:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Ahad, 14 Julai 2013

Ramadan jana produktiviti rohaniah


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhiYPvtI-ExKS6ng6Cv9BSn1GIKvJEV8g3QTWBKhzYTgsR2DpcEQ7_-5Fql8LzaHKViHij7PtS_9KDMY2TeILQRFFAYLYTWWaYF5VvMAwPa8hZoPi4lasX9eL8OvTqsRWK1YVf6g5EHLnk/s320/baju-i-love-ramadhan-dan-jom-puasa_4.png


 RAMADHAN JANA
 PRODUKTIVI ROHANIAH



Bersama Prof Dr Sidek Baba




SERING timbul 
persoalan pada Ramadan
 upaya kerja seseorang
 manusia ada batasnya. 
Secara fizikal
 ia ada kebenarannya,
 tetapi itu tidak bermakna
 Ramadan menyediakan ruang
 kepada yang malas dan culas
 kerana ia bakal 
menjejas produktiviti.






Suatu hal yang harus
 diinsafi ialah menghayati
 Ramadan dalam 
erti kata sebenarnya, 
ia bakal menjana 
produktiviti rohaniah yang
 amat penting bagi seseorang
 manusia dan sesebuah 
organisasi.






Produktiviti rohaniah
 bermaksud bagaimana
 mengawal diri 
daripada lapar dan dahaga 
menimbulkan insaf 
kemanusiaan
 yang tinggi terhadap
 golongan miskin.
 Ia bakal melahirkan
 manusia yang bersyukur
 terhadap rezeki diterima
 dan sentiasa ingat serta sedia
 membantu golongan
 tidak berada dan amat
 memerlukan.





Produktiviti rohaniah juga 
membawa insaf-ketuhanan 
yang tinggi bahawa apa saja
 kita lakukan dalam hidup ini, 
tidak akan terlepas daripada 
pengetahuan dan
 pemerhatian Allah. Inilah
 yang dikatakan
 jiwa muttaqin.






Jiwa muttaqin
 terpancar kerana asas
 keimanan manusia 
dengan Allah amat hebat 
dan darinya lahir
 jiwa takwa yang sentiasa
 mengaitkan perbuatan dan
 amalan untuk mendapat
 reda-Nya. Allah memberikan
 matlamat melakukan puasa 
ialah untuk membangunkan
 jiwa muttaqin.






Firman Allah 
yang bermaksud: 


" Wahai orang yang beriman! 
Diwajibkan kamu berpuasa 
seperti diwajibkan ke atas
 orang yang terdahulu 
daripada kamu, supaya 
kamu bertakwa."
  
(Surah al Baqarah, ayat 183)






Malah, ukuran
 kecemerlangan manusia juga 
diukur di kalangan orang
 yang muttaqin seperti
 firman Allah
 yang bermaksud: 





"Sesungguhnya 
semulia-mulia kamu
 di sisi Allah adalah 
orang yang
 paling bertakwa." 

(Surah al Hujurat, ayat 13)





Jiwa muttaqin 
dalam bahasa manusiawinya
 ialah membawa asas takut. 
Kita menghormati 
undang-undang bukan kerana
 kita takut kepada 
polis atau penguatkuasa. 
Undang-undang itu
 dipatuhi kerana ia
 memberi kebaikan kepada
 manusia dan pengguna.





Sifat patuh itu 
adalah ciri orang 
yang muttaqin. Manusia 
patuh kepada arahan ketua
 bukan kerana takut 
kepada ketua,
 tetapi hikmah 
kepatuhan kepada ketua
 membawa kebaikan 
kepada organisasi.






Manusia patuh
 kepada pemimpin yang 
amanah dan adil bukan
 kerana takut dengan 
kedudukan yang ada
 pada pemimpin, tetapi 
hikmah kepatuhan kepada
 pemimpin menyebabkan 
amanah dan keadilan dapat 
berjalan dengan baik.






Landasan patuh itu
 dilakukan kerana Allah
 (ikhlas) baik pemimpin dan
 orang yang dipimpin perlu
 ada suatu ikatan yang
 menyebabkan wujudnya 
ketelusan yang 
menghubungkan
 dirinya dengan Allah.






Jiwa muttaqin dalam
 bahasa rohaniahnya 
membimbing manusia
 kepada kawalan hawa nafsu 
secara fitrah. Sifat jelik
 dalam batasan nafsu amarah
 bissuk atau nafsu haiwani 
dimurnikan supaya batasan
 nafsu mutmainnah atau nafsu 
insani 
mengambil tempat.






