Istiqamah
amal kebaikan
inti pati ajaran Islam
Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya orang
yang berkata:
Tuhan
kami adalah Allah,
dan kemudian mereka tetap
di atas jalan yang betul,
turunlah
kepada mereka
malaikat dengan berkata:
Jangan kamu bimbang dan
janganlah kamu
berduka cita,
dan terimalah berita gembira
bahawa kamu akan beroleh
syurga yang
dijanjikan
kepada kamu.
Kamilah penolong kamu
dalam kehidupan dunia dan
pada
hari akhirat;
dan kamu akan beroleh
pada hari akhirat apa
pada hari akhirat apa
yang diingini oleh
nafsu kamu,
serta kamu akan beroleh
pada hari itu apa yang kamu
cita-citakan
mendapatnya.
Sebagai sambutan
penghormatan daripada Allah
Yang Maha Pengampun
lagi Maha Mengasihani.”
(Surah Fussilat, ayat 30-32)
Daripada Abu Amru atau
Abu Amrah, nama sebenarnya
Sufyan bin Abdullah:
“Saya
berkata:
Wahai utusan Allah,
ajarkan saya satu ucapan
berkenaan Islam yang
tidak
perlu saya bertanya kepada
orang lain lagi.
Nabi Muhammad menjawab:
Saudara ucapkan,
saya percaya kepada Allah.
Kemudian saudara berikan
komitmen
saudara
pada ucapan itu.”
(Riwayat Muslim)
Amalan dilakukan berterusan
Nabi Muhammad bersabda:
“Dekatkan diri saudara
kepada Allah
dengan melakukan
amalan secara sederhana,
kemudian saudara berikan
komitmen
saudara pada amalan itu
dengan melakukannya secara berterusan. "
Abu Hurairah berkata,
Nabi Muhammad bersabda:
“Dekatkan diri saudara
kepada
Allah dengan
melakukan amalan secara sederhana,
kemudian saudara berikan
komitmen saudara pada amalan itu
dengan melakukannya
secara berterusan.
"Ketahuilah tidak ada
seorang pun yang dapat
diselamatkan oleh amalannya itu.
Sahabat bertanya:
Bagaimana pula dengan
tuan wahai utusan Allah?
Saya pun
begitu juga
melainkan sekiranya Allah
melindungi saya dengan rahmat-Nya
dan
kebaikan-Nya,
jawab Nabi Muhammad.”
(Riwayat Muslim)
Ulama berpendapat makna
komited atau istiqamah ialah
sentiasa melazimkan diri
mentaati Allah.
Istiqamah adalah inti pati
ajaran Islam.
Firman Allah SWT bermaksud:
“Oleh itu,
hendaklah kamu
(wahai Muhammad)
sentiasa
tetap teguh
di atas jalan yang betul
seperti yang diperintahkan
kepadamu.”
(Surah Hud, ayat 112)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan