:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Rabu, 10 Julai 2013

Pesta Makanan Ketika Berbuka Puasa




Peguam Syarie Menulis: 

Tak salah nikmati juadah enak




Umat Islam tidak digalak 
berpesta makanan ketika
 berbuka puasa






Ramadan datang lagi. 
Bersyukur kita kepada Allah SWT 
atas limpah kurnianya dengan 
mempertemukan kita semula dengan 
bulan yang penuh kemuliaan,
 iaitu Ramadan. 






Dalam bulan ini disediakan pelbagai 
rahmat dan kemuliaan untuk 
direbut umat Islam. 






Pada Ramadan yang mulia ini, 
diwajibkan ke atas setiap orang Islam
 yang akil baligh dan mukallaf untuk 
menunaikan kewajipan berpuasa,
 antara rukun Islam. 





Semoga Ramadan kali ini
 menjadikan kita semua insan lebih bertakwa
 dan menjadi seorang Islam lebih baik 
daripada sebelumnya serta 
berkekalan selepas Ramadan. 





Ramadan mempunyai pelbagai
 keistimewaan dan yang paling masyhur
 dan utama adalah disunatkan menunaikan 
solat Tarawih berjemaah yang mana
 tidak dilakukan pada bulan lain 
selain Ramadan.





Pada bulan mulia ini, 
terdapat malam dinamakan ‘lailatulqadar’ 
yang diiktiraf Allah SWT lebih baik
 daripada 1,000 bulan.




Berpuasa adalah menahan diri 
daripada perkara yang boleh membatalkan 
puasa mulai terbit matahari hingga 
terbenamnya matahari.





Pengajaran puasa perlu dihayati umat Islam




 
Puasa dipenuhi dengan pengajaran
 untuk dihayati umat Islam. 
Bukan saja menahan diri daripada
 lapar dan dahaga, berpuasa secara 
umumnya mengajar kita menahan dan
 mengawal nafsu daripada perkara 
yang boleh membatalkan puasa.




Umat Islam perlu sedar bahawa
 puasa turut diperintahkan kepada 
umat terdahulu, sebelum wahyu 
diturunkan kepada umat Nabi Muhammad SAW.




Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah
 ayat 183 bermaksud: 



“Wahai orang-orang beriman,
 diwajibkan bagimu berpuasa,
 seperti diwajibkan kepada 
orang-orang sebelum kamu”.





Ayat itu memberi penjelasan bahawa 
puasa itu amalan yang biasa diamalkan
 sebelum turunnya wahyu kepada 
Nabi Muhammad SAW dan bukan perkara berat 
dan bukan juga satu penyeksaan
 kepada umat Islam.





Di samping itu, 
Allah juga tidak memberatkan
 manusia dengan satu arahan berpuasa 
secara keras tanpa pengecualian
 atau kelonggaran.





Allah berfirman dalam surah al-Baqarah,
 ayat 185 yang bermaksud:




 “Bulan Ramadan yang padanya 
diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk
 bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan
 yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan 
antara yang benar dengan yang salah.
 Oleh itu, sesiapa antara kamu yang
 menyaksikan anak bulan Ramadan
 (atau mengetahuinya) maka hendaklah ia
 berpuasa bulan itu dan sesiapa yang
 sakit atau dalam musafir maka
 bolehlah ia berbuka. 





“Kemudian diwajibkan menggantikan
 puasa sebanyak hari yang ditinggalkan
 itu pada hari lain. Dengan ketetapan
 yang demikian itu, Allah mengkehendaki 
kamu beroleh kemudahan dan tidak 
mengkehendaki kamu menanggung 
kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan 
bilangan puasa, dan supaya kamu 
membesarkan Allah kerana mendapat
 petunjuknya dan supaya kamu bersyukur”.





Kelonggaran tidak berpuasa



 

Daripada ayat ini jelas Allah menyuruh
 kita berpuasa, tetapi bagi yang mengalami 
kesukaran dibenarkan untuk tidak berpuasa
 pada hari yang sukar dan termasuklah
 perempuan yang datang haid.





Orang yang bermusafir juga 
diberi kelonggaran, namun hari dia
 tidak berpuasa itu mesti diganti 
pada hari lain selepas Ramadan, 
sebelum bertemu Ramadan tahun berikutnya.





Namun, di sebalik kelonggaran ini
, bukan pula tiket untuk sesiapa yang
 memperoleh kelonggaran untuk makan
 atau minum atau melakukan perkara
 ditegah di khalayak umum.





Mengikut enakmen negeri dan akta 
yang berkaitan dengan kesalahan
jenayah syariah, mereka yang didapati
 tidak menghormati kemuliaan Ramadan,
 boleh didenda antara RM1,000 hingga RM3,000
 atau penjara maksimum enam bulan 
atau kedua-duanya.





Perlu difahami bahawa mereka 
yang mendapat kelonggaran daripada 
menunaikan puasa pada Ramadan
 hendaklah menghormati bulan yang mulia ini.
 Apatah lagi bagi mereka yang sengaja 
meninggalkan puasa, jangan bersikap riak
 dan takbur terhadap orang lain yang 
sedang menjalankan ibadat puasa.





Seharusnya bagi mereka yang 
tidak berpuasa terutama sekali
 bagi yang sengaja, harus ada 
perasaan malu dan rendah diri dengan 
kelemahan jiwa dan fizikal kerana gagal
 menjalani ibadah puasa ini.




Penuhi masa dengan ibadah lain


 

Kita juga seharusnya menghayati 
ibadah berpuasa dengan memenuhkan
 masa dengan ibadah lain bagi mendekatkan
 diri kepada Allah.




Janganlah kita pada waktu bulan puasa ini
 lalai dengan pesta makanan dengan juadah 
yang antaranya kita tidak akan jumpa 
pada bulan selain daripada bulan puasa.




Tidak salah menikmati juadah yang 
menyelerakan apabila tiba waktu berbuka 
kerana salah satu hikmah berpuasa juga 
adalah kita diberi Allah perasaan gembira 
apabila tiba berbuka dengan menjamu selera
 dengan hidangan yang enak.




Namun kita juga harus mengerti bahawa
 Ramadan harus direbut dengan memenuhi 
masa kita dengan ibadah. Bagi mereka yang 
mempunyai lebih kemampuan juga digalakkan
 bersedekah kepada golongan yang memerlukan
 dan berkongsi juadah dengan mereka
 yang serba kekurangan.




Penting juga untuk kita ingat ialah jangan
 jadikan bulan ini sebagai pembaziran dengan
 makanan yang banyak yang akhirnya tidak 
dimakan dan dibuang begitu saja.




Semoga Ramadan kali ini menjadikan kita 
semua insan lebih bertakwa dan menjadi 
seorang Islam lebih baik daripada sebelumnya 
serta berkekalan selepas Ramadan.





Bersamalah kita berdoa semoga kita 
akan dapat bertemu dengan Ramadan
pada tahun akan datang.




Penulis ialah

 Setiausaha Agung 

Persatuan Peguam Syarie Malaysia










1 ulasan:

Acik Erna berkata...

assalamualaikum.lama tak dapat masuk sebab ada malware..Alhamdulillah dah dapat baca

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...