu dinasihati dan dalam hal seperti ini, strategi kedua terpaksa diambil, iaitu meninggalkan isteri di tempat tidurnya dan tidak menggaulinya (bersetubuh).






Ini peringkat kedua saja apabila pendekatan secara nasihat tidak membuahkan kesan. Dalam mengambil kaedah kedua ini, ada prasyaratnya. Seorang suami masih berkewajipan menyediakan makan minum, berkomunikasi secara berhemah dan hal ehwal rumah tangga yang lain.







Hanya tidak berada di tempat tidur dan tidak menggaulinya saja yang dimaktubkan berdasarkan saranan Allah tadi. Ini harus difahami dan diteliti secara cermat agar tidak bertindak melampaui batas yang digariskan.







Dalam fasa ketiga, dan yang ini adalah pilihan terakhir setelah peringkat pertama dan kedua masih buntu untuk menjernihkan keadaan. Kaedah ini pun masih tertakluk kepada piawai standard pukulan yang dibenarkan saja, iaitu bentuk pukulan yang tidak akan mendatangkan mudarat kepada fizikal isteri. Ia bermaksud, memukul dengan tujuan untuk mengingatkan, bukan sebagai hukuman.






Dan pesanan akhir daripada Allah tadi ialah supaya hindari perbuatan mengungkit kesalahan isteri apabila isteri sudah kembali berada dalam landasan betul. Ini kerana apabila diungkit kembali, pastinya akan mencetuskan kembali krisis dalaman dan akan menghancurkan usaha membaikpulih yang dilaksanakan.






Sebenarnya alam rumah tangga atau perkahwinan pasti kekal dalam situasi aman dan membahagiakan seandainya langkah menangani isu permasalahan dilakukan dengan wajar dan sudah tentu garis panduan yang dititipkan oleh Rasulullah SAW dan Allah diikuti dengan seutuhnya.


























Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...