:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Selasa, 16 Julai 2013

Jangan kita jadi orang yang rugi..:)




Kelebihan membaca, hafal al-Quran

 

  http://2.bp.blogspot.com/-KwRAAf6Smlg/UA1aGTbDjvI/AAAAAAAAHOU/0fmsXH1zWpc/s400/Bertadarus+Dalam+Bulan+Ramadhan!.png



Kita diperintahkan
 sentiasa membaca al-Quran 
supaya boleh menghafalnya.
 Jika meninggalkan bacaan al-Quran
 nanti terlupa hafalan itu. 


Abu Musa berkata, 
Nabi Muhammad SAW bersabda:
 “Hendaklah saudara semua 
sentiasa membaca al-Quran.
 Demi Allah, sebenarnya al-Quran
 lebih mudah terlepas daripada
 ingatan saudara berbanding 
seekor unta yang sedang 
ditambat.”
 (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Abdullah bin Umar berkata,
 Nabi Muhammad SAW bersabda: 
“Orang yang menghafal 
al-Quran umpama seekor unta
 yang ditambat. Jika terus
 ditambat, ia tidak lari. 
Jika talinya
 penambat dilepaskan,
 unta itu pun lari.”
 (Riwayat Bukhari dan Muslim) 


Rasulullah SAW bersabda:




“Orang yang mahir

membaca al-Quran bersama

dengan malaikat yang mulia,

manakala orang yang

membaca al-Quran dengan

tergagap-gagap dan

bersusah payah mempelajarinya

mendapat dua pahala.”



(Riwayat Bukhari dan Muslim)








Abu Musa al-Asy’ari berkata, 
Rasulullah SAW bersabda:
 “Orang beriman 
yang suka membaca al-Quran
 ibarat seperti buah utrujah.
 Ia berbau wangi dan
 sedap rasanya.
 Orang beriman yang
 tidak suka membaca al-Quran
 pula umpama buah kurma. 
Ia tidak berbau,
 tetapi manis rasanya.
 Orang munafik yang suka
 membaca al-Quran tidak ubah
 seperti minyak wangi. 
Ia berbau wangi tetapi
 rasanya pahit, manakala
 orang munafik yang tidak suka
 membaca al-Quran pula
 sama seperti rumput hanzhalah.
 Ia tidak berbau dan
 pahit rasanya.” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Barra’ bin ‘Azib berkata: 
“Ada seorang lelaki
 sedang membaca surah al-Kahfi. 
Di sisinya ada seekor kuda
 yang diikat dengan dua utas tali.
 Kelihatan awan melindunginya. 
Tiba-tiba bayangan awan
 menghampiri kuda itu. 
Kuda itu cuba melarikan diri 
daripada bayangan awan. 
Pagi esoknya lelaki berkenaan 
menceritakan peristiwa itu
 kepada Nabi Muhammad SAW.
 Selepas mendengar 
cerita lelaki itu, 
Nabi Muhammad SAW berkata:
 Awan itu menggambarkan 
ketenangan yang diturunkan 
oleh Allah kepada saudara
 kerana saudara 
membaca al-Quran.”
 (Riwayat Bukhari dan Muslim) 


Aisyah berkata, 
Rasulullah SAW bersabda:
 “Orang yang mahir
 membaca al-Quran bersama 
dengan malaikat yang mulia,
 manakala orang yang membaca 
 al-Quran dengan tergagap-gagap
 dan bersusah payah mempelajarinya
 mendapat dua pahala.”
 (Riwayat Bukhari dan Muslim) 
Sumber 



..http://i165.photobucket.com/albums/u76/ukhti27/srbq.jpg 
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgd-3VwPLknFERcFso_a_xv91hmYHvDnY_MXpkHE6tV2RL30t4U8DEkx7sXuqXZvq0ZLiwsyUTWe_0UvXI76ZbWnCe1dGpugcHR_wZh6wW9R9cDvAK3UJSEZnA8KPLnL65vkNo-YPV4H3pr/s1600/Bacalah+Al+quran+obat.jpg



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...