Sedia berkorban demi cinta kepada kekasih abadi
Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim,
Nabi Ismail wajar diikuti agar
peroleh keredaan .
Berkorban bererti kesanggupan memberikan dengan ikhlas sesuatu amat disayangi kepada orang lain supaya dapat memberi manfaat kepada orang itu. Antara peristiwa mengesankan hati ialah kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang mengajar supaya taat perintah, beriman dan berserah kepada Allah.
Berkorban untuk mendapat cinta Ilahi adalah kesanggupan yang tiada galang gantinya, berkorban untuk keredaan-Nya juga tidak mampu dilakukan setiap hamba, malah pengorbanan menuntut desakan hati yang kasihnya hanya pada Yang Esa.
Kerana kuasa ‘korban’ yang begitu besar, sering kali ada bertanya, apakah ganjaran berkorban?
Daripada Zaid bin Arqam, katanya suatu hari sahabat Rasulullah SAW bertanya yang bermaksud:
“Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?
Jawab Rasulullah:
Ia adalah sunnah bapa kamu, Ibrahim.
“Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?
Jawab Rasulullah:
Ia adalah sunnah bapa kamu, Ibrahim.
Mereka berkata:
Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?
Rasulullah menjawab:
Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya.
Mereka berkata:
Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?
Rasulullah SAW menjawab:
Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya.”
(Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)
Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?
Rasulullah menjawab:
Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya.
Mereka berkata:
Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?
Rasulullah SAW menjawab:
Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya.”
(Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)
Hadis ini mengingatkan kita kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang sanggup bergadai nyawa demi reda Ilahi dan akur bahawa setiap khazanah bumi hanyalah milik Allah dan Dia berhak mengambil serta menganugerahkan apa saja.
Kitab Tafsir Ibn Kathir merakamkan pada awalnya,
Nabi Ibrahim tidak dikurniakan zuriat walaupun Baginda sudah lanjut usia. Namun Baginda tidak pernah berputus asa berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT supaya dikurniakan zuriat.
Nabi Ibrahim tidak dikurniakan zuriat walaupun Baginda sudah lanjut usia. Namun Baginda tidak pernah berputus asa berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT supaya dikurniakan zuriat.
Maka dengan kuasa Allah yang tidak dapat diduga, Baginda dikurniakan cahaya mata pertama bernama Ismail. Selepas Nabi Ismail meningkat remaja, satu ujian berat diturunkan Allah SWT ke atas dua beranak itu dengan tujuan menguji keimanan dan ketakwaan mereka kepada Allah.
Allah SWT memerintah Nabi Ibrahim menyembelih putera kesayangannya. Walaupun berat hati Nabi Ibrahim menyatakan perintah Allah kepada anaknya, Ismail, tetapi ia adalah perintah Allah SWT yang wajib dilaksanakan.
Dengan hati sedih, Nabi Ibrahim menyatakan perintah Allah itu kepada Nabi Ismail, namun tiada apa yang mengejutkan Nabi Ismail sebaliknya berkata: “Wahai bapaku laksanakanlah apa diperintahkan oleh Allah, moga-moga kamu akan mendapati aku dalam golongan orang yang sabar.”
Ada dua dimensi pengorbanan yang boleh dijadikan iktibar, iaitu seorang ayah terpaksa mengorbankan perasaan cinta dan kasih kepada anak yang sudah lama ditunggu-tunggu dengan ‘mengorbankannya’, demi kepatuhan dan keredaan terhadap perintah Allah SWT.
Seterusnya, ketaatan dan keyakinan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan kasih kepada ibu dan ayahnya serta keseronokan zaman remajanya, malah sanggup mengorbankan nyawa sendiri, semata-mata taat terhadap perintah Allah dan perintah seorang ayah.
Kedua-dua pengorbanan ini sebenarnya berpusat daripada hubungan cinta sejati mereka kepada Allah SWT yang tidak berbelah bahagi. Sebab itulah, seandainya seorang Muslim itu mendahulukan cinta Allah daripada cinta makhluk, mereka pasti akan beroleh jaminan besar.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Ada tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah pada hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungan Allah SWT iaitu imam yang adil, pemuda yang mengabdikan diri untuk beribadah kerana Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang lelaki yang bersahabat, mereka bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah, lelaki yang digoda oleh seorang wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan kemudian menolaknya lalu berkata :
“Ada tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah pada hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungan Allah SWT iaitu imam yang adil, pemuda yang mengabdikan diri untuk beribadah kerana Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang lelaki yang bersahabat, mereka bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah, lelaki yang digoda oleh seorang wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan kemudian menolaknya lalu berkata :
"Sesungguhnya aku takutkan Allah, lelaki yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang tangan kanannya sedekahkan dan lelaki yang menitiskan air mata, beribadah menyebut nama Allah ketika bersendirian.” (Hadis riwayat Muslim)
Sesungguhnya cinta daripada Allah ada sumber cinta yang paling tinggi dan utama. Apabila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta makhluk, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail memenangkan cinta mereka kepada Allah tanpa ragu-ragu.
Baginda mengetahui bukan mudah meletakkan cinta pada pemiliknya tetapi keyakinan terhadap Ilahi memungkinkan segala-galanya dan ia hanya akan dimiliki oleh sesiapa yang sudah cukup kenal Allah SWT.
Menurut Imam al-Ghazali, makrifah (ilmu pengetahuan) itu akan mendahului cinta kerana cinta tanpa makrifah tidak mungkin berlaku. Manusia hanya dapat mencintai sesuatu yang dikenalinya saja. Sebab itulah kita perlu rasional memilih cinta yang sementara supaya ia tidak mengatasi cinta yang kekal sampai bila-bila.
Takut mengorbankan dunia kerana akhirat pernah menjadi peringatan kepada setiap muslimin. Sifat tamak terhadap cinta dunia yang lumayan menjerumuskan kita ke lembah sia-sia, tiada apa pun yang menjadi milik kita, walau pasir sebesar zarah.
Justeru, biarlah peristiwa 10 Zulhijjah yang mengimbau sebuah pengorbanan menjadi zikir untuk kita menetapkan hati sentiasa beringat bahawa segala khazanah dunia ini pemiliknya hanya satu saja dan kita perlu sentiasa bersedia berkorban apa saja.
Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan