:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Isnin, 21 November 2011

Solat Dalam Kenderaan


Solat dalam kenderaan

Diriwayatkan daripada Jabir r.a:


“Nabi Muhammad SAW

pernah mengerjakan solat (sunat)

sambil menunggang haiwan tunggangannya (rahilah)

ke mana pun baginda menghadap dan ketika

Nabi SAW hendak mengerjakan solat wajib

Nabi SAW turun dari tunggangannya

dan solat menghadap kiblat (Kaabah di Mekah).”

(Al-Bukhari)



Huraian:



Islam mewajibkan kita

melakukan solat malah haram ke atas kita

meninggalkannya tanpa sebarang keuzuran

yang dibenarkan syarak.

Sekiranya kita berada dalam musafir

sekalipun kita juga diwajibkan solat.





Terdapat berbagai-bagai kaedah

dan pilihan yang telah digariskan

termasuklah tata cara solat di dalam kenderaan

sama ada kereta, perahu, kapal selam, kapal terbang

mahupun dalam kapal angkasa.





Dalil yang membolehkannya

selain daripada hadis di atas ialah hadis

yang diriwayatkan daripada Abdullah ibnu Umar r.a.



Seorang sahabat telah bertanya kepada Nabi SAW :

”Bagaimanakah cara untuk saya

bersolat dalam perahu ?

Nabi SAW menjawab:

Solatlah di dalamnya dengan berdiri

kecuali jika engkau takut tenggelam.





Hadith di atas adalah sebagai dalil keharusan

bersolat di atas kenderaan tanpa mengira

apa jua jenis tersebut kerana ia bukanlah

berkenaan hukum perahu tetapi ialah

keharusan melaksanakan solat di atas kenderaan

seperti mana Nabi SAW dan para sahabat

yang pernah bersolat secara duduk

di atas binatang tunggangan mereka.

Baginda memberi isyarat

yang sujud lebih rendah daripada rukuk.

Solat sebegini adalah sah

jikalau benar-benar menghadapi kesukaran.




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...