Jika Ramadan dilalui 
dengan keinsafan mendalam
 terhadap kelemahan dan 
kekurangan diri, ia bakal 
menampilkan manusia kembali 
kepada fitrah.
 Melupuskan sifat mazmumah
 iaitu yang terkeji daripada
 diri ke arah sifat mahmudah
 atau terpuji adalah
 suatu proses rohaniah.






Ramadan memberi peluang 
sangat luas bagi manusia 
kembali kepada fitrah diri 
dan melupakan hal jelik 
dalam hidup dan perangainya 
supaya perubahan itu 
memberi hikmah kepada diri,
 keluarga, masyarakat dan
 sistem pentadbiran.






Produktiviti rohaniah 
mempunyai talian rapat
 dengan nilai. Kukuhnya
 nilai rohaniah bermakna 
sifat amanah, adil, jujur, 
ikhlas, telus dan tulus akan
 sentiasa subur dalam
 diri manusia. Ahli ibadah 
menghubungkan amalannya
 langsung dengan Allah.






Ketika kita berpuasa, 
kita menahan lapar dan 
dahaga daripada makan 
dan minum. Perkara itu 
mungkin boleh diatasi 
dengan mengunci diri 
di dalam bilik kemudian
 melakukan sesuatu yang
 menyalahi rukun berpuasa 
sekiranya pertimbangan 
terhadap manusia
 menjadi sandaran.






Tetapi apabila
 pertimbangan Allah
 mengambil tempat, kita
 memiliki pertimbangan, 
walaupun manusia
 tidak melihat, dalam 
melakukan ibadat ini, kita
 berasakan Allah melihat
 perilaku kita. Inilah 
yang disebutkan 
Rasulullah SAW, sifat ihsan
 yang tinggi bagi 
seseorang insan.





Keihsananlah menjadi 
titik tolak yang amat
 penting dalam melakukan
 sesuatu. Kita yakin 
dalam melakukan sesuatu
 khususnya yang bernilai 
ibadat, walaupun kita tidak 
melihat Allah, tetapi 
wujud keyakinan yang kuat
 bahawa Allah melihat kita. 
Asas amalan ini jika
 dikembangkan dalam diri, 
kepemimpinan keluarga dan 
organisasi, ia menjadikan 
seseorang itu 
berjiwa muttaqin.





Nilai yang bersifat
 rohaniah adalah sesuatu
 yang boleh dimanifestasikan.
 Ia terlihat dalam amal,
 perbuatan dan pekerti. 
Pekerti Rasulullah SAW 
yang mulia memang
 boleh dilihat. 
Kesabarannya,
 kebijaksanaannya, kejujuran 
dan kecekalan menjadi 
amalan hidupnya.





Rasulullah SAW 
adalah contoh terbaik
untuk kita. Oleh itu,
 memahami faktor 
kekuatan rohaniah tidak saja
 memahami kekuatan
 dalaman diri manusia, 
tetapi sifatnya terpancar
 di luar diri dalam bentuk
 amalan dan perbuatan
 yang baik.





Ramadan diibaratkan 
bateri yang memiliki kuasa 
menggerakkan sesuatu.
 Pada diri manusia memerlukan
 kekuatan supaya kehidupan 
dapat berjalan dengan baik. 
Bateri perlu melalui 
proses cas dan dicas.





Berpuasa, solat tarawih, 
tadarus, berbuka, bersahur, 
menahan diri daripada lapar
 dan dahaga, menjaga pancaindera daripada amalan buruk,
 melakukan doa dan istighfar
 sebanyak-banyaknya adalah 
amalan bersifat rohaniah dan
 memberikan cas terhadap
 jiwa dan hati.





Jika proses itu
 berlaku 
dengan baik
 dan sempurna,
 manusia akan
 memiliki kekuatan 
dalaman yang tinggi
 dan boleh menggerakkan
 diri serta kehidupan
 ke arah yang diredai Allah. 
Sekolah Ramadan ini 
yang memberikan fokus 
kepada produktiviti rohaniah
 bakal menggilap peribadi 
hamba Allah yang bakal lahir
 sebagai manusia baru
 dengan jiwa baru 
tunjangan jiwa muttaqin.





Jika matlamat itu 
dirasakan berlaku dalam
 hidup seseorang, maka 
penghayatan Ramadan 
memberi kesan perubahan.
 Sebaliknya selepas menjalani 
Sekolah Ramadan, tidak ada
 perubahan sikap, mentaliti 
dan amalan berlaku, bermakna
 Ramadan hanya suatu rutin 
bukan membangunkan
 jiwa muttaqin.







Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...