Tasbih Kaffarah
Rasulullah SAW telah berkata:
“Sesiapa yang duduk dalam satu majlis,
dan melakukan banyak salah dan silap,
maka sebelum dia meninggalkan majlis itu
dia menyebut:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ
وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
Maha Suci Engkau Ya Allah
dan Segala Puji BagiMu,
aku bersaksi bahawa
tiada Tuhan melainkan Engkau,
aku memohon keampunan dan taubat
daripada Engkau (melainkan diampunkan segala dosa
yang telah dilakukan sepanjang dia
berada dalam majlis itu”).[1]
2) Daripada Abu Barzah RA berkata:
Rasulullah SAW pernah menyebut
pada hujung usia baginda apabila baginda
hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
(Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu,
aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau,
aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau).
Maka berkata seorang lelaki:
Wahai Rasulullah,
sesungguhnya engkau telah menyebut
suatu ucapan yang mana tidak pernah
engkau ucapkan sebelum ini.
Berkata (Rasulullah SAW):
“Ia merupakan kaffarah (penebus dosa)
terhadap apa yang berlaku dalam majlis”.[2]
3) Daripada Abdullah bin Amr bin Al-As:
Sesungguhnya baginda (SAW) telah berkata:
“Suatu ucapan yang tidak diucapkan
oleh seseorang apabila hendak bangun
meninggalkan majlis sebanyak 3 kali
melainkan dihapuskan dosa yang telah
dilakukan dalamnya, dan tidak diucapkannya
dalam suatu majlis yang baik dan majlis zikir
melainkan ditutup dengan ucapan itu:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
(Maha Suci Engkau Ya Allah
dan Segala Puji BagiMu,
tiada Tuhan melainkan Engkau,
aku memohon keampunan dan
taubat daripada Engkau).[3]
4) Daripada Ibnu Umar berkata:
Bahawasanya Rasulullah SAW
biasa menyebut sebelum meninggalkan
suatu majlis sebanyak 100 kali:
رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الْغَفُوْرُ
(Ya Tuhanku,
ampunilah aku dan
terimalah taubatku,
sesungguhnya
Engkau adalah
Maha Penerima Taubat
dan
Maha Pengampun).[4]
Huraian hadis:[5]
1- Yang dimaksudkan dengan
‘banyak salah dan silap’
ialah percakapan yang bercampur
dengan maksud yang tidak jelas.
Maksud yang didapati dalam hadis ini
ialah percakapan yang tidak
memberi manfaat untuk akhirat.
2- Disyariatkan untuk membaca doa ini
setiap kali selepas selesai sesuatu majlis
kerana ia boleh menghapuskan segala dosa
yang telah dilakukan dalamnya.
Akan tetapi, para ulama mengkhususkannya
pada dosa kecil sahaja berdasarkan dalil
yang didapati dari hadis-hadis yang lain.
3- Sesungguhnya Rasulullah SAW
berdoa dengan doa ini sebagai pengajaran
kepada umat baginda dan menambahkan pahala
dan bukan kerana baginda telah
melakukan suatu kesalahan dalam majlis.
Ulasan:
Sama ada untuk memanggil doa ini
sebagai Tasbih Kaffarah atau Kaffarah Majlis
tidaklah begitu penting. Umat Islam di Malaysia ini sudah biasa memanggil doa ini sebagai Tasbih Kaffarah.
Kita perlu menjadikan doa ini
sebagai rutin dan amalan biasa apabila selesai
atau menutup sesuatu majlis.
Tidak seperti doa pembuka majlis
sama ada dengan hanya membaca
Basmalah, Surah Al-Fatihah atau doa-doa tertentu
yang memang dimasukkan secara rasmi
dalam agenda dan tentatif majlis.
Selain itu,
kita juga perlu perluaskan amalan doa ini
bukan sahaja dalam majlis-majlis rasmi atau mesyuarat yang diadakan di dalam suatu tempat yang tertutup tetapi juga di tempat-tempat yang terbuka seperti majlis perhimpunan dan sebagainya.
Para pendidik juga boleh mengambil contoh
perbuatan Nabi SAW ini untuk diaplikasikan
apabila selesai suatu pengajaran atau majlis ilmu
di dalam bilik kelas, dewan kuliah dan sebagainya.
Biarlah majlis yang diadakan itu
mendapat keampunan, keberkatan dan keredhaan
daripada Allah SWT kerana kita telah memeliharanya
dengan memulakan majlis dengan berdoa
dan mengakhiri majlis juga dengan berdoa.
Surah Al-Asr
بسم الله الرحمن الرحيم
Kecuali orang-orang yang beriman
dan beramal soleh, dan mereka pula
berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan sabar.
Except for those who have believed
and done righteous deeds and advised each other
to truth and advised each other to patience.
dan beramal soleh, dan mereka pula
berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan sabar.
Except for those who have believed
and done righteous deeds and advised each other
to truth and advised each other to patience.
Membaca Surah Al-Asr
sebelum mengakhiri suatu majlis
mungkin diambil dari amalan
para sahabat Nabi SAW ini:
At-Thabrani telah menyebutkan
daripada Ubaidillah bin Hafs berkata:
“Dua orang sahabat Rasulullah SAW
apabila mereka berjumpa,
mereka tidak pernah berpisah melainkan
salah seorang membaca Surah Al-Asr
sehingga akhirnya, kemudian mereka saling
memberi salam antara satu sama lain”.[6]
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
[1] Direkodkan oleh Tarmizi (no. 3433), beliau berkata: Hadis Hasan Sahih.
[2] Direkodkan oleh Abu Daud (no. 4859) dan Al-Hakim Abu Abdillah dalam Al-Mustadrak daripada Aisyah RA, beliau berkata: Isnad Sahih.
[3] Direkodkan oleh Abu Daud (no. 4857).
[4] Direkodkan oleh Tarmizi (no. 3434).
[5] Lihat: Mustafa Al-Bugha dan lain-lain, Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyadhus Salihin, 1/568-569, Beirut: Muassasah Risalah (1996).
[6] Direkodkan oleh Baihaqi daripada Abu Huzaifah. Saya menukilkan terus dari At-Tafsir Al-Munir karangan Dr Wahbah Az-Zuhaily tentang kelebihan Surah Al-Asr.
1 ulasan:
Salam ziarah cikgu Roha.
Terima kasih atas info yg memberikan santapan kpd rohani ini
Catat Ulasan