Puasa tak dipertonton,
elak sifat riak
Keikhlasan hati
melakukan ibadat dibalas
sehingga 700 kali ganda
Puasa adalah ibadat
yang menampilkan kerahsiaan
antara Allah dan
hamba-Nya
kerana Allah sendiri akan
menentukan ganjaran pahala
bagi mereka yang
berpuasa.
Kelebihan ini
telah digambarkan oleh Baginda SAW
dalam sabda:
“Pada hari kiamat nanti,
ada satu golongan yang dianugerahkan
kepada mereka
sayap seumpama
burung dan mereka bebas
ke sana ke mari menikmati
keindahan
syurga. Mereka ditanya
bagaimanakah mereka dapat
masuk ke syurga dan mendapat
keistimewaan ini. Mereka menjawab :
“Kami tidak pernah melihat
timbangan dan
titian sirat,
tetapi kami dapat beribadat
tanpa diketahui orang lain.”
(Zabdah
Al-Wai’zin)
Daripada Anas,
Baginda SAW bersabda:
“Lima perkara
yang akan
merosakkan puasa
seseorang iaitu dusta, mengumpat,
mengadu domba, sumpah palsu
dan pandangan yang bersyahwat.
Begitu juga menjauhi daripada
mendengar perkara
mungkar dan
maksiat serta melalaikan.”
Kita sering melihat manusia
melakukan upacara ibadat
kerana berhala, matahari,
bulan,
pokok dan sebagainya, namun tiada
yang berpuasa untuk perkara
sedemikian.
Maka, puasa kita
hanyalah untuk Allah semata-mata
dan berhak mendapat ganjara
n
berlebihan daripada-Nya.
Puasa tidak dapat menjana
perasaan riak serta sifat mazmumah
lain kerana
segala-galanya
dipandu oleh hati.
Puasa tidak memerlukan
pergerakan anggota
seperti
ibadat lain kerana puasa hanya
memerlukan niat di hati.
Keikhlasan hati
Berbanding ibadat lain
yang mana perbuatannya dapat
dilihat serta
dipertontonkan,
puasa yang tidak dipertontonkan
menyelamatkan daripada
wujud
perasaan riak.
Ini menunjukkan ada
kalangan manusia yang sentiasa
mendapat kelebihan daripada
Allah SWT disebabkan keikhlasan hati
yang mereka miliki.
Malaikat yang sentiasa
ditugaskan bersujud ke hadrat Allah SWT
mendoakan untuk
mereka
yang berpuasa Ramadan:
“Wahai Tuhan,
rahmatilah mereka yang berpuasa
pada bulan Ramadan dari
umat Muhammad SAW dan
jauhilah mereka daripada azabMu.”
(Zahratur Riadz)
Tidak dapat dinafikan
mereka yang mendapat kelebihan
sedemikian mempunyai
kualiti puasa
amat tinggi di mana mereka tidak hanya
sekadar menahan perut
bahkan
segala anggota lain akan
turut berpuasa.
Sememangnya kita tidak dapat
menyamai kualiti puasa
anbiya dan siddiqin, namun
setiap kita
haruslah melihat kembali tahap
kemampuan puasa dan membuat
perbandingan
dengan tahun lalu.
Apakah kita akan berada
pada tahap puasa yang sama
iaitu tahap puasa orang awam
saja
pada setiap tahun tanpa sebarang
pembaharuan, sedangkan kita mampu
meningkatkan puasa awam yang biasa
kepada puasa khawas yang
dimiliki solihin
(orang salih).
Bagi mendapat tahap puasa ini,
kita hanya perlu penambahbaikan
pada anggota
lain untuk turut berpuasa
dengan menjaga pandangan,
pendengaran dan lidah.
Daripada Anas,
Baginda SAW bersabda:
“Lima perkara
yang akan merosakkan puasa
seseorang iaitu dusta, mengumpat,
mengadu domba, sumpah palsu
dan pandangan
yang bersyahwat.
Begitu juga menjauhi daripada
mendengar perkara mungkar dan
maksiat serta melalaikan.”
Elak makan berlebihan
Kekangan hawa nafsu selama
setahun akan dapat dibendung
dengan berpuasa
Ramadan.
Oleh itu,
kita dilarang mengambil makanan
berlebihan di bulan Ramadan
kerana
nafsu akan mengalah apabila mengurangkan
makanan daripada memenuhi
pencernaan kita.
Demikianlah antara faedah
yang dapat dikecapi daripada
puasa Ramadan.
Ada
riwayat menyatakan,
tatkala Allah SWT menciptakan
akal manusia, ia sentiasa
menurut
perintah Allah SWT seraya
berkata bermaksud:
“Engkau adalah Tuhan
yang
maha pencipta dan aku
adalah hambaMu yang lemah.
Maka Allah berfirman:
Wahai
akal,
engkaulah makhluk ciptaan-Ku
yang paling mulia.”
Kemudian diciptakan
nafsu manusia serta diuji
oleh Allah SWT dan mendapati ia
sangat keras serta degil sehingga
Allah SWT menyeksa nafsu dengan
azab neraka
selama 100 tahun.
Setelah dikeluarkan,
maka nafsu tetap nafsu dan
keadaan
sombongnya tetap
tidak berubah. Lalu Allah SWT
meletakkan nafsu pada azab
yang
berbentuk kelaparan,
maka akhirnya ia tunduk dan mengaku
bahawa Allah adalah
Tuhan
yang menciptakan semua makhluk.
Disebut juga tujuan Allah SWT
mewajibkan puasa selama sebulan
adalah kerana
kesan makanan yang
dimakan oleh Nabi Adam
daripada pohon larangan akan hilang
dan sirna setelah berlalu masa sebulan.
Setelah Allah SWT menerima
taubat Nabi Adam, maka Allah SWT
memerintahkan Adam
berpuasa
selama sebulan tanpa berbuka.
Namun kita umat Baginda SAW
dibenarkan
berbuka pada malam hari
kerana mendapat penghormatan
daripada Allah SWT.
Firman Allah SWT bermaksud:
“Kemudian Allah SWT
memberi kata dua kepada
Adam
dan menerima taubatnya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 37)
Sebahagian ahli tafsir menyatakan,
di sinilah Adam diperintahkan berpuasa
sebagai balasan di samping mengurangkan
kehendak hawa nafsu. Ini kerana
kelazatan dunia berkisar kepada
empat perkara saja iaitu
makan, minum,
bersenggama dan tidur.
Ganjaran yang disediakan
oleh Allah SWT untuk mereka
yang berpuasa tidak dapat
dianggarkan oleh ilmuwan kerana
setiap kebajikan akan
digandakan daripada
10
hingga 700 kali ganda
melainkan ibadat puasa.
Walaupun semua ibadat
akan diberi ganjaran
oleh Allah SWT, puasa mempunyai
kedudukan yang tersendiri
di sisi Allah SWT sehingga ulama
mempunyai pelbagai
pandangan
berkaitan kelebihan ganjaran yang
disediakan Allah SWT kepada
ibadat
puasa.
Antara faktor yang menyebabkan
ibadat puasa mendapat pengiktirafan besar
daripada Allah SWT ialah tahap keikhlasan
tinggi yang ada pada ibadat puasa
kerana
peranan besar dimainkan oleh hati.
Penulis ialah
Eksekutif Agama
The New Straits Times
Press (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan