:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Rabu, 23 November 2011

Sebaik-baik Orang Yang Berhijrah







Sebaik-baik Orang Yang Berhijrah




Hadith :



Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a:

“ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya:

” Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan

Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya.

Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang

yang meninggalkan semua larangan Allah SWT.”



(al-Bukhari)

Huraian


Hijrah mengandungi hikmah yang besar sekali
peranannya dalam pembangunan ummah.
Suatu kumpulan masyarakat tidak akan menjadi baik
jika setiap individu yang ada di dalamnya
telah rosak kerana kumpulan masyarakat itu
bergantung kepada individu itu sendiri.





Oleh itu hijrah amat ditekankan di dalam al-Quran
dan disebutkan sebanyak lebih 28 kali di dalam
berbagai bentuk dan makna.





Dengan hijrah, hati, perkataan dan perbuatan kita
akan menjadi bersih dari segala maksiat,
dosa dan syirik seperti kisah khalifah Umar bin al-Khathab r.a
yang menarik untuk kita renungkan bahawa beliau
sebelum memeluk Islam dikenali dengan julukan
“penghulu para pelaku kejahatan”, namun setelah berhijrah,
beliau menjadi pemimpin yang disegani, tawaddhu’
dan suka menolong orang miskin,
menjadi tonggak bagi berkembangnya agama Islam.




Hakikatnya hijrah sangatlah berat,
kerana di samping harus memiliki kesabaran,
kita juga dituntut memiliki keteguhan aqidah
dan keyakinan agar tidak mudah termakan
dengan pujuk rayu dan godaan dari
kenikmatan dunia yang fana.





Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...