:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Ahad, 21 Julai 2013

Berhemah di Ramadan











Berhemah di Ramadan 











KITA sudah memasuki 
pertengahan Ramadan yang merupakan
 bulan pentarbiah diri seluruh umat Islam 
agar mencari seberapa banyak pahala dari
 pengisian ibadat yang amat 
unik dan istimewa ini.





Salah satu hikmat
 kedatangan Ramadan adalah menganjurkan
 umat Islam agar bersederhana dalam 
berbelanja terutama untuk persiapan 
berbuka dan bersahur.






Dalam situasi ekonomi negara 
yang masih lagi berdepan dengan 
harga minyak yang masih tinggi dan 
harga barangan keperluan yang telah meningkat,
 maka pada bulan inilah kita perlu
 mempraktikkan sikap berhemah ketika berbelanja.
Jika sebelum Ramadan, kita makan
 empat kali sehari, pada bulan ini kita hanya
 perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk dua kali 
makan sahaja iaitu waktu berbuka dan bersahur.





Namun, bagi segelintir daripada kita, 
perkara sebaliknya pula yang berlaku.
 Perbelanjaan dapur meningkat berganda
berbanding hari-hari biasa.
Ramai yang tunduk pada nafsu
 hingga menyebabkan kepelbagaian
 juadah berbuka yang disediakan 
berlebihan sehingga berlaku pembaziran.






Makanan adalah sesuatu
 yang amat bernilai kerana ia adalah 
rezeki Allah yang harus dihargai. 
Semua agama di dunia ini menolak 
penganutnya dari boros dan
 melakukan pembaziran.





Menurut kajian, pada tahun 2006, 
lebihan makanan membentuk hampir 
 separuh buangan pepejal di negara ini.






Daripada hampir 20,000 tan
 buangan pepejal yang dihasilkan setiap hari,
 45 peratus terdiri daripada
 makanan yang dibuang.


Juadah berbuka




Jika difikirkan menyediakan sendiri
 juadah berbuka di rumah lebih menjimatkan.
Buat apa lagi kita membeli makanan
 di Bazar Ramadan yang harganya mahal.
Bagi yang berkeluarga berbuka puasa 
di rumah dapat mengeratkan lagi 
hubungan sesama ahli keluarga.




Sesedap mana makanan itu sekalipun,
 yang penting ialah keredaan Allah kepada kita
 dalam menjalani ibadah puasa
 secara keseluruhannya.




Pada bulan puasa ini juga 
terdapat segelintir daripada kita
 terutama yang tinggal di bandar-bandar besar 
menjadikan amalan berbuka puasa di hotel 
dan restoran mewah sebagai gaya hidup 
sungguhpun bayaran bufet Ramadan
 mencecah RM128 bagi orang dewasa
 di sebuah hotel lima bintang.






Tidak salah berbuka puasa di luar,
 sekiranya dirancang dengan sebaik-baiknya. 
Ini termasuklah memilih tempat
 berpatutan harganya, ingin mengubah selera
 pada hari-hari tertentu dan yang penting
 juga ia menyediakan kemudahan 
untuk bersembahyang.




Ramadan juga bukan setakat
 menyediakan juadah berbuka dan sahur.
 Ia bukan untuk kita bermuhasabah diri.




Tidak akan lengkap sekiranya
 kita tidak membuat penilaian terhadap 
perbuatan atau perilaku yang dilakukan
 sehari-harian dalam bulan Ramadan.





Aspek yang perlu kita tanyakan
 kepada diri kita ialah sejauh mana
 amalan nilai-nilai murni telah meresap 
dalam jiwa seterusnya menjadi
 amalan perlakuan seharian.







Muhasabah pemikiran
 yang paling mudah ialah 
berfikir sama ada kita telah 
memenuhi tuntutan dalam menghargai
 nikmat yang diperolehi dan bersyukur
 dengan apa yang telah dianugerahkan
 oleh Allah SWT.






Puasa di bulan Ramadan
 mengajar kita merenungi bahawa 
betapa banyak nikmat yang telah kita terima
 selama hayat ini dan sejauh mana kita 
 telah bersyukur dengan kenikmatan tersebut.





Secara mudah, dalam melaksanakan 
ibadah puasa sendiri, kita dapat 
 melaksanakannya tanpa terlalu banyak 
rintangan fizikal yang dilalui.
Bahkan suasana bulan Ramadan
 di Malaysia menunjukkan betapa damai 
dan melimpahnya rezeki, sehingga kadang-kala 
timbulnya pembaziran.



Ini berbeza dengan
  yang terpaksa berdepan dengan pelbagai 
masalah bencana alam, pergolakan 
dan krisis dan keamanan.







Sumber

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...