:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Selasa, 22 November 2011

Abu Hurairah ;Perawi Hadis Terkemuka





Abu Hurairah ;perawi Hadis Terkemuka


Hadith :


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:

“Aku pernah berkata kepada Rasulullah SAW:

” Saya mendengar banyak hadis dari tuan,

Ya Rasulullah ! Tetapi saya lupa.

“ Rasulullah SAW bersabda:

” Hamparkan Rida’ mu. “

Aku melakukan (apa yang diperintahkan nabi SAW)

dan kemudian nabi SAW menggerakkan kedua tangannya

seakan-akan mengisi sesuatu lalu bersabda :”

Ambil dan selendangkan ini (pada tubuh mu)”.

Aku lakukan perintahnya dan setelah itu

aku tidak pernah lupa lagi.”



(al-Bukhari)
Huraian


Abu Hurairah ialah salah seorang
perawi hadis yang terkemuka.
Beliau dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah.
Nama sebenar beliau sebelum memeluk
agama Islam tidak diketahui dengan jelas,
tetapi pendapat yang masyhur ialah Abd Syams.





Nama Islamnya adalah Abd al-Rahman.
Beliau berasal daripada kabilah ad-Dusi di Yaman.
Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana
kegemarannya bermain dengan anak kucing.




Diceritakan pada suatu masa
ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW,
beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada
dalam lengan bajunya.
Apabila dia menunjukkan anak kucing
dalam lengan bajunya lantas dia digelar
Abu Hurairah oleh Rasullullah SAW.
Semenjak itu dia lebih suka dikenali
dengan gelaran Abu Hurairah.




Beliau adalah sahabat yang sangat dekat
dengan Rasulullah SAW dan dikenali sebagai
salah seorang ahli suffah, iaitu orang-orang miskin
atau sedang menuntut ilmu dan tinggal di laman masjid.





Beliau begitu rapat dengan Nabi SAW
sehingga baginda selalu menyuruhnya mengumpulkan ahli suffah
jika ada makanan yang hendak dibahagikan.
Hadis beliau yang disepakati oleh
Imam al-Bukhari dan Muslim berjumlah 325 hadis,
oleh Bukhari sendiri sebanyak 93 hadis dan
oleh Muslim 189 hadis.
Hadis yang diriwayatkan oleh beliau juga
terdapat dalam kitab-kitab hadis lainnya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...