Pada suatu hari Rasulullah s.a.w
bertanya kepada para sahabat...
" Siapakah di antara kamu
yang menghidupkan malamnya? "
Salman al-Farisi menjawab,
" Saya, ya Rasulullah. "
Rasulullah bertanya lagi,
" Siapa yang berpuasa penuh
pada setiap bulan ? "
Salman al-Farisi menjawab,
" Saya ya, Rasulullah. "
Rasulullah kemudian bertanya,
" Siapa yang khatam al-Quran pada setiap hari ? "
Salman al-Farisi menjawab lagi,
" Saya, ya Rasulullah. "
Sahabat-sahabat yang lain
berasa hairan akan jawapan Salman al-Farisi.
Mereka berkata bahawa mereka
tidak pernah nampak Salman al-Farisi
membuat semua itu.
Rasulullah s.a.w kemudiannya
menyuruh Salman al-Farisi
memberi penjelasan
akan jawapannya itu.
Salman al-Farisi menjawab:
" Aku pernah mendengar kekasihku,
Rasulullah s.a.w. bersabda,
Sesiapa yang tidur
dalam keadaan berwudhu',
seolah-olah dia telah
ihya' (menghidupkan) malamnya.
Baginda juga pernah bersabda
setiap amal kebajikan
akan dibalas dengan 10 kebaikan.
Aku puasa 3 hari
pada setiap bulan sama dengan
aku berpuasa 30 hari (sebulan). "
Rasulullah s.a.w mengiakan
kata-kata Salman al-Farisi.
" Aku juga pernah mendengar
Baginda bersabda
sesiapa yang membaca
"Qulhuwallahu Ahad" (surah al-Ikhlas)
seolah-olah dia membaca 1/3 al-Quran.
Aku membacanya 3 kali setiap hari.
Ini seolah-olah aku telah khatamkan al-Quran. "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